Monday, 7 April 2008

Awie's Wedding..

ni bukan awie wings tu.. ni awie ex-classmate masa form 1 masa skolah kuala selangor dulu.. awie atau nama betul dia, zainuridza (btol ke ejaan camni?) telah selamat di ijabkabulkan dengan rianna.. (bukan rihanna ek..)

awie merupakan pelajar SMKA kuala selangor pada tahun 1996 sehingga 1998.. masa form 4 dia dah sekolah lain.. majlis kenduri yang bertempat di klang ini (lupa nama tempat) dihadiri oleh wakil2 batch kami yang terdiri dari, penulis sendiri, aimi @ adik, masitah @ mass, tugiman @ wak, syairani @ nani, iqbal @ sabah, a'asri @ asri, fahmi, adni @ joto, nashmin, faisal mujar @ apai..

majlis yang diserikan dengan 8 buah kemah dan live band serta ayam yang bergolekan membuat masing2 terpukau.. emosi orang ramai menjadi2 apabila menikmati ayam golek sambil didendangkan lagu inul nyanyian seorang akak (ke makcik) diiringi band tadi.. kemainnn.. heh..

disini disertakan gambar2 menarik di sepanjang majlis berlangsung..

pengantin..

"woi.. apsal suma pandang aku?", kata awie.. hahaha.. sengal!

group 1st makan..

2nd group plak makan..

main buaian umah orang..

bercerita penuh emosi sungguh.. haha..

kaver album band lagu pengantin..
asri, nani, joto, sabah..


apai yg senyum lebor..
(dah pandai isap rokok dah skrg.. aku repot kt mak ko.. haha..)

fahmi, mass, awek cun, adik..

pre-kawen..?

gambar bersama pengantin..

yaa.. itu la sebahagian aksi2 yang sempat di rakam.. setelah beredar dari majlis kenduri, kami semua kemudiannya pi ke JJ bkt tinggi.. cadangannya utk bermain bowling. tp memandangkan gadis2 memakai baju kurong dan sudah pasti kebolehan tak dapat ditunjukkan dengan jelas dan agak terhad, maka, kami memilih untuk menonton wayang beramai2.. (dengan berbaju kurong yang agak cantik? blasah je la..)

snap masa tgh kunyah pop corn secara solo..


kami tgk crita be kind rewind.. sinopsis sket la pasal cerita ni.. dia pasal penjaga kedai sewa video (VCR) kena jaga kedai sbb owner ada hal dan terpaksa tinggalkan kedai selama beberapa hari/minggu/bulan.. berpesan tokey kedai, supaya penjaga kedai 'KEEP JERRY OUT'.. jerry is kawan kepada penjaga kedai.. hampeh sket jerry ni..

nak dijadikan cerita, jerry kena shock letrik sbb nak sabotaj kawasan larangan (berkaitan letrik - substation ke, kilang ke, aku tak pasti).. bila dia masuk dlm kedai video kawan dia, rupanya, dia ada cas magnetik yg bleh padam video2 dalam tape tu.. bila org sewa video tu, cerita takdak, jadi org mintak ganti.. maka bengang la penjaga kedai setelah tau tu suma jerry punya pasal.. dan takutlah dia akan menjejaskan perniagaan tokey kedai (mr. fletcher).. pahtu, penjaga kedai kata, suh pelanggan tu datang ambik video tu esok.. dan dalam masa sehari tu, dia dan jerry buat aksi sengal melakonkan semula cerita tu.. senang cerita, kira buat video sendiri la.. katanya, org tu pinjam video sbb dia tak penah tgk crita tu. jadi, kalo diorang yg buat sendiri pon, bkn sapa tau pon.. byk cerita dia buat, rush hour la.. lion king la.. robocop la.. lawak.. lawak.. equipment suma dari kedai besi buruk si jerry ni.. set studio lagi cam hampeh.. hahaha.. sendiri tgk la..

penat la nak taip smpai abih. aku saran korang tgk cerita ni.. memula bosan sket la.. tp pahtu mmg lawak tahap gaban yg rasa susah nk berenti gelak smpai kuar JJ tu.. teringat cerita tu, mesti nk gelak..

ok, cukup2 la tu.. krohhhh..

>> aku tgh try make money kat web ni.. An yang influence aku.. aku saja try.. nak tgk apa jadi..

Saturday, 5 April 2008

birthday party..

semalam, aku telah dijemput dgn segala hormatnya untuk menghadiri 1 majlis makan kek (baca: besday party) yang dianjurkan oleh rakan sepersekolahan iaitu saudari masitah dan saudari angah di sebuah lokasi yang enggan namanya disiarkan, terletak di seksyen 13..

majlis sepatutnya bermula pada jam 9 malam tetapi, para tetamu tiba agak lewat memandangkan masing2 ada sedikit komitment dan kerja yang harus diselesaikan. contohnya aku.. aku smpai rumah pada jam 6.30 malam. setelah makan nasik 2 pinggan, aku tertidor sampai kul 9.30 malam. tu pon sbb masitah call.

kira2 jam 9.50 malm aku tiba di lokasi bersama muka tidor yang tak dapat disembunyikan lagi kepada para tetamu.. huahuahua.. kelihatan makanan yg lazat telah pon dihidangkan sejak jam 9 malam. dah sejuk pon lauk-pauk tu.. ni sebahagian menu makan malam yg disponsor oleh 'The Execs' a.k.a masitah dan angah..

kita mesti makan nasik..

kailan ikan masin.. siakap 3 rasa..

tomyam..

encik siakap..

sebenarnya, majlis ini meraikan besday aku dan zul? siapa itu zul? apa kaitan beliau dalam cerita ini dan hidup kami? ermm.. sila tanya masitah.. hahahaha.. nk cerita pon payah.. asal-usul dia panjang sket.. yang pasti, secara kebetulan, aku dan dia ada no plat keta yg sama.. yang beza cuma huruf ke-3.. aku 'L' dia 'G'.. hehehehe.. kaget sat jumpa no plat sama.. heh..

ok, berbalik kt party smlm.. selain dari makan nasik, kek pon ada.. dah nama pon birthday party.. siap abg kedai pasang lagu besday tu.. dah 1 kedai tgk.. dan untuk mengelakkan diri dari malu dipandang orang ramai, aku sama2 tepuk tangan nyanyi lagu besday sambil pandang kt zul.. baru nmpk party tu utk dia.. hahaha..

btw, thanks guys for this cake..


sebagai penghargaan, mai tgk gambar para tetamu dan organizer di sepanjang majlis yg sederhana tapi meriah ni..

dengan zul yg sengal2 ubi..

aku dan misha omar mass..

aku dan organizer..

adik dan lina..

bakal pengantin, 1st August 2008..

ni bakal apo plak eh.. hehe.. gaya pon berpakat2 je ni.. hehe..

angah dan meon.. samseng kg dusun.. hehe..

pahtu, lepas makan, masing pi uji bakat melalak kt redbox.. majlis makin meriah dgn kehadiran elyn dan adiknya serta partner dia, encik bob.. blk tu masing2 dah tak berdaya nk sembang lantas menidorkan diri secara tidak sedarkan diri..

apapon, korang mmg bes lah! thanks for the meal, cake & celebration.. tak lupa kt lina yang sudi bagi hadiah keybod baru (dia amek kt ofis dia sbnarnya.. hahaha..) memandangkan keybod aku yg dulu dah macam tunggul kayu.. angah asek maki bila dok ceting kt bilik aku.. so, to angah, keybod aku dah canggih skrg.. jemput aa dtg bertandang..

thanks! thanks!
(sampai lupa dah umor sendiri brapa.. haha..)

pahtu, kusi urut yg dibeli itu telahpon tiba dirumah sebentar tadi.. aku cadang nak menamakan beliau as, KURUT (kusi urut).. pahni sehat la aku.. dah ada Kurut skrg.. ahaks..

nmpk cambes dop? heeee~~

>> ngantuk beb..

Thursday, 3 April 2008

mesyuarat JAgong SnAc..

venue: restoren mamak tersohor, seksyen 7 baru
attendance: president, vice president, secretary n appointed lawyer..

mesyuarat dimulakan pada jam 6.30 petang dalam suasana hujan renyai2 skali skala di beberapa tempat di semenanjung malaysia dan terdapat beberapa tempat yang mendung sahaja dan tidak hujan ketika itu..

sebelum presiden memulakan ucapan, naib pengerusi telahpon memulakan santapan dengan mengenakan nasik candu secara solo.. dan diikuti oleh cik seketeri yg terpengaruh dgn bau-bauan ayam madu itu.. (iklan: oit aran, bila lu nak bayar utang nasik candu gua?)

pengerusi, cam biasa, mesti la ucap terima kasih diatas kehadiran AJK dan menyatakan sedikit kekesalan di atas ketidakhadiran AJK lawatan dan AJK kebersihan merangkap Bendahari. Bendahari tidak hadir kerana ada sedikit urusan kerajaan yang harus diselesaikan sebelum beliau 'diselesaikan' oleh kerajaan.. manakala AJK lawatan sedang outstation sambil mandi-manda di swimming pool sedalam kurang semeter itu.. walaubagaimanapon, mereka telah mendapat pengampunan dari pihak presiden yg agak gila kuasa sket tu..

agenda pertama dimulakan dengan membincangkan isu2 yang dibangkitkan dan terbangkit dan agak kurang berfaedah sambil gelak mengilai2 sambil diperhatikan oleh tetamu2 yang berada disekitar meja..

kemudian, pengerusi menyatakan bahawa plan open table oleh cik presiden dan cik naib yang selepas ini disebut sebagai 'The Execs' sempena tanda syukurnya mereka dalam mendapat pekerjaan yang bes lagi penuh pancharoba seperti yang dicadangkan pada hari Jumaat malam nanti akan berlangsung juga seperti yang dirancangkan..

jadi, kepada yang berkaitan, sila hadir dengan berpakaian sopan, bermekap (arahan cik naib pengerusi yg aneh tetiba.. haha..) dan sila tiba pada masa yang telah ditetapkan oleh The Execs.. dan antara menu yang bakal dihidangkan adalah ikan jos 3 rasa, kepala gajah masak lemak cili api dan sup tenggiling. rugi oo kalo tak dtg.. hahaha..

seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan perancangan percutian bersukaria sampai tak sedar diri bersempena pengakhiran zaman bujang cik lawyer kita.. beliau bakal menjadi bini orang pada 1st August dan meminta supaya rakan2 dapat bercuti bersamanya seperti pergi bersnorkling di pulau2 di laut china selatan ataupon ke langkawi menaiki pesawat tambang murah atau ke kota keriangan selama 2 hari 1 malam.. para hadirin sangat bersetuju dan mencadangkan waktu yang sesuai untuk berbuat demikian adalah pada awal bulan 6 nanti.. bergantung kepada kesibukan ahli kelab..

ahli mesyurat juga (aku je sebenarnye) ada menerima berita tergempar tentang gosip seorang ahli kelab yang sedang dilamun cinta peringkat pertama.. kami di sini senantiasa akan menyapot pihak berkenaan dan berharap segala keputusan yang diambil haruslah difikir masak2 dan mula lah belajar memasak dari sekarang untuk masa depan yang cerah.. ehh.. apa aku cuba merepek ni? haha.. oh.. ini hanyalah prosedur menaip minit mesyuarat dimana perlunya tokok tambah yang tiada kaitan skali sekala.. prosedurrr..

dan akhirnya mesyuarat ditangguhkan oleh cik lawyer dengan ummul kitab al-fatihah tetapi telah dibetulkan oleh cik pengerusi.. sebenarnya dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.. hehe..

"nyah ko dari kelab ni..!!"

yang setia menjalankan tugas tanpa gaji,

cik seketeri yang cun..

>> gambar bukti kehadiran bakal dilampirkan.. nanti..

Wednesday, 2 April 2008

cilakalah Geert Wilders!!

hm.. sebenarnya aku masih memikirkan panggilan yang lebih 'sesuai' untuk si cilaka ini.. sapa kah si cilaka itu? kalo anda ingin berkenalan dengan si cilaka ini dengan lebih lanjut, sila masuk kt sini..

untuk pengetahuan semua, si cilaka ini adalah ahli politik belanda yang juga pengarah, penerbit dan penulis filem Fitna yang menghina Islam secara terang-terangan dan membangkitkan 1 isu yang terpaling melampau yang dibuat oleh si cilaka ini..

bagi 15 minit yang pertama, filem ini mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Kemudian ditunjukkan seorang paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

sumber Malaysiakini.Com..

si cilaka ni juga ada memasukkan karikatur Rasulullah yang ada bom di atas kepalanya. cilaka tul la Geert Wilder ni.. huh..

dalam salah satu artikel oleh si cilaka ini yang bertajuk "Get Rid of Half of Koran!", beliau menyatakan;

Referring to the increased population of Muslims in the Netherlands, Wilders has said:

"Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"
so, dengan ini, marilah kita semua memboikot barangan keluaran Belanda termasuklah;

01. Shell
02. Barangan Eletrik/Mentol Philips
03. Barangan Tenusu keluaran Dutch Lady
04. Restoran Windmill
05. Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama ‘N.V.’ dan ‘B.V.’
06. Barangan penajaan Christian Albers
07. Produk2 tenusu spt mentega dan keju
- sila rujuk syarikat dengan no. 5
08. Coklat Forrero Roche, Van Houtan
09. Insurans ING
10. Teh Lipton
11. Perisa makanan Knor
12. Produk mandian Dove
13. Produk Unilever


Ataupon, semua barangan berkodbar (barcode) bermula dengan 87..

cilakalah Geert Wilders!!! <-- taip je rase tak puas ati.. rasa rakam masuk dlm youtube je.. hahaha..

>> belilah barang buatan mesia.. hehehe..

Tuesday, 1 April 2008

kopipes je..

ni la dia antara sebab2 gagal interview..

A adalah penemuduga..
B pula adalah orang yang ditemuduga..


SITUASI 1

A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .


SITUASI 2

A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.


SITUASI 3

A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa…lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Gulp…


SITUASI 4

A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm…maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa…(melopong)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hahahahaha... hampeh!!!!!!!

meh layan gambar plak..





>> mengantuk tahap gaban yang dibenarkan..