mula berpuasa masa umor 5 tawon.. walaupon tak penuh sgt.masa tadika beberapa hari saja posa sekerat hari. hari lain full. tp kena pastikan kena tido selepas blk tadika. bgn masa nak berbuka. heh.. penah ambik kesempatan minum air masa mandi.. taim tu skolah rendah kot.. masa darjah 3, aku kantoi sehari menjadikan posa aku taun tu 29 hari sbb tergoda tgk kawan baik aku yg seorang cina makan nasik ayam kt kantin, lantas aku join dia makan. masa kecik2 dulu, masa time sahur aku wajib mkn tembikai, kalau tak rasa takleh nak posa.bila blk kg, dapat duit 'ganjaran' sbb posa penuh dari tokwan.sangat liat utk bangun sahur masa skolah rendah. siap buat2 lembik badan tu taim dikejutkan. haha.. masa skolah menengah, bleh kira dgn jari brapa kali aku turun makan sahur sepanjang 5 taun skolah asrama tu. time bes adalah ketika bukak posa kt dewan makan sbb bukak posa suma makan kurma, dalam 20 sec, bunyi biji kurma cam ujan bila dibaling kt tray memasing. sentiasa pastikan bawak paper lama turun kt dewan makan masa nak bukak posa utk tutup makanan. masa nak berbuka paper tu ilang, mebi sbb org curik ketas tu, atau kucing dah 'rasa' lauk aku. pencapaian terbaik yang pernah dibuat adalah dgn berpuasa penuh ketika berumor 22-23 taun.. susah nak buat tu.. rasa nak bg anugerah utk diri sendiri. expert memasak nasik goreng sardin dalam rice cooker masa kt itm.. dibantu oleh chef rafidah (kini telah sarat 6 bulan lebih) yg pernah mengaplikasikan pengalamannya itu terhadap hasbennya..penah panaskan otak-otak guna dapur letrik yg dibawa secara haram oleh budak bilik.. masa kt itm jgk, merakam aksi tidor bebudak bilik (sebagai balasan mereka terhadap pelajar senior cam kami) dan memperkotak-katikkan hidup mereka dgn menaburkan bedak pada muka mereka dan aksi2 lain ketika kami (kami merujuk kepada puan rafidah dan cik nani) belum tidor dan membuat 1 video berlagu berserta ucapan hari raya.. kalau jual mesti laris tu. bunyi dengkur pon dirakamkan skali.. tu tak cerita psl aksi 'melampau' lg tuh.. hahaha.. dah menjadi tradisi family, mesti berbuka kt masjid sepanjang bulan posa. dan smpai hari ke-8 harini, aku masih blom merasa bukak posa kt umah.. huhu.. kami adik beradik dibenarkan pulang oleh mak setelah semayang terawikh smpai abih.. mak mewajibkan semua org khatam quran sepanjang bln posa. (owh.. ada byk lagi.. sapa nak tong2? hehe..) semestinya makan nasik semasa sahur. aku siap tambah plak. ingatkan antu raya tu dah blk kg dia.. mesti sambung tidor setelah solat subuh walaupon tau mesti akan liat bgn nak pi kerja kang.. taun ni aku menggila mkn nasik dagang masa berbuka. walaupon bukak posa kt masjid, tp aku beli gak. bleh tgk crita bersiri pasal posa contohnya cam katun kegemaran aku, Upin dan Ipin ni.. jadual kerja bln posa.. buat kerja kul 8.30 - 12. kul 12 - 2 main internet. 2 - 2.30 borak. 2.30 - 3 solat. 3 lebih, beli kueh.. 3.30 - 4.30 buat kerja memain.. 4.30 balik.. hohoho..itu saja.. dah malas nak taip..
renung-renungkan dan selamat beramal..
hehehehe..
>> hari isnin = hari malas sedunia..
No comments:
Post a Comment