Sunday, 4 November 2007

Re-union..

Nama Sekolah : Sek. Ren. Keb. Sungai Way, Petaling Jaya..
Tahun : 1989 - 1995
Kelas : 1 - 4 Kuning, 5 & 6 Anggerik

hm.. itu serba sedikit sejarah persekolahan aku masa sekolah rendah dulu.. bermodalkan topup tepon RM10, aku berjaya mengumpulkan lebih kurang 15 orang dari batch aku masa skolah rendah itu.. tak semena2 aku jadi organizer plak.. huhuhu..

beramai-ramai berposing.. selepas aku abihkan 2 cawan askrem..

bertempat di Sunway, aku tiba dgn budak Ikram itu dan terserempak dgn ex-classmate aku masa darjah 5 & 6 iaitu Faizal Ismail (a MAS steward) dan beberapa rakan mereka yg aku tak kenai.. kemudian, tiba pula Afinafrol dan Tarmizi (ex-classmate masa darjah 1-4).. nmpknya masing2 tak kenai aku.. ahahahaha.. benci sungguh.. lepas tu ramai lg datang termasuklah safuan, hasbullah, dan ramai lagi.. tak dilupakan, bekas ketua kelas aku masa darjah 6 yg disegani iaitu encik Hasrizal yg mmg sengal tahap 5.. hahahahaha..

encik ketua kelas, hasbullah, ikram dan aku..
selepas berbincang hal keduniaan..

bebudak laki suma dah 'gagah' lagi 'sehat' berbanding aku yg slim dan maintain je dari dulu.. sbb aku hari-hari makan nasik.. hehehehe.. selain itu, para jelitawan yg hadir termasuklah, norliza, azlina, shida dan aisyah.. ada lg yg nak dtg, tp mcm dah lewat sgt plak.. next time je la..

model bangunan klcc..
hasbullah, aku dan safuan (rakan saingan dalam kelas.. ;P)

nice candid pic.. kelihatan kanan skali (duduk) adalah faizal the steward..
dia yg keja paling 'tinggi' skrg ni.. hehehe..

tunangan org, bini org dan gadis solo.. haha..

semoga dgn perjumpaan kali pertama ini semenjak 12 tahun lalu, akan menjadi satu permulaan kepada pautan ikatan persahabatan yg pernah terlerai, suatu ketika dahulu.. eceh.. poyo gila ayatt.. hahahhaha.. apapon, korang mmg bes lah..!

>> siap ada yg tanya, "bila nak wat 2nd reunion?".. hahaha..

No comments: