Friday, 27 June 2008

aku dan kampeni..

tak penah terfikir nk bekerja di kampeni sekarang ni..
aku tak penah tau wujudnya kampeni bernama Opus..
siap nak gelak lagi dgr nama tu memula..
macam sotong octopus tu ja..
masa nak amek offer letter pon aku dok gelak lagi dgr nama kampeni ni.. jgn kata aku, bos aku pon bleh buat lawak ngan nama kampeni ni..
kikikiki..

mmg berbeza jauh dari kampeni yg dulu..
takleh nak banding la sbb dulu kampeni kecik..
ada kelebihan masing2..

dulu kalau lapar buleh bancuh air kt pantry..
skrg tea lady sediakan 2 kali sehari..
tak gak aku gemuk.. pelik tui..

dulu banyak kerja smpai rasa nak mencarut pon ada bila dah tensen tahap gaban.. (astaghfirullahhh..)
skrg banyak kerja pon, masih terkawal lagi..
bos sekarang lebih memahami dari yg dulu..
dateline realistik la..

tak pernah gak aku terfikir adanya kerjaya yg takdak kaitan ngan bidang construction dlm kampeni ni. ya la.. dulu kerja brapa kerat je staff. ada project manager, admin, qs ngan bos je. sekarang ni, selain dari QS, engineer, architect, ada gak jumpa staf2 bidang lain plak.. meh aku list..

1. tea lady - buat air 2 kali sehari.. pagi ngan pah lunch..
2. org bahagian IT - repair kompiter atau install software kt kompiter masing2.. hanya diorang ni ja yg bleh install.. owner pc takleh. kalau ada distruption kt tenet, depa ni la yg kena inform suma org.
3. org bahagian training - organise & advertise kalau ada talk etc.. dia ni jugak yg buat English month campaign. email suma org soklan2 teka silang kata or something yg berkaitan education, etc.. sapa bleh jawab, dapat hadiah. biasanya soklan dia mmg susah. ada kategori bos, exec ngan non-exec..
4. org bahagian rekod surat - nak kuarkan surat kena call depa ni utk amek no rujukan surat bagi projek2 tertentu. tekleh boh no surat ikut sukahati.
5. org bahagian kutip surat utk rekod - pagi ngan pah lunch dia mai amek surat yg keluar tu utk check ngan no yg di amek td pahtu simpan as a record.
6. despatch - hantar surat, bank-in cheque, mintak dia tolong hantar pi bank pon bleh.. (edisi amek kesempatan)
7. receptionist - ada 3 org. aku xtau apa lg yg depa buat selain angkat telepon.. ha.. ada la 1 lg keja depa ni.. distribute bil2 telefon kt tempat masing2 kalo penggunaan lebih dari RM10/month.. sbb personal call bleh buat byk tu je sebulan..
8. org bahagian finance - kira claim org ramai, duit kluar masuk, untung rugi.. blabla.. aa.. timesheet (semua org kena buat seminggu skali.. key in brapa jam korang buat kerja sehari mengikut project) tu depa ni gak yg check. sapa tak isi, nanti dia kejar.
9. org bahagian payroll - bayar gaji org, bayar claim.. semuanya berkaitan bayar-membayar..
10. org bahagian sefety & health - buat training berkaitan keselamatan esp. hal2 berkaitan kebakaran. (ada gak latihan kebakaran kt opis cam skolah2 dulu.. dan mestila semua org berlenggang2 nak pi berkumpul tu).. kalo takdak kebakaran @ kemalangan, xtau la depa buat kerja apa.. mebi buat report kot.

haa.. tu ja lah buat masa ni.. actually ada lagi, tp dah malas nak taip..
kesimpulan dari kisah ni, bukan kita sorg je yg buat keja.. malah ada org lain gak. cuma depa tu takdak kaitan ngan bidang construction tp depa ni as supporters to the project team. tanpa depa ni, sapa la project team tu.. dan tanpa project team tu, sapa la depa ni..

sekian saja syarahan saya untuk hari ni. saya sudahi dgn serangkap pantun..

