Wednesday, 28 August 2019

Update..

Sampai dah lupa ada blog..
Hahahaha..

Masuk sini pon sebab tadi cari info pasal kerja..
Semua info yang dapat tadi dari blog http://mawarkhayalanxoxo.blogspot.com
Tu yg baru teringat ada blog.. :D

Bagus betul dia ada blog yg ilmiah macam ni..
Semoga dikurniakan pahala berterusan utk dia..
:)


Wednesday, 1 February 2017

Braces & Me..

Last post cerita nak pakai braces, sekarang dah 5 bulan tanpa braces dah.. lama gila tak update blog. haha..

So, untuk tak bagi nampak cerita tergantung dan sebagai penutup cerita braces kt blog ni, kita tepek la kejadian sebelum, semasa dan selepas berbraces. kot-kot jadi idola untuk yang nak pakai braces.. 

Sebelum berbraces.. ada gigi lapis..


Masa awal-awal berbraces..


Sejurus braces dibukak..


Amacam? Sila abaikan muka yang flawless sangat tu.. yang tu kena ucap tahniah kat pencipta smartphone sebab sediakan mode BEAUTY. hahaha.. So, sekarang dalam proses pakai retainer; utk retain kedudukan gigi yang sudah sebaris. walaupon tak rajin nak pakai bukak, tapi ada gak la pakai.. kalau tak nak pakai, sila anggapkan pelaburan braces anda ke laut..

Ok, bai..

Friday, 9 January 2015

Misi Khas - Part 1

Wah.. dah kelaut blog ni.. ada cek kesah? haha..

Memandangkan aku ada misi khas dalam hidup, aku rekodkan di sini utk bacaan beberapa tahun akan datang..

Aku dalam perjalanan untuk memakai B.R.A.C.E.S..
yer.. gigi besi Betty La Fia tu.. rpa pon mcm betty jugak dah ni.. hahaha..

Pendaftaran pertama kali dibuat di PPUM masa darjah 6 ( Tahun 1994).. Tapi tak dipanggil-panggil..
Pendaftaran kali ke-2 dibuat di tempat yang sama pada tahun 2004. Rekod lama yang tahun 1994 tu pon takde dah kt situ.. tah macam mana diorang simpan.. patut la tak panggil-panggil.. ok.. masa tu dtg dan register semula.. as new patient.. -_-

Menurut PPUM, kena Q dalam 5-8 tahun.. Until to-date (2015) mmg tak panggil-panggil dah.. dah 10 tahun lebih dah.. rekod kena makan anai-anai dah kot..

oleh kerana aku dah berkerjaya sejak 8 tahun yang lalu dan dan ada la sedikit simpanan, maka aku try tengok-tengok kt klinik orthodontic kt Manjung ni.. Nama klinik tu Klinik Pergigian Maheran & Pakar Orthodontik. Dokter Haji dan Hajjah.. lemah lembut.. mati-mati aku ingat Maheran tu india selama ni.. thihihi..


1st visit - 6 Januari 2015 (pagi)

Masa ni dtg nak tanya harga.. masa hakak tu tunjuk katalog, rupanya ada macam-macam la pulak braces ni.. pilih la nk mahal ke murah.. Sbb alang-alang dah datang, aku jumpa dokter terus for consultation.

Dia just check & explained a bit psl braces.. berapa lama nk pakai.. Katanya kalau budak-budak dlm setahun.. Kalau dewasa, mungkin setahun stgh ke 2 tahun atau lebih, ikut kondisi gigi.. Dan yang penting, 4 gigi kena cabut untuk memberikan ruang kepada ahli-ahli gigi yg lain untuk masuk saf..

Sapa tak cuak pasal cabut gigi? Semua cuak kan.. kemon...

Dah settle, discuss dgn hakak kt kaunter tu bila boleh buat appointment utk cabut gigi.. Date bagi sekian-sekian.. tp date sekian-sekian dokter takde.. arrange punya arrange, kisah selanjutnya ada di bawah..


2nd visit - 6 Januari 2015 (petang)

Nampak tak tahap pack nya jadual dokter.. ptg pada hari sama kena dtg blk..

Bermula dari ambil xray.. kemudian buat acuan gigi.. ada blog yang tulis rasa dia mcm nak muntah.. tp aku mcm tak sempat rasa sbb tak kena lidah pon.. cuma bau mcm tanah liat yang ada mint (mcm ubat gigi).. biasa je.. takde apa yang horror pon..

Lepas tu ready untuk cabut 2 gigi pertama.. kedua-duanya sblh kanan. atas dan bawah.. gigi atas no 4 dari dpn iaitu blkg gigi taring.. gigi bawah pulak gigi no 5 dari depan.. both adalah jenis geraham kecik..

Cabut gigi.... apa ada hal.. bius kan.. cucuk bius macam gigi semut.. baca kt blog-blog org macam horror sgt.. kristal sgt emosi diorang.. bius tu bukan shj mengebaskan gusi, terasa smpai hidung & anak telinga.. blk umah kira boleh buang blackhead tanpa kluar air mata.. heaven~~
hahaha..

Bius tu tahan dalam 3 jam gak la.. cuma darah sgt byk.. standby kapas byk sket.. gigit kuat2 utk hentikan darah.. kalau kurang selesa, ludah selepas sejam.. & kumur perlahan-lahan air sejuk tahap ais... membantu sangat..


3rd visit - 8 Januari 2015 (petang)

aku dtg utk cabut gigi yang 2 lagi.. iaitu sebelah kiri.. prosedur sama jugak macam sebelum ni.. cuma sblm cabut tu, dokter pakaikan spacer utk jarakkan geraham blkg sbb masa pakai braces nnti ada 1 alat akan diletakkan pada tempat yang sama - so dokter nk bg kita biasa-biasakan).. rasanya tak sakit langsung cuma kurang selesa.. mcm daging letak kt celah gigi.. tp boleh je kunyah macam biasa..

sekarang ni aku konpius samada nak pakai yang jenis self-ligating atau mixed metal & clear braces..
kalau la self-ligating ni ada band kaler-kaler macam metal tu, harus dah aku ambik.. sbb self-ligating ni katanya mempercepatkan proses.. instead pakai 2 tahun, maybe jadi 1 tahun stgh je.. tp cara dokter ckp, "dia cepatkan sikiiiiiiittttt je.." sikit nau rasa.. terus kurang yakin nk ambik dgn harga yg agak tinggi tu.. dlm 6,150 (incld retainer - pakai lepas bukak braces)..

Traditional tu metal biasa yang org pakai kaler-kaler tu.. Damon tu sejenis Brand. kategori self-ligating.. no kaler-kaler.. boring......

yang mixed metal & clear (sapphire) braces tu dalam 5,500 (include all). oh ya.. kos ni x masuk skali kos xray, cabut, dan proses-proses blm pakai braces ni..

Atas pakai Clear (Sapphire) Braces.. bawah metal braces yang biasa.. tak obvious sgt.. hehe..

bayaran plak macam ni.. lets say ambik pakej RM5,500 tu.. deposit masa pakai braces dlm RM2,000.. balance tu bayar masa datang checkup bulan-bulan.. RM250 monthly.. ada pakej lain dlm RM150 -200.. so takde la rasa terbeban sgt  bayar lump sum.. installment ok.. sebagai seorang QS yang berkira-kira (hahaha), saya rasa kaedah begini sangat reasonable dan value for money.. cewah...

so, buat masa ni tu je dulu... bai..

Thursday, 17 April 2014

krik.. krik.. krik.. krik..

dgr tu bunyi cengkerik.. siap bersawang..
semua lengkap dah kt blog ni..
habuk pon dah keras mcm batu. hahaha..

takdak apa nk tulis.
cuma nk rekod hari kedua kerja di tempat baru..
dlm 12-15km dr rumah..
I'm the only Malay.. -_-
tp so far so good..
Alhamdulillah..
:)

Rindu kt Alif Farhan si bambam ni..

Monday, 16 December 2013

Menunggu..

Ya Allah..
Jika ini yang terbaik untukku, Kau permudahkanlah..
Aku redho atas apa juga keputusannya..
:)

Thursday, 5 September 2013

Update dalam kesaratan.. :D

Assalamualaikum..

Lama tak update blog ni.. kalau bela kucing, dah ada 8 generasi dah.. haha..

InsyaAllah saya akan bersalin utk anak kedua pada minggu hadapan..
Minta maaf kepada semua reader jika ada terkasar bahasa atau yg terasa dalam apa jua bentuk penceritaan dalam blog ini.. Doakan supaya saya mudah bersalin nanti..

