Thursday, 31 May 2007

reunion..

2 hari lepas, tatkala aku makan nasik, aku teringat kat kawan-kawan skolah rendah. SRK Sungai Way @ SRK Sungei Way.. mane2 pon bleh.. sejak hari terakhir masa darjah 6 dulu, aku tak jumpa dah mereka-mereka ini sbb umah aku kat shah alam. skolah plak kat pj.. cuma ada bebrapa org yg kebetulan t'jumpa smula. aku hari-hari kena berebut naik bas ngan org g kijo.. ye la, zaman tu lom ada komuter. tiap-tiap hari aku dok kat pintu bas. kalo umor tak pjg, mesti aku dah tercampak keluar ngan beg skolah skali (beg skolah masih lg berat taim tu.. hehe).. alhamdulillah aku masih idup smpai skrg.. hehe..

mlm td, aku taip sesuatu..
"weh, aku ingat nak buat reunion la.. ko sokong tak? kalo sokong, send sume no budak2 skolah kita yg ko ada kat aku.. nanti aku wat list"

aku send kat beberapa no yg aku ada..

hotline hp aku mlm td.. hahaha.. suma sokong rupenye. tp diorang nak ada org yg mulakan dulu. aku la tu.. cehh..

td ada sorg ex-classmate aku nama hafiz (aku pon tak ingat dia sbnanye), nak tolong aku. dia dah call skolah utk carik list nama batch aku. cargas sungguh.. camni la semangat yg kita mahukan.. (sila amek perhatian ye encik presiden.. haha..). dia meminta aku fax senarai nama penuh yg aku ingat utk tindakan skolah mencari senarai lain yg boleh diorang cari. katanya, buku attendance zaman aku dah kena makan anai2.. lawak tp ni la kisah benar. aku darjah 1 taun 90. mmg patut pon kena makan dek anai2. yg ada skrg cuma maklumat dalam database skolah iaitu dari senarai kemasukan pelajar ke skolah tu.. maybe ada nama ngan no surat beranak (sb takde ic lg taim tu). then kena bawak g JPN nak search alamat. dah macam CSI plak.. hehe.. apepon, buat masa skrg blom ada hasil. tgk la sok lusa camna..

aku mintak gak senarai cikgu2 yg ajar kami dulu.. teringin plak nak jumpa cikgu yg lempang aku dulu. bkn aku nak lawan lempang dia tp nak say thanks atas lempangan dia tu.. (cewah.. pura-pura tulus plak) eheh..

apepon, mari kita tunggu hasilnya.. tungguu...

>> oii encik president.. marilah kita lebih bersemangat.. ehehe..

No comments: