1 batch ngan aku masa kat SMKA Kuala Selangor. dari form 1 hingga form 5. tak pernah 1 kelas pon. kami start borak pon masa form 4. tu pon sbb aku jadi akak KOOP. lepas prep, dia lepak dpn koop, pahtu ada la tegur2 sket, cam kawan2 biasa gak la..
ntah camner kami jadi rapat. aku dan rakan-rakan biasa gak jenguk umah dia bila nak bukak skolah lepas cuti raya.. singgah beraya la tu.. rumah dekat ngan pekan lama kosangor.. dpn umah dia ada mangga sedap. sampai pokok mangga dpn umah dia tu pon kitorg panjat.. kehkeh..
pahtu, mak dia ni meriah sket. slalu cerita psl dia kat aku kalo aku dan kawan2 ngadap kat rumah dia.. dia rajin masak la, rajin sidai baju la, tak suka berpeleseran la.. byk jgk la ayat yg meng'up2'kan dia tu.. ewahh..
adik penah bisik kat aku masa mak dia borak ngan aku..
"aku rasa dia nak promote kamal kt ko aa..", dgn nada senyap2..minggu depannya, dia outing balik rumah (umah dkt ngan skolah je..). balik dr outing, dia bagi aku buah mangga dgn sedikit ucapan..
"ishh.. pehal aku plak..?", aku pelik..
"dia borak pandang ko je tu ha..", aku kaget..
"mak aku suh bagi kat ko ni.. jgn lupa mkn..",kata beliau sambil tersenyum2 simpul..kebetulan adik dia masuk sebagai pelajar tingkatan 1. seperti adat kebiasannya, aku yg form 5, kena jaga sorg budak form 1. aku tanpa rasa susah payah, aku amek je adik dia jd adik bimbing aku.. dah la muka sama, cuma adik dia pakai tudung.. eheh..
aku kaget lg..
dan aku telah mkn sorang2.. tamak sungguh.. hehehe..
berikut adalah senarai foto-foto silam yg ada..
masa ni kami jumpa balik selepas beliau dah masuk belajar kat KYPM Bangi dan waktu ni aku tak dapat masuk UiTM lagi rasanya.. gambar diambil masa ada open house di rumah Chubby (Liza Hani) kat KJ..
beliau memakai t-shirt yang aku bagi sempena besday beliau yg ke 17 (zaman form 5 la ni..)..aku fly outing ke Klang beli t-shirt ni.. indah sungguh zaman fly ketika itu.. hehehe..
tatkala beliau ada lg seminggu untuk menduduki peperiksaan akhir di semester 1, beliau menelefon aku setelah beberapa lama tak berhubung. masa tu aku baru masuk UiTM.. bait-bait perbualan lebih kurang mcm ni..
"assalamuaikum", kata beliau..dan itu lah bait2 terakhir yg diucapkan kepada aku sebelum beliau dijumpai meninggal dunia di Tasik Sri Permaisuri, KL, seminggu slps menelefon aku dan moto yang dinaiki beliau spt dalam gambar turut hilang..
"waalaikumsalam.. amboi.. lama tak dgr citer? dah start exam ke?" tanya aku..
"blom.. next week. ko ape cerita? bes ke kat itm?"
"bole la.. ni apsal tetiba tepon aku ni? rindu kat aku ke?"
"hehe.. ha'ah.. hehehehe.. tetiba teringat plak kat ko.. tu yg tepon tu.."
"ele.. tah2 baki2 duit pah tepon aweks2.. aku standard yg baki2 coin ko tu je.. kan?
"manede, ni aku mmg tepon ko la ni.. saje2.. teringat kisah lama.. hehe.."
.........blablabla (byk la mende yg diceritakan tu)......
"ok la, coins dah abih ni.."
"okeh, next time call lagi eh.."
"insyaAllahhh.."
kluk... gagang diletak..
kisah beliau ada tercatat di muka depan akhbar pada keesokan harinya. aku cuba mencari link akhbar tersebut tp telah tiada..
dan akulah merupakan salah seorang rakan terakhir dari smka yg menerima panggilan dari beliau..
aku juga telah mengiringi jenazahnya sehingga ke liang lahad..
semoga Allah merahmati dirinya dan diletakkan di kalangan org2 muslimin..
Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Kamal Azizi (1983-2002)..
>> juga Al-Fatihah kepada rakan karib beliau (juga rakan sebatch aku..), Allahyarham Mohd Syukri Senin (1983-2003)..
No comments:
Post a Comment