Nantikan gambar si adek Aufa kt blog kawen nanti yer... :)

>> kopipes post dr blog kawen je.. mudoh.. mudoh.. hahaha..

Saturday, 3 November 2012

I'm a Planner..

skrg dah tak buat sangat kerja QS.. GM aku ni semua staff dia nk bolot suh buat planning.. mmg bagus tp ada jgk tak bes.. actually aku dtg sini nak polish blk skill QS aku ni yang banyak jgk ditinggalkan masa kerja kt tempat dulu.. tp lain plak yang jadi..

tp minggu ni ada berita tak berapa bes..
QS manager kt sini dah tender notis berenti sbb nk balik kerja kt kg..
dan aku la satu-satunya QS yg senior kt sini..
ada sorg lagi adalah Asst. QS..
AQS yang lagi bagus skillnya dari aku yang ada degree ni..
rasanya aku yg kena belajar dari dia ni nanti..
huhuhu..

Apapon, Jusco Manjung dah nk bukak bulan ni..
(tukar topik tetiba) ;p

>> kerja pada hari Sabtu adalah bes.. tak tipu.. hehe..

Monday, 22 October 2012

haluuuu..

Lama tak update blog..
Tadak hati suda.. Haha..

Just nk promote game yg aku baru addict..
Hill Climb Racing..
Bes gak sposen..
Ce terai..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 25 September 2012

dashbod versi baru yg aku baru tau..

oleh kerana dah lama tak post new entry kt blog guna pc, dashbod aku dah jadi lain..
layout utk new post pon dah jadi cam hapa tah.. hm.. dah kena study plak..

tak tau nk tulis apa.. so, aku nk test item baru yg ada kt sini --> LOCATION
tgk dia kluar kt mana.. hehe..

>> x kluar pon.. cih..

Friday, 21 September 2012

Bersiaran dari Manjung..

Harini hari ke 4 kerja di opis baru.. Otak x jem, jalan x jem, kehidupan x jem..
Serba serbinya ok la..
Masih berjinak2 dgn dunia planning.. Dah mula berkenalan dgn org PBT..
Slow2 belajar..

>> happy here.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 16 August 2012

Sebulan lagi..

Bulan depan aku dah nk tinggalkan Selangor..
Negeri yg aku telah bermastautin sejak berumur 2 tahun..
Semoga keputusan yg dibuat ini tepat dan diberkati Allah..

>> Sayangkan suami.. Tinggalkan Shah Alam.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 14 August 2012

WXE..

Xtau nk bagi nama apa sbb hurup tu susah nk pronounce..
Ada cadangan?

>> day 5.. Bau kedai lg.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 13 August 2012

I lebiu encek BuJaL..

Terima kasih kepada encek BuJaL kerana dgn izinNya, telah melindungi saya tanpa sebarang kemalangan wlpn sekelumit selama 5 tahun ini..
Terima kasih kerana berkongsi perasaan dari saat saya single, tak single, bertunang, berkahwin, beranak, suka, duka, dan macam-macam lagi..
Saya sedih sbb terpaksa tinggalkan awak sbb tak ada sapa nk ambik awak buat menantu mahupun anak tiri.. Sob.. Sob..
Selepas tinggalkan awak, saya selalu teingat2 kt awak.. Kat mana la awak tidur malam ni..
Saya doakan kehidupan awak baik-baik aja.. Semoga mendapat tuan yang lebih baik dr saya nanti.
Kalau jumpa saya kt jln raya, jgn lupa hon tau..
I lebiu veri strong...
T__________T

>> sedihhhh....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 9 August 2012

kau pergi...


kurang dari 24 jam..
aku akan melepaskan sesuatu yang berharga dalam hidup aku..
sesuatu yg bakal menjadi sejarah dalam hidup aku..
semoga aku tabah.....

T______________T

Wednesday, 18 July 2012

Aku, kuarters dan kerja baru..

Hidup ini slalu penuh kejutan..
Kadang2 kita cuba merancang..
Sememangnya Allah yg menentukan..

Dalam hal ini..
Aku pernah mintak kerja di Kedah.
Banyak kali, tp x ada rezeki..
Xapa lah..
Kalau ada, ada....

