Thursday, 31 December 2009

Kenangan 2009..

2009.. hm.. banyak perkara penting kt aku berlaku pada tahun 2009 ni. dari berseorangan, smpai dah jd dua suku org.. hehehe..

jom tgk karangan bergambar..
(sindrom malas nk menaip)

awal 2009.. masa pipi masih ada isi.. skrg tidak lg.. huu..

mendurhaka sebelum menjadi bini yg sah..

berfutsal dgn geng2 QS sebelum masing2 kawen dan 'berisi'.. pahtu sambung lepak kt hakim.. (lambaian spender ijau weii.. hahaha)

geng skolah, elyn kawen.. skrg dah pregnant almost 6 months kot..

geng QS, an.. skrg menunggu detik utk bersalin.. (due dia 1/1/01.. ke dah?)

my cousin, jamila bersalin anak sulung.. baby tak cukup bulan & kena dok dlm incubator.. so, x dpt blk masa wedding aku..

ni rupa masa berusia 4 bulan.. kusss.. semangat!

aku menamatkan zaman bujang dgn encek navy pada 29mei2009..

kendian, bercinta kt Langkawi pula.. ewahh..

bermain futsal dgn sepuas hati sebelum 'berehat' seketika utk fokus kepada kesihatan wanita.. :)

mak lijah yg poyo itu dapat adik laki.. menjadikan mereka 3 org semuanya..

encek mohd hasben ditransfer ke pulau indah,klang.. rezeki.. (sbb dapat dok dgn bini.. hehehe..)

ex-classmate aku masa skolah, salleh menamatkan zaman bujangnya.. akhirnya.. hehe..

geng QS, budu dan budin dpt baby girl..

i'm pregnant selepas 6 bulan kawen.. :)

abg aku kawen..

aku dah mula mengidam.. dan berat mulai susut dari 44kg ke 41.5kg..

buat fes time menjadi penonton utk karnival sukan kampeni.. berputih mata sbb tak dpt main.. waaaa...

semoga tahun 2010 ini akan memberikan aku, encek mohd hasben, baby, family n friends kesihatan yg berpanjangan dan sentiasa diberkati Allah SWT..
amin...

>> ibu mertua dtg shah alam.. hoyeh! :)

Monday, 28 December 2009

misi berjaya..

water heater yg aku beli dah tiba.. dah pasang dah pon.
yaa.. baru on, arrow lom jejak kt no 1, mmg dah sgt panas yer..
mati aku.. hahaha..
ada org tu salah setting ke?

tp bes. mmg otometik aku jd rajen mandi la.
ajaib kan?
(bes tak alasan ni?)

tapi..
tetiba air jadi sedikit slow plak.
menyebabkan encek navy jadi hangin.
dia kata melambatkan dia mandi pepagi nk pi kerja..

naseb ah..
lelama bleh diterima la tu..
janji ai hepi, sudahlah..
;p

>> nak g checkup sempena dah 3 bulan.. :)

Wednesday, 23 December 2009

misi khas utk org pemalas..

aku telah bertekad utk membeli water heater utk dipasang dlm bilik air sbb ada 'org tu' malas nak mandi sejak akhir2 ni katanya lemak 'dia' semakin menyusut. sepanjang masa rasa sejuk saje. even dlm umah pon 'dia' tak bg sapa-sapa on kipas. tak on kipas pon 'dia' dah balut dgn selimut. kalau on, berbalut dgn toto agaknya.

'dia' cuma rajen mandi bila waktu pagi saje sbb terpaksa. nak pi kerja kan.. blk kerja, bila tulang belulang suma dah diserap ekon opis yg macam petiais daging pasaraya tu, jangan harap la 'dia' dgn sukarela nak mandi air sejuk. nak panaskan air kt dapor? lagi la malas.. mmg pemalas teruk 'dia' ni skrg.. 'dia' rela jadi kambeng dari menahan sejuk air tu.. ish.. ish.. teruk btoi la 'dia' ni.. mmg nak kena jampi2 sket kot.

semalam lina dah tlg surveykan natang tu. insyaAllah by this week bleh la beli dan pasang. lepas tu ada org nak topup sket kt bajet aku ni.. elok la tu.. bila dah ada, mesti org lain nk guna jgk punya..

jadi, harap-harap 'org tu' rajen la mandi lepas ni.. tak rajen gak x tau la aku.. mungkin aku kena beli jakuzi ka apa plak nanti.. atau kena pindah dok kt kawasan yg ada air panas ke.. 1 hal plak.. haih.. serabut otak nak pikir..

tuh la, apa la nak jadi dgn ibu mengandung ni..
ehhh.. tercakap plak..


kalau ada camni, mandi smpai kembang pon x pa.. ghalit tgk tv.. haha..