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas.
sekian..
(sayup2 kedengaran tepukan gemuruh dari para peminat di luar sana..)

>> kemalasang..

Wednesday, 25 June 2008

takmo boh tajuk..

2 hari meeting kt johor..
ok je..
balik awal sket dari biasa..

but there's something suddenly came up in these 2 days..
bukan berkaitan kerja..
bukan berkaitan ngan kawan².. (now i need to mention that)
tp berkaitan hal peribadi..
tiba² rasa down..
down yg teramat sangat smpai rasa takleh nak bangun dah..
as usual, tak tau nk pinjam bahu sapa utk luah perasaan..
terpaksa pinjam lengan sendiri..
better than nothing la kan..?
huh..

aku dan JB - sekadar gambar tempelan..

hm..
ni cerita lain plak..
smlm aku pi makan2 sedap ngan cikgu muzai dkt² danga bay..
beliau dan keretanya yg masih lagi berbau kedai..
pahni bleh la buang masa dia setiap kali pi johor..
heh..

~ seb baik ada crita yg bleh sedapkan ati.. huh..

>> be strong..

Monday, 23 June 2008

encek brader ilang..

hah...
masihkan korang ingat kisah seorang brader yg ilang dulu?
aha.. aku ada crita lebih sensasi..

dia telah pulang seminggu selepas dikatakan hilang tu..
dan setelah futsal tu mmg aku tak penah nmpk dah dia ni..
sbb walaupon dia 1 kampeni ngan aku, tp dia dok kt ofis lain iaitu kt kelana jaya..

dan pagi tadi, tatkala aku berborak² kosong dgn akak seketeri, dia muncul secara otometik didepan kami.. dan kami 2-2 kaget sebentar sbb teringat kisah ilang dia tu..

"nak tanya sket la.. kt sini takdak seketeri ke, atau sapa2 yg bleh aku jmpa?", tanya beliau..

"nak jumpa untuk apa?", tanya akak seketeri..

"oh... aku kena lapor diri kt sini harini.. aku kena transfer masuk sini plak skrg.. mulai harini..", ujarnya..

"haaaaaa...? kt sini?", aku terkata gitu plak..

"owh.. jumpa si polan kt sekian sekian.. blabla..", kata akak seketeri..
lepas tu dia pi jumpa org berkenaan..
...dan kami saling berpandangan dan tergelak...

"haa.. nanti bleh kita tanya dia dia menghilang kt mana haritu..", kata akak seketeri..
haha.. hampeh..!

lepas tu, sbb dia kenal aku dan akak seketeri je kt situ, maka asik la dia jenguk kt tempat aku untuk berburak².. hahaha..

"hah.. elok la.. ko dkt ngan dia ni.. leh sembang²", akak seketeri kata kt brader tu..
meja aku kira² 3 langkah je ngan meja dia skrg ni.. tp ada tiang yg lindung aku dan dia tu..

"tuh la.. kalau bleh buang tiang ni kan bes.. lg senang nak borak..", brader tu kata..
haaaaaa? aku? borak ngan org yg menghilangkan diri ni?
aaaaaaa... cuak sket.

"awak sape nama?", dia tanya..

"errr...", aku sebut nama aku..

"ooo.. dulu tak sempat nk berkenalan.. masa tu sebok nak main futsal je.."
aku sengih je... hohoho..
aku cuak dan speechless..
xtau nk kata mende..
samada nak teruskan berborak ngan dia atau apa?
aku kena mengadap dia smpai dia pencen..
tp umor dia baru 33..
dia ok tp aku cuak gak..
huh..
tah la..

tamat.

>> away 2 hari.. meeting kt Johor.. lagi.

Saturday, 21 June 2008

periksa cikgu..

ha..
siang tadi aku pi exam cikgu..
biasanya sapa yg amek exam ni, adalah tanda2 org yg kecewa dgn kerjaya skrg..
btoi ka?
lu piker la sendiri!!
hahahaha..

aku pi bkn sbb aku kecewa dgn kerjaya skrg..
tp sbb aku dah bayar RM 20.60 tu..
(ingat² lupa harga borang)
hehehe..
selain dari ingin mengelakkan kerugian, aku nak test market..
adakah aku benar2 bernaluri utk menjadi cikgu skolah (jika lulus)..
atau sekadar layak menjadi project team utk membina skolah..
hehehehe..

sebenarnya nak highlight contoh² soklan pagi tadi yg masih lagi segar di ingatan dan sanubari aku ni..
sila ambil perhatian bahawa jumlah soklan adalah 300 soklan untuk dijawab dalam masa sejam. senang kan? kalau tak, takdak la aku kuar lepas setengah jam menjawab.. hehehe.. macam bagus.. haha..

ok. ada banyak bahagian..
ada yg kena jawab YA dan TIDAK..
ada yg kena jawab SETUJU, KURANG SETUJU, TAK SETUJU LANGSUNG..
lebih kurang la..
tadak la esei² ni.. tak main..

contoh soklan.. jawab YA @ TIDAK
1. saya sangat berminat membaca buku2 berunsurkan akademik..
- ya.. sbb tu SPM saya hancur.. hehe..

2. saya pernah jatuh cinta..
- jatuh beskal pon penah..

3. cikgu boleh membantu pelajar ketika menjawab soklan dalam peperiksaan..
- masa kt itm dulu ada je lecturer tolong aku.. kira boleh la kan..

4. saya suka melukis gambar potret..
- kalau aku lukis kuda, anak buah aku kata kucing, agak2 bleh tak?

5. saya akan tidor lewat bagi menyelesaikan kerja² yang telah dimulakan..
- biasanya tidor lambat sbb berchatting.. haha..

6. cikgu akan meminta pelajar menanda sendiri kertas ujian mereka..
- ni pon aku penah buat kt skolah. dah cikgu suruh..

dah la.. malas aa nak piker soklan2 tu..
krem otak aku..
buat soklan matematik lagi mudah nak piker..
tak perlu berlakon jadi baik atau jadi diri sendiri..
yg penting, guna formula yg btoi..
dapat figure yg tepat..

dah.

>> tadak talent daa.. haha..

Friday, 20 June 2008

besday puan boss..

rupanya aku lupa nak publish entry ni.. haha.. penat je den tulih..

harini besday bos..
bos yg aku sering tido bersama ketika pi meeting kt johor..
yg aku penah kata gaya dia cam puan sabariah..
tp dia mmg 4 juta kali ganda bes dari puan sabariah tu..
mmg gerek sehhh...

rupanya umor dia dah 50 taun..
ada 5 taun lg nak pencen..
adehh... melemahkan smgt aku je nk keja sini..
aku rasa kalau dia takdak cam tak bes plak department ni..

kek yg dibeli secara seperais.. aku ngan akak seketeri beli senyap2 masa dia pi miting kt putrajaya..

curik2 peace di belakang bos..

ni la ahli department aku.. ada 2 org lg takdak dan tak termasuk yg ada kt site. tu la lelaki yg suka gelak cam org geletek dia tu.. kikiki..

>> kek coklat.. adehh.. terpaksa gak den makan.. huhu..

Wednesday, 18 June 2008

stiker dan penipuan..

pada suatu hari, seorang awek cun yg enggan dikenali sebagai sapa² pon, pi check dia punya kereta kt pusat servis.. dgn semangat yg berkobar² ingin menipu staf di pusat servis itu (dgn bantuan & dorongan dari seorang rakan), dia tiba agak awal di sana..

"ya cik.. ada masalah apa ya..?", tanya encik servis.

"camni, bila saya brake, stereng keta saya bergegar la..", ujar awek cun tu..

"oo.. mintak buku servis"

"nah.."
beberapa ketika kemudian..

"hmmm.. sblm ni awak tak ada buat servis kt sini ke?", tanya encik servis.

"hm.. saya tak pasti la sbb bukan saya yg bawak kereta ni sebelum ni", kata si gadis sambil membuat muka yg paling toya yg pernah dibuat olehnya..

"oh.. camtu.. meh saya try bawak jap kereta ni.. nak tgk apa problem dia.."

"nah kunci.."

"ok, awak naik skali ye.."

"oh.. kena ke?"

"ye..", kata encik servis.
masuk je kereta, dia memandang sekeliling.. dan pandangan beliau terhenti seketika apabila memandang 1 stiker kt depan mata dia..

"hm.. servis kete kt luar ni..", ujarnya sambil menjeling pada si gadis.
sekali terkantoi da.. stiker servis keta kt kedai biasa masih tertempel kt cermin.. di stiker itu telah tercatat mileage 31K dan kt keta itu tercatat 32K.. baru lagi servis ni.. hahahahahaha..

moral: lenkali cabut dulu stiker tu sblm menipu..

hahaha..

>> sudah ditemui sebahagian dari apa yg di cari.. offer letter tertulis 'Permanent Staff' dari kampeni.. kuikuikui.. syabas kt diri sendiri! hahaha..

Monday, 16 June 2008

Ku Mahu Kau Tahu..

jom layan lagu ni..
by: Hujan


Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

teruskan menunggu?
haaa.. mari mulakan kontroversi..
tingkatkan prestasi..
hahahaha..

>> sesungguhnya org berhati kering seperti aku mmg tak berhak utk beremosi.. aku kena ingat tuh.. lalala~~~

Saturday, 14 June 2008

terima kasih paklah..

harini pemberian subsidi minyak bermula seperti yg dijanjikan kerajaan (baca: paklah) kepada rakyat mesia yg memiliki kenderaan persendirian.. aku pon menggedik gak nak amek duit tu.. hahaha.. mula2 aku pi post office kt rumah lina kt subang. tahap gaban punya ramai.. lmbt plak nombor kt skrin tu gerak.. kata 3 minit.. cait.. tipu sungguh.. sbb nmpk nombor cam lambat lagi, aku balik shah alam..

pahtu, pi la check kesihatan encek BuJaL kt sec 15 plak.. sambil tu lalu la kt depan post office besar shah alam.. ni la rupanya..

parking sampai luar beb.. hebat!!

maka, aku pi la sec 15 tgk apa problem encek BuJaL.. oo.. rupanya kena tukar brake disc.. tp dia mintak aku buat major service skali yg bernilai RM220 'je'.. sbb katanya dia susah nak bg aku claim warranty utk brake disc tu sbb tak penah servis kt perodua lepas 3 kali free service tu.. hahaha.. hampeh! tp lama lagi la.. mebi 2,3 minggu lg sbb kena order dulu.

pahtu aku pi kt tesco shah alam.. sbb kt situ ada post office.. sangat efisyen staff kt situ. mmg bertepatan la dgn 3 minit/person tu.. dan hasilnya..

mata + duit = mata duitan.. heh..

dan tak smpai sejam, aku dah guna sebahagian dari duit tu.. mai tgk apa yg aku buat..

aku pi pasang menatang yg berharga RM 199 ni..

terpasang jua akhirnya.. mari kita lihat siapa yg kena.. hahaha..

pahtu aku beli laksa ngan cendol.. sedapkan..?

hahahaha... 'terima kasih' la paklah dengan subsidi yg tak seberapa ni.. huh.. belen duit tu aku nak guna utk servis BuJaL.. huh.. payah gak ada laki itam legam ni.. hehe..

>> sok CikGu_TaDiKa nak mai rumah aku.. yey.. yey..

Friday, 13 June 2008

karangan bergambar darjah 3..

masa pi skolah harini, cikgu yati suh buat karangan bergambar.. dia suruh hantar esok. tp aku hantar harini.. pelajar genius la katakan..

ok.. crita dia camni. ada sorang brader ni.. nama dia saipudin. dia jiran cik salmah. nama samaran beliau, pudin. pudin ni bekerja di sektor swasta dalam perniagaan impot ekspot. sejak dari awal lagi beliau tidak pernah menganggur. oleh itu, beliau dah mempunyai wang yg agak banyak dan membeli sebuah kereta.. memiliki sebuah kereta mmg seronok, kata beliau.. akan tetapi beliau sering susah hati utk meninggalkan keretanya itu..

akhirnya pudin telah mendapat 1 idea yg bes utk keretanya itu.. dia genius cam aku gak la..

kelihatan encek pudin curik2 keluar dari opisnya.. "penat sungguh bekerja", kata beliau..