Suatu hari di jobstreet ada vacancy utk assistant QS di Lumut..
Aku yg degree holder ni gigih gak apply..
Kompom la tak dpt..
Lepas job closed dlm 3,4 bln, diorang call suh dtg interview..
Tp utk post QS..
Peluang yang ada, cuba saja..
Dpt x dpt, lain cer nya..kan..
Sehari lps interview, dia call lagi..
Tanya bila boleh masuk kerja..
Alhamdulillah...

Sekelip mata saja rezeki tiba..
Takpa diduga..
Allah dah atur semuanya..
Mudah-mudahan ini yang terbaik utk kami sekeluarga..
Aku dpt kerja yg sama, dpt tinggal dgn suami semula dan dpt gather aufa dan abah dia..
Dpt gossip kt meja batu dpn kuarters hasben juga.. Hehe..
Apapun, Syukur...

1 happy family (sambil tunjuk kad)..
Hehehehe..

Tuesday, 26 June 2012

i'm alive..

Saya sihat..
Dan juga dah malas nk kerja..
Nak jadi surirumah bleh tak...?

Huhuhu..

Friday, 18 May 2012

Percutian yg memeningkan..

Beberapa bulan lepas encek hasben bagitau cuti kursus dia 2 minggu (1 minggu dlm cuti sek, 1 minggu lepas cuti skolah).. Oleh kerana beliau x pernah dpt cuti yg fixed, so bini dia laju2 booking tiket Airasia.. Date yg dipilih haruslah minggu yg bukan cuti skolah tu.. Org x ramai.. Accoodation murah.. Eksitet la nk naik flight 1 family..


Minggu ni baru tahu pegawai dia anjakkn cuti kursus dlm cuti sekolah. Ok, super-emosi melanda.. Tp, what to do.... Itulah dia risiko bagi seorang bini tentera yg bekerjaya.. Cuti & pelaburan yg dah dibuat, terpaksa teruskan juga tanpa ditemani beliau.. Pening nk layan Aufa dan beg2 yang nk kena hangkut.. Hohoho..


Selamat bercuti kepada Aufa dan ibu dia.. Dan selamat baring2 dlm bilik selama 4 hari 3 malam..

:-)


* sape nk temankan aku, roger2 la eh.. Aku sponsor sebahagian tiket.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 5 May 2012

ulangtahun blog ke 8..

sedar x sedar, blog ni dah cecah tahun yg ke lapan.. dah banyak pahit manis aku disemadi kt blog ni.. dari zaman takdak org beminat nk buat blog sbb tak ada pengetahuan nk buat, smpai la skrg yg dah ada award utk vote blog yg glamer kt tv.. 

sejak ada fb ni, penulisan aku kt sini dah terbantut. rasanya lebih mudah express kt fb berbanding di blog. nk mintak pendapat pon lebih cepat org respon.. sbb tu ramai yg dah menduakan blog masing2..

apapon, sebagai pemilik blog ni yg masih sehat, cargas, rajen kerja, masih belum tmbh anak ke 2, belum menduakan encek BuJaL yg hitam meghelit tu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 8.. nnti kalau rajen, akan ditulis lagi kt sini.. kalau........


Tuesday, 27 March 2012

selamat hari lahir utk diri sendiri..

Alhamdulillah.. Aku masih lagi diizinkan Allah untuk bernafas untuk tahun ke 29 ni..

Semoga dipanjangkan umur untuk menambah amalan sebagai bekalan di akhirat sana..

Semoga dimurahkan rezeki untuk anak-anak khasnya...

Semoga bertambah kebahagiaan dalam keluarga dan kekal sehingga ke syurga..

:-)


Sempena birthday ke 29 ini, aku dah menghadiahkan diri sendiri sebuah rumah milik sendiri dan hasil dari titik peluh sendiri.. Loan dah approved & skrg tgh proses utk prepare S&P.. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar... (ada sapa2 berminat nk menyewa tak? Hehehe..)


Terima kasih kt encek mohd hasben yg bagi Levis pertama utk bini dia..

Terpaksa fitting dgn hati yg suka.. Hahaha..


Terima kasih juga kepada Aufa bulat sbb mlm2 buat ibu dia tidor lena..

:-)


Luv u both..

and all...

May Allah bless us...

:-)


>> happy...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 26 March 2012

Tambah bahan bacaan

Ambik koleksi link ni utk bahan bacaan korang..

Gelagat Amir..


Alkesah seorang anak opismate yg diceritakan oleh kwn dia (Author)..


Published with Blogger-droid v2.0.4