>> tetiba jadi anti dgn sorg staf kt opis ni yg slalu jalan seret sandle dia depan meja aku ni sbb nk pi kt printer. dah la ulang alik 5 kali dlm masa 3 minit. kalau sehari? mmg bleh jd serabut gak otak aku ni..

Tuesday, 22 December 2009

mengidamkah aku?

last week aku blk kg. abg aku kawen..
gambar? takdak sbb aku guna kamera dia.
sori la minah.. lenkali la aku taruk..
hehehe..

sepanjang dok kt kg, aku rasa teringin nk mkn rojak buah lepas tgk ada sorg pakcik ni jual kt simpang jalan dkt umah aku tu..
maka, aku buli dgn cara baiknya suh kezen aku pi beli..

punya excited nak mkn, maka, aku kunyah 1-1 potongan buah2 tu..
tinggal lg suku nk abih, 1 potong buah pelam (mangga) pon takdak dlm tu..
oh.. tiba-tiba ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati yg menjadi-jadi..
lantas menyuarakan kepada org ramai yg ada dalam rumah tu..

"hish.. beli rojak buah sbb nak mkn pelam.. tp takdak plak.. spoil sungguh.."
tah mcm mana, dalam masa 2 hari, dtg pelam dari pelbagai sumber kt rumah aku..
encek mohd hasben carik..
kakak ipar carik..
ibu mertua carik..
(tp ibu mertua bg buah kedondong yg dipetik kt blkg umah)
dah jadi byk plak..
mmg senak perut la kalau mkn suma tu..

ohh.. beginikah layanan utk ibu mengandung?
bes kan?
jadi, marilah mengandung..
hahaha..

nak dijadikan cerita, aku cuma mkn buah kedondong tu separuh biji saje sbb kebetulan ahad haritu aku beli rojak kt pakcik yg sama, tetiba dah ada pelam dalam tu.. macam tau2 plak pakcik ni.. so, kesimpulannya, suma pelam yg org carikkan dan lambakkan kt rumah tu aku tak makan pon..


agak² keji tak..?
;p

>> malasnya kerja.. huuu..

Thursday, 17 December 2009

balek kg dan kenduri rayer..

aku balek kg malam ni..
kenduri kawen abg aku hari sabtu..
mebi dok smpai isnin..
sbb aku nak g wat kad merah (kad ibu mengandung) kt klinik kesihatan kt kg aku..
cepat sket dari kena wat appointment dulu kt shah alam ni..

to rayer,
selamat pengantin baru in advance..
sorry sangat2 tak dapat dtg wedding ko (20 Dec) and nad (19 Dec)..
ingatkan dapat la lari2 g umah nad, tp gap sehari je dgn kenduri ko..
aku baru ingat nak pakai glam2 macam mak datin masa g kenduri ko..
mesti meriah kan..?
rugi la aku takde dalam gambar..
huh..

jadi..
sila jgn kecik ati dgn aku..
sbb korang sanggup dtg ke wedding aku smpai kedah sana..
tp aku tak dpt nak dtg wedding korang..
bkn tak mo datang, tp masa bertindih plak..
ini la yang dikatakan sebagai takdir..
mmg tak dapat nak dielakkan..
sorry.... huhuhuh..
kesulitan sangat2 dikesali..
bila aku dah bleh masak nanti, aku blanje korang mkn nasik kt umah aku eh..
huuuuuuu~~

ini la bakal pengantinnya.. masa diorang dtg wedding aku..

semoga korang berdua berbahagia dan sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah selamanya.. amin..

err.. hanimun ke mana?
;p

>> balek kg sambil bercinta dgn laki kt dalam bas.. heeee..

Monday, 14 December 2009

Tagged by Pid [versi kisah hasben]

saya dgn berkobar-kobarnya ingin menjawab tag dari encek mohd pid.. saya harap persoalan-persoalan ini terjawab jugak kepada yg selalu bertanya dari dulu tu.. (esp. An.. dari dulu dia suh wat entry camner aku jmpa hasben aku.. tp aku tak buat2.. hahaha..)

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana
- ni kisah klasik ni.. kami sekampung dan sejak aku kecik2 slalu blk kg. seingat aku fes taim jmpa masa umor 5 taun.. jmpa kt sungai dpn umah, kitorg gaduh sbb berebut tmpat mandi. haha..

2. Love at first sight?
- tak.

3. Who is he when the first time u met him?
- seorang kanak-kanak kampung yg kerek tahap gaban. macam la sungai tu dia punya. haha..

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
- date? setakat seperti jmpa kawan-kawan lama tu ada la.. lepas grad degree.

5. First place dating di?
- ni tak kira dating. ni kira pertemuan kawan lama time dah besar ni. kt klcc. fuh, bkn main lg lokasi..

6. How he proposed?
- ekceli 2 kali. 1st time masa aku diploma. tp masa tu tgh setia pada yg satu (cewah..). lgpon aku ngan dia kengkawan saje, takdak2 heart feeling ni. jadi, aku anggapkan dia membuat lawak. hehe.. 2nd time, through sms (tak sweet langsung.. haha..). sblm dia belayar ke Australia pada pertengahan taun 2008. aku simpan lg sms tu wat bukti utk anak cucu. haha..

7. Special date with your hubby?
- bertunang secara terkejut: 5 Oct 2008
- kawen secara planned: 29 mei 2009
hahaha..

8. Changes that he asked you to do?
- sblm kawen dia ada bgtau suh aku lebih memahami kerjaya dia yg perlu berkorban utk negara ni.. sbb tu suma program & cuti takleh nak plan.

9. What is about him that you love so much?
- rahsia. <-- ayat stended artis.

10. What is about him that u wish he would change?
- supaya lebih tahu membezakan penggunaan perkataan yg sesuai utk org tersayang dan utk rakan-rakan.

11. You will lose your mind n crack your head when he?
- terpaksa kensel semua program secara tiba-tiba kerana ingin berbakti kepada negara. huhuhu..

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
- dipuji. hahaha.. weh, ingat senang ke nak dpt dgr ayat pujian dari org bermuka ketat? (eh.. aku sedang mengata ke apa ni? ;p )

13. complete below sentences
- My love towards my hubby is as big as...(as pid says, nothings to be compared.. it's infinity..)

>> harini beliau pulang ke rumah setelah 2 minggu outstesen.. huhuhu..

Friday, 11 December 2009

27th Birthday..

*backdated entry..

Happy 27th Birthday to my beloved husband..
walaupon anda cengey, namun anda tetap husband ai fi dunia wal akhirat..

hadiah?
dia lebih menghargai ucapan dari harta benda..
sb tak penah ada org nak wish..
sian.. huhu..

tp ada gak ai beli samting..
rahsia.. ;p

my husband, ai lebiu.. :)

ewah..

>> 3 bulan lg aku plak umor 27.. kan dah jd sebaya..

Wednesday, 9 December 2009

latihan gempa..?

td ada fire drill.. tp alarm tak bunyik. sengal tak? hahaha.. haritu bunyik, sume buat² panik.. tp tetiba ada announcement kata "ini cuma sekadar testing..". hah.. sengal juge. bila time betol2 langsung tak bunyik. last², dia suh org kuar building secara announcement saje.. tp announcement ni menakotkan aku. ni bkn fire drill dah ni..

"perhatian semua, jabatan meteorologi menjangkakan gempa bumi berukuran 5 skala richter akan berlaku disekitar KL sejam dari sekarang.."
ha..ayat ni mmg btol2 buat aku panik room..

maka, kami beramai2 turun ikut tangga yg bau asap rokok. c*l*kak itu perokok.. takde tempat lain ke korang nk berasap? kesian baby aku.. huuuu...

mujur aku tingkat 6 je. kalau aku dok tingkat 20 tu, pengsan dah aku. baru smpai tingkat 3 kaki dah lenguh. letih.. baru 2 bulan lebih ni. lom 9 bulan lg.. mujur fire drill setaun skali. pahni kalau diorang nk wat lg, aku dah bersalin dah la time tu.. fuhhh..

pahtu jauh plak la padang nak beratur tu. kena plak latihan utk 2-2 tower. 2 tower x 20 tingkat.. 1 level dlm 50 org (approx.).. aaa.. hamek.. mencangkung aku kt padang tu. panas.. rumput panjang, lecak plak.. sementara tunggu encek bomba wat inspection, main game seround..

lepas tu dgr taklimat sket dari sorg pegawai bomba india yg BM dia tak brapa nak pass sgt. tp takpa, agak menghiburkan.. thihihi..

pahtu bersurai.. sempat gak aku beli jambu ketika perjalanan pulang..

tamat lah kisah letih aku pg ni..
terus jadi malas wat keja..
(alasan..)
hahahaha..

>> sedap kek lapis sarawak bos ni.. dia mmg rajen wat kek lapis ni.. buat sendiri tuh..

Monday, 7 December 2009

tiada punca..

bila kita emosi atau takdak mood, banyak benda kita nak tulis..
blog dah macam biro pengaduan..
kalau blog ni bleh bercakap, mesti dia tak rela nk dgr..
benda remeh pon nak mengadu..
smpai bayar bil kt post office pon ada gak yg bagitau..
tp itu hak masing2..
mmg dah nama pon blog..
bkn papan kenyataan skolah..
thihihihi..

apa aku merepek ni syaitonnnn..?
hahaha..

sebenarnya aku nk ckp, haritu aku ada benda nak taip.
tp skrg dah takdak..
takdak punca. hehe..

oh ya..
aku dah stat mkn mushroom soup (sup cambell) plak..
cicah ngan roti..
tukar selera..

tgk.. tu pon nak bgtau kan?
hahahaha..
blog aku, aku punya suka aaaa..
sapa tak suka, bleh makan cuka..
haha..

>> miss my husband la.. bes sgt ke dok kt laut tu?

Friday, 4 December 2009

make-OVER..

sambil aku tgh pikir nak mkn apa td, aku main natang mekap2 ni..
memula guna muka aku. last2 dah rasa cam nyah plak.
so kensel..
hahaha..

supaya takdak sapa yg kutuk aku, aku guna muka anak menakan aku..
lebih selamat..
hehehe..



cewah..
kalau mak dia tgk ni, mesti rasa nak hantar dia pegi tomtombak dgn rupa camni..
hahahaha..

>> kelaparan.. menggigil..

Wednesday, 2 December 2009

nak makan..

aku dah buntu nk mkn apa..
makanan apa yg aku lalu ni weii..

blasah makan jambu batu ngan serbuk asam plak..
walaupon org kata jambu ni berangin..
lantak pi la..
bkn aku tgh berpantang.. <-- ayat mak aku..


sila berikan cadangan anda..
mungkin aku buleh mencoba..
huuu~~~~

>> jeles tul tgk org makan nasik.. tensi jap..

Tuesday, 1 December 2009

Alone..

cerita sket pasal balik raya haji haritu.
sblm ni aku tak lalu mkn..
tp raya haritu selera makan tiba2 menjadi2..
aku makan suma ni dalam 1 hari..
- sejemput nasik dgn daging korban cicah air asam
- laksa
- menyicah jambu dan asam cakuk (asam jawa muda yg dipetik dari pokok)
- murtabak sebiji
- roti canai 2 biji

mlm tu aku senak perut. plak tu tidor kt umah ibu mertua.. yg tandasnya kt luar sana.. walaupon tak rasa nk 'membuang', tp kena gak standby. rasa nak muntah pon ada sbb angin. aku dah macam gila kt bilik. nk kejut encek hasben mcm tak tergamak plak (eh.. bleh ke camtu?).

last2 aku dah macam wat latihan kebakaran. makanan dah smpai ke tekak dah ni. cemas. nak ke bilik air ada 3 pintu yg berkunci. 1 tangga. dgn umah yg bergelap. dgn aku tak tau camna nk bukak pintu2 tu.. last2 sempat gak aku muntah kt bilik air. mujur aku tak jatuh kt tangga tu.. huhuhu.. amazing race. mmg berpeluh aku pada malam yg sejuk gila babas tu..

subuh tu, cerita kt encek mohd hasben.. dia ckp apsal tak kejut dia. ntah. sbb tgk dia sedap tidor smpai rasa tak tergamak nk kejut.. adeh..

tamat cerita psl makan tu.

ni cerita psl nk blk shah alam plak.. disebabkan aku berbadan dua (alasan ni), kita bagi org yg gagah la bawak keta. fes taim dia drive jauh2 ni.. dan lama. mana tak nya. jem luar biasa. dari bkt merah ke RnR sg perak je dah amek masa 6 jam. sepatutnya sejam stgh je plg lama pon.. sian laki aku kena bawak keta manual mcm dok dlm jem dlm KL selama 6 jam.

"abg rasa jari kaki dah ilang ni.."
"sabar... nak tukar driver ka?"
"tak apa lah.. sat lg.."

sejam lepas tu..

"rasa kepala lutut plak ilang.."
"huhu... jom la kita tukar.."
"tak apa lah.. sat lg.."

rupanya sebab jem adalah org Q nak masuk RnR tu. gila apa.. dah padat dlm tu pon nak masuk lagi ke? gila Q nak masuk RnR smpai lebih 60km.. aku yg takdak kena mengena dgn RnR tu pon kena Q smpai kt Penang nu.. last2 kami travel dari kedah smpai shah alam dkt 11 jam... 11 JAM ok...!!! smpai umah kul 2 pagi..

smpai je kt rumah, encek mohd hasben kemas2 barang dia.. packing.