"eh.. terang lagi rupanya kt luar ni.. aku balik awal ke? mana org lain? eh.. ternmpk awek cun la plak kt sana tu.."

"ya ampunnn.. kereta sapa la yg buruk ni.. dah la buruk, hodoh plak tu.. dah la parking kt depan entrance opis ni.. macam besi buruk plak aku tgk.. nak je aku jual.. timbang kati laku gak ni.."

"ehh.. ape ni? boleh selak-selak la.. ajaib nyeee.."

"acah mat labuuu.. ni la keta saya.. bes tak topeng dia? kuikuikui.."

lepas itu encek pudin pon balik la rumah dia.. tamat..

... bes giles mendalah tu.. agak2 utk model myvi ada tak? hehehe..

>> bila anda rasa gembira tepuk kaki.. puk! puk! (sound effect)

Wednesday, 11 June 2008

tagged by nad..

kengkonon rules dia camni..:
1. Write your own six word memoir
2. Post it on your blog and include a visual illustration if you’d like
3. Link to the person that tagged you in your post
4. Tag six more blogs with links <-- takmo bleh? heh..
5. And don’t forget to leave a comment on the tagged blogs with an invitation to play!

so, seperti yg penah ditaip2 sebelum ni..
6 words itu berbunyi begini..

Semoga Ditemui Apa Yang Dicari.. InsyaAllah..

..just ada tambahan dgn-izin-Allah itu..
banyak maksud tuh..

boleh jadi apa yg dicari itu adalah duit tersepak utk membayar ptptn?
ataupon brooch tudung aku yg slalu hilang tah letak kt mana?
ataupon agak2 apa yg terlintas kt otak aku ni selain dari mesti makan nasik..?

bayang-bayang di atas batu - sekadar gambar hiasan
(tak explain pon korang tau kan ni gambar bayang2 kt atas batu? hahaha..)

hmm.. lu piker la sendiri eh..
hehehe..

>> aku dah kembali ke shah alam.. sok kerja smpai muntah..

Monday, 9 June 2008

kerjaya dan anda..

sok dan lusa aku away..
ada meeting kt Nusajaya, Johor..
malam tidor kt JB..
hotel mutiara barangkali..
tidoq ngan bos aa..
apa barang tidoq sorang2..
hahahahaha..

so, jgn dok mengumpat aku kt sini masa aku takdak..
hanya sms sahaja dilayan..

tiba2 teringat..
dulu aku slalu ajak mak aku jalan kt johor..
sbb tak penah pi johor..
masa kt itm baru pi jalan johor..
tu pon pi rumah nani-san (rumet masa kt itm)..
skrg bleh dikatakan 2 minggu skali pi johor..
koman2 pon 2 bulan skali..
huahuahua..

>> mati kutu sebilik ngan bos... sunyi dan sepi.. huhuhu..

Saturday, 7 June 2008

Ada Untukmu..

by: Nubhan AF6..



Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah, janji yang puitis untuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci

Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku sayang dirimu biar pun nafasku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta

Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua semakin tiba saat bahagia meraih cinta kita

>> nice song.. :-)

Friday, 6 June 2008

jom sep minyak..

di suatu pagi yg hening, tatkala burung berkicau riang gumbira, noma bgtau aku pasal 1 bendalah yg dia pasang untuk jimat minyak. just pasang kt paip ape ntah kt depan tu dan tak perlu modify apa2 pada kereta anda.. menarik tak? kata dia harga bendalah ni skali siap pasang dalam RM 200 je..

kt web dia ada dinyatakan advantages menggunakan bendalah ni..

1. Fuel Save Up To 35%
2. Increase Power Up To 20%
3. Life Time Warranty
4. High Performance Product
5. Japan Technology


amacam? agak2 bes tak?
hehehehe..

>> baru ingat nak sewa rumah dkt2 ofis..

Thursday, 5 June 2008

implikasi..

haaa... stat kul 12 smlm harga minyak dah naik dari RM 1.92 kepada RM 2.70.. bes kan? hahahahahaha.. (gelak sambil menangis).. smlm semua stesen minyak mengalami keuntungan dalam jangka masa yg singkat sbb masing2 berebut nak isi minyak penuh. macam ada pertandingan 'sapa isi minyak penuh dapat duit patploh juta'.. hehehe.. smpai ada stesen minyak tutup awal sbb minyak dah abih.

balik dari rumah lina smlm (dia buat kenduri doa selamat masuk rumah baru.. syabas meri beti..), aku masih menyaksikan kereta2, moto2 dan lori2 beratur panjang smpaikan aku kena terberatur skali utk masuk ke lorong rumah aku sbb ada stesen minyak kt rumah aku. rumah aku yg terletak dikawasan utama menyebabkan aku masih lagi terjebak dalam jem walaupon aku dah nmpk bumbung rumah aku kira2 50m.

masa pulang dari kerja dlm kul 6.30 ptg smlm, aku tgk stesen minyak blkg rumah tu cam biasa ja.. takdak Q pon.. mebi taim tu org ramai tak sedaq habaq (bahasa kl: takdak kesedaran sivik) lg kot.. maka aku pi la isi.. dah stop smpai RM48, aku paksa dia masuk jd RM50.. pagi ni aku smpai ofis, tak luak bar minyak tu.. kikikikiki.. pagi ni la.. ptg sat lg turun la 1 bar tu..

antara implikasi yg dapat aku lihat dari kenaikan harga minyak ni...

1. stesen minyak agak lengang pagi ni..
2. jalan dah tak jem.. mebi org kuar awal pagi kot supaya tak redah jem..
3. kakak aku reti pi kerja naik moto plak..
4. stesen radio dah mula membuka topik berkenaan langkah2 untuk berjimat cermat..
5. aku dgr pendengar radio buat panggilan kata..

a. buang la accessories yg tak perlu kt kereta
b. car pool
c. ganti ekzos yg besar dgn yg biasa2
d. kurangkan beban dalam kereta.. kalau rasa bini berat, carik bini baru yg lebih ringan.. (hahahaha.. kuang ajaq punya cadangan)
6. tiba2 aku lebih minat dgn udara 'segar' diluar berbanding ekon.. (bukak tingkap la..)

..and the most important thing..

7. aku dah pandai memandu dgn kelajuan 80km/hr berbanding sebelum ni yg terlebih2 dari had laju yg ditetapkan..

..akhirnya aku kembali jua ke pangkal jalan.. ahaks..

petikan dari email yg aku terima..

Harga minyak sepanjang zaman..
(dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

1. zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)

2. zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'

sekian..

sekadar gambar hiasan.. tiada kena-mengena dgn topik..

>> nak sewa rumah dkt ofis la cenggini..

Wednesday, 4 June 2008

minyak keta..

aku tak puas ati awat depa naikkan harga minyak..
8 kupang plak tu..
yg sedia ada ni pon tak termampu..
ni kan plak yg baru naik..
kalau nak naikkan pon, tunggu la gaji aku setanding dgn 'depa' tu..
tau la 'depa' tak penah boh minyak kt kereta sendiri..
nak buat perubahan pon jgn aa drastik sgt..
mmg macam *&%#@*&#... (tuuuuuuut)

sekian.

>> aku tertekan.. tolong!!! huhuhu..

