Thursday, 28 January 2010

motibasi..

hidup ni kadang2 kena sedikit tabah..
walaupon tak byk..
tetap kena tabah..

jadi..
senyumlah walaupon terpaksa..
(bekgraun lagu m daud kilau)

kan?

>> kann.. <-- tlg jawab..

Tuesday, 26 January 2010

talibesen..

sbb abang aku kerja astro, maka dia dapat astro free..
baru ni ditukar ke astro byond..
masih tetap free gak..
gambar lebih clear..
sound efek lebih mantop..
macam dok kt wayang gitew..

tapi..
apalah maknanya kan kalau ada astro byond tp guna kt tv biasa..
kan?
sbb tulisan jadi kecik..
resolution yg sepatutnya digunakan takdak kt tv aku ni..
ha.. makin rabun aku..

aku siap masuk peraduan nk dptkan tv plasma, tp tak berjaya gak..
mmg takdak luck sungguh..
(cabutan bertuah pon tak penah dpt, inikan plak nak menang peraduan..)

so, ada sapa² rasa nak derma tv plasma kt aku?
(anggap la aku tgh ngidam tv plasma.. haha..)

>> dah beli skirt.. sbb perut dah ketat. 17 weeks olredi. thihi..

Thursday, 21 January 2010

edisi mamarazi..

dlm sebulan ni aku takleh tidor tgh mlm.
kul 3 pagi baru bleh pejam..
dah pejam, mimpi macam2 plak..
smpai letih otak.
smlm aku mimpi aku cat 1 side dinding yg kt tv tu dgn kaler coklat.
apa kes aku rajen mengecat plak ni?
konpius..

oh ya..
sebenarnya aku nk crita psl sorg pakcik yg mintak sedekah kt traffic light (kawasan yg dibulatkan kuning) dpn balai polis petaling.


slalu kan kita tgk org mintak sedekah kt pasar2, tepi jalan, dll..
ha.. yg ni special sbb dok kt tgh jalan yg sesak.
hari-hari dia ada..
dah lama jgk la dia ada kt situ..
dia pakai tongkat dan dok atas guardrail tgh tu..
(sila rujuk map. pakcik tu dok kt tanda X merah tu)

yg aku pelik, bila time ujan pon dia ada.
siap bawak payung.
kalau dia tak bawak payung, dia dok jugak dlm ujan.
cara org bg duit kt dia, bila lampu merah, org terdekat yg berenti dkt dia akan bukak tingkap dan bg duit.
tu pon kalau nak bg la kan..

yg aku terpikir skrg, mana pi family dia?
smpai kena mintak sedekah kt tgh jalan.
HARI-HARI plak tu.
tp yg aku perasan, time org blk keja je dia ada kt situ.
dah macam ofis dia dah kt situ..
kalau sehari dia takdak, aku agak dia demam sbb kena ujan.

kalau korang lalu situ petang2, mesti pakcik tu ada.
tak caya, pi lalu situ.

ni gambar pakcik tu yg aku snap dari dlm keta..
sbb dah terlajak ke depan..



tp kalau aku benti btoi2 dpn dia, aku suh dia peace sket.
hehehe...

>> mengantuk..

Tuesday, 19 January 2010

tawa dalam tangisan..

sblm ni aku ada hasrat utk menjadi QS tegar. tp lepas keja kt kampeni yg fokus kpd project management saja, yg mana hang akan fokus kt contract part dan chase the contractors and consultants to speed up their progress, hasrat tu dah makin lama makin pudar.. (bekgraun lagu Rossa - Pudar)

sebabnya..
aku dah lama tak wat taking off..
calculation pon dah lama tak prektis..
COP pon tak buat sbb consultant yg buat..
pendek kata, aku just review kerja consultant saje..
kalau aku malas, aku bleh ckp saja apa yg consultant buat tu btoi.
mudah kan? ya.. mudah sgt smpai jadi bodo..
hehehehe..

dipendekkan cerita, bos aku, seorang pompuan yang berstatus Sr. tu akan pencen dlm 4 taun lg..
bos kesayangan aku, yg penuh dgn ilmu di dada, dan bilik beliau umpama pusat sumber bagi QS..
apa saja info yg dicari, insyaAllah dia ada.
jadi tak hairanlah kalau dia yg takdak kena mengena dgn projek lain, dicari oleh para manager berkenaan utk bertanyakan psl contract kt dia.
mmg superb..
ok, dan dia pandai nyanyi lagu Elyana. (kebolehan luar biasa)

semalam...
aku dpt email dari bos yg kerek (baca: bos kpd bos aku)..
dia takdak title Sr. tp paksa beberapa QS utk dptkan reg. QS dlm masa 2 taun..
termasuk aku...
and this is part of KPI.
huhuhu..

mmg bes bila kampeni sapot.
tp, bila rasa diri tak redi sbb ilmu lom cukup, aku rasa tak sanggup nk amek risiko. sbb kalau fail, kos exam tu kena byr blk kt kampeni.
mahal tu beb..
jadi, aku mengambil keputusan, tak achieve KPI pon takpa dari duit aku abih..
thihihi..

skrg stat dgn logbook dulu.
bab exam tu, tunggu la aku btol-btol redi dulu..
tu pon kalau aku masih setia kt kampeni ni..
mana la tau, dah ikut laki pi mana ka kan..


>> rasa nak makan cendol..

