masa aku berpantang dulu, ada 1 kampeni ni call. lebih kurang camni ayat dia..
dia: saya dari mebeng. saya ingin menyemak butir-butir kad kredit anda. blabla........ sila bacakan no kad pada kad kredit dan no 3 digit di belakang kad tu..
aku bagi. (ok sgt budus walaupon dah tau patutnya jgn bagi. percaya sgt dia dari mebeng. mungkin time pantang tu otak blur2 gitu.. huhu..).
dia: ok, untuk pengetahuan puan, semua pemegang kad kredit diwajibkan (sukati ko letak hukum wajib ni eh..) membayar insuran dari kami dgn harga RM299 (ke 399 tah. lupa) dan akan dicaskan ke akaun kredit kad puan. ini mmg mesti ya puan. untuk semua pemegang kad krdt... blabla...
aku: kalau saya tak nak..?
dia: (terdiam) mmg kena puan. mmg semua pemegang kad tidak kira mana-mana bank dimestikan utk bayar insuran ini..
aku: saya dah guna kad krdt ni lebih dari 2 tahun. apsal masa saya guna dari dulu tak penah kena beli pon?
dia: oh.. ini adalah percubaan thn pertama kami. puan kena tahu yg insuran ini cover blablabla.... ok. puan faham?
aku: itu saya faham. cuma yg saya kurang faham, apsal saya kena paksa beli insuran ni. saya tak mau.
dia: ini mesti puan. semua pemegang kad 'dikehendaki' (bunyi paksa dah tu) membeli insuran ini. saya ulangi, kelebihan insuran ini adalah blablabla.... ok puan. kalau ok, saya pass kepada manager saya.
aku: ye la, nama pon terpaksa. kalau taknak pon saya kena ckp 'ok' jgk..
dia: hehe.. skjp yer puan..
pass ke manager.....
manager: ok puan, staf saya ada bagitau puan pasal blablabla....
aku: ada.
manager: jadi, sila bagitau nama penuh, no ic, alamat yer puan. kami akan merekodkan suma butir puan cakapkan ini..
aku: nama blabla.. ic blabla.. alamat blabla...
manager: puan bersetuju yer kami charge RM299 ini ke krdt kad puan?
aku: dah terpaksa, nak buat camner.. kalau taknak pon kena jugakkan?
manager: puan, kami sedang rekodkan butir2 puan yg sedang puan cakap. sila beritahu skali lagi nama, ic no, alamat dan ckp 'ya' pada soklan saya yg terakhir..
aku: (letak tepon. haha..)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lepas tu dari semasa ke semasa aku check kot2 dia betul2 charge kad kredit aku. tak pasal2 kang kena bayar benda takdak pekdah tu.
pahtu baru ni dia call lagi.
lepas tu aku tak angkat dah call dia.
untuk mensahihkan lagi, aku buat komplen kt web mebeng.
ini jawapan dari pihak yg sebenar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear Puan,
Thank you for your e-mail.
We acknowledge receipt your email. In such situation, we wish to advise you to exercise extra caution especially when they asked about the details of your own credit card. Nowadays, there are a lot of company is using bank's name in promoting their product or services. Please be inform that we do not have the Insurance which compulsory for customer to pay as mentioned by the caller.
Should we be of any further assistance to you, do feel free to contact our Customer Service Executives at (mebeng tel no)
Thank you,
Yours sincerely,
For mebeng,
(name)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok. aku insap.
dan kepada semua, sila hati-hati juga.
jgn bagi apa2 no kt org yg tak dikenali walaupon dia ckp dia dari bank.
bagi no plate jiran anda takpa..
hehehe..
>> berjaya alihkan katil bersar dalam bilik.. padahnya: sakit urat sarap.