Tuesday, 3 June 2008

jalan2 pi kenduri - siri 2

perjalanan pada hari kedua diteruskan..

pandangan dari tingkat bilik.. kelihatan bandar taiping yg pesat membangun bak cendawan yg tumbuh selepas ujan.. sayup2 kelihatan adalah banjaran titiwangsa yang merupakan tulang belakang semenanjung malaysia.. pehhh.. kagum tak ?

dpn umah ustaz.. datang lagi sbb nak hantar iron.. kesimpulannya, lenkali kalo nk p jalan2, jgn lupa bawak iron. haha..

smpai umah shahza, dia tgh bersanding.. ewahh..

shahza dan wife beliau iaitu seorang cikgu cikgi..

ex-smkaks.. qode, angah dan lina..

terjumpa ismah kt kenduri ezad.. sudah bertunang.. insyaAllah akhir tawon ni kawen..

nabil dan ezad..

bersandingan dlm dewan.. meriah btol..

kelihatan udeq (bertudung merah) yg turut hadir di majlis ini.. dah 8 taun aku tak jmpa dia..

pastu pi open day tudm kt subang.. kelihatan kapal2 tebang milik aku dipamerkan.. hehe..

tak semena2 aku jadi sopan di majlis serupa ini.. masitah lg aa.. macam nak jual jamu.. haha..

dan tak semena-mena aku terjoin masuk dalam gambar bersama encek2 askar ni.. tgk muka aku mcm tak ikhlas tu.. hehe..

meon di perbatasan.. hahaha.. ade plak suh aku beli duit cenderamata tu.. takdak maknanya..

pasangan yg bakal berkawen Aug ini, aimi dan zaman.. berbaju overall ijau itu adalah kawan2 encek zaman masa dia kt kolej tentera udara dulu.. depa tgh training sebagai pilot skrg ni.. pilot yg sengal2 ubi..

perajurit wanita (berbaju kurung hijau) turut serta dalam openday kali ini.. bakpo eddy senget pale gitu? nak lawan hantuk pala ngan aku ke apa? haha..


jadi, sekian saja laporan saya.. gambar2 lain akan diagihkan pada masa akan datang.. sila rekues jika mahu diemailkan..

>> kesejupan ofis berada di tahap gaban..

Monday, 2 June 2008

jalan2 pi kenduri - siri 1

majlis kawen Nurul Ayuni (nama tipu, Yunon) dengan Zamri.. Yunon adalah bekas pelajar SMKAKS dari tahun 1996 - 2000. dan kini menetap kt shah alam..

yaa.. berkonvoi2an ngan An, Irma n Quraisyah..

Exit 146.. night safari.. err.. maksud saya taiping..
"i'm taiping" - hahahaha.. ahli rombongan je yg paham ni..


hah.. jmpa pon Lorong Kota Indah 2 ni.. fes taim smpai ni.. hehe..

oleh kerana pengantin lmbt smpai, depa ni terpaksa berposingan dulu..

yunon dan zamri..

zamri dan yunon.. hehe..

sblm pulang, kena amek gambar dulu ngan pengantin.. bukti kehadiran.. haha..

non, ko tgk angah ni.. dia buang wei berkat ko kasik tu.. (mamarazi sempat men'snap' sambil tabur fitnah)

zahabna ila al-bait ustaz ziyad wa ustazah uraidah fi taiping fi sa'ah al-khomisah masaan bi saiyyaroh mukaiyyafah..
(hahaha.. perlu ke aku mention mukaiyyafah tu?)

fyi, ni rumah ustaz & ustazah aku masa skolah kt kosangor.. depa ajar al-lughatul al-arobiyah..

AJK tertinggi SnAc bergambar kenangan kt umah ustaz.. pehh.. tak tahann.. haha..

masitah secara diam2 cuba meracun ikan ustaz tp sempat dihalang oleh aku.. (aku tipu)

itulah mereka berdua.. yg duduk kanan tu anak second last depa..

lepas tu pi night safari la.. apa barang pi tepeng tp tak pi zoo tepeng..

ok adik2.. ini ular sawa ya.. sapa suka tidor banyak, dia sama la cam ular ni.. (tiada bermaksud utk ditujukan kepada siapa2.. hahaha..)

gambar kenangan utk ditayang kt cucu kami nanti.. tu dia tok2 hangpa pi zoo tepeng.. hahaha..

bak kata budu, "bahan bukti tu penting. cakap kosong tarak guna apek.." hehe..

to be continued..

>> seteguh kasih.. shah jehan kepada mumtaznya... ;)