Thursday, 14 January 2010

selamat naik pangkat..


hmm.. kalau tgk saja logo2 tu mmg tak paham kan?
mula-mula dulu rasa tak amek kesah pon.. tp memandangkan dah wujud unit beruniform ni kt rumah (org terdekat plak tu) kena la amek tau.. nanti org tanya, nmpk tak amek tau psl laki sendiri lak.
hahaha..

mai nak cerita pasal tampalan sblh kiri gambar (lengan kanan)..

yang ni bukan mewakili pangkat. tp mewakili tempoh perkhidmatan. tp aku tak ingat sgt 2 bintang tu utk perkhidmatan brapa tahun. kalau tak salah la kan, sapa yg dah lepas 7 tahun perkhidmatan bleh pakai bendalah berbintang 2 tu kt baju. apa encek mohd hasben sebut tah nama benda ni haritu.. brass ke gapodio. macam salah je.. nk bgtau kt orang ramai tp tak ingat. tahapahapa pompuan ni. hahahaha..

itu pasal bintang. ni pasal logo atas dia lak.
nampak itu spanar jaya tak? ok. itu mean dia di unit kejuruteraan. kt kapal dia responsible utk selenggara kt bilik enjin yang ada macam2 lagi kt situ. termasuk air-cond suma la yg relates dgn engineering.

so, bidang setiap individu tu bleh tgk kt situ. lepas ni kalau jmpa navy pakai uniform bleh la belek kt lengan kanan dia tu. hahahaha..

ok.. sambung cerita psl tampalan sblh kanan gambar (lengan kiri) lak..

sebelum ni aku penah tunjuk gambar pangkat-pangkat dalam TLDM ni kt blog kawen aku ni. jika dirujuk pada gambar ni, skrg beliau telah berada pada pangkat ke 4. iaitu Laskar Kanan. kalau dari segi generalnya, tahap ini boleh disamakan dengan Koperal (if i'm not mistaken).

masuk tahun ni, tahun ke-9 dia berkhidmat. aku kadang2 terpikir gak, sblm dia pencen, sempat ke nak sampai kt pangkat teratas utk LLP (lain-lain pangkat) ni iaitu pegawai waran I. rasanya tak semua bleh achieve smpai pangkat tertinggi tu walapon ada tempoh tertentu diorang kena pergi kursus utk kenaikan pangkat ni.
sebabnya? setiap kali kursus, akan ada exam. markah sapa yg tinggi, chances utk ke kursus seterusnya lebih cepat.
patut la ramai yg bawak toyol masa exam..
ehh.. terbukak rahsia pulak..
thihihi..

apepon, selamat naik pangkat, wahai encek mohd hasben..
bila naik pangkat, gaji pon naik..
bagus utk kehidupan kita yg makin hari makin byk belanja ni..
bila gaji naik, potongan gaji yg wajib utk bini tu pon naik gak..
ai laikkk..
hahahahaha..

p/s: mata duitan punya bini.. bila gaji sendiri abih, dia sental duit laki bg jgk.. naseb la.. sapa suh jadi tentera.. hahaha..

>> entry ni taip lama dah.. huhu..

Tuesday, 12 January 2010

transformasi seksyen 7..

ok. aku mmg dok shah alam.
tp sejak berbadan 2 yg tak berapa nmpk sgt ni, aku maleh nk jenjalan takdak punca.
pi klinik, kedai makan, umah kenduri..
itu ok. sbb ada tujuan.

oleh kerana smlm aku nk pi klinik, jadi, aku kena lalu kt gate blkg uitm yg ada traffic light tu.
tp aku tak sedar bila masa ada bendalah ni..

building ni aku sedar akan kewujudannya..

hat ni aku tak sedar.. mebi sbb dia pasang hoarding haritu..

dia kt area deret kedai nak ke flat noma dok dulu tu..
pizza ngan kepsi ok..
sgt exclusive tempatnya.
sesuai sgt utk wat study group dan deting..

kalau dulu2 dah ada kt sini, tak yah susah2 aku dgn pid abihkan duit kt jj bkt raja. pi bkt raja ingat nak mkn pizza, tp terpaksa shopping plak..

tu blom kira tambang teksi lg tu.

hm.. skrg aku dah sedar sket duit ptptn aku pi mana..

thihihi..

>> tak lapar tp nak makan..

Wednesday, 6 January 2010

bekerja dalam petiais daging..

hish.. tajuk mengerikan..
hahahaha..

2,3 harini aku asyik la tekan kt 'new post'..
dari pagi aku dah bukak.
last2 smpai nk balik 1 menda pon aku tak taip.
5.30 ptg, aku klik kt pangkah kt bucu tu..

ekceli byk benda nak ditaip tp xtau apsal tak bleh nk taip.
yg aku pelik, bleh plak aku laju menaip (baca: ceting) dgn pidot & nomey.
rajen buat kerja?
hm.. ada la sket.
ok la dari tak gerak langsung kan..
;p

oh.. sebenarnya aku nk komplen psl ekon opis.
gila sejuk. macam petiais daging.
kalau aku dok dlm petias tu, komfem lulus dah skrg.
aku ingat nak beli termometer la letak kt meja aku ni..

cuba-cuba la management building ni ingat sama kt org kurang (dan semakin berkurangan) lemak mcm aku ni.
aku bukan contract document yg berlonggok atas meja tu.
aku ada perasaan ok..

>> koreksyen: elyn lom pregnant. sekian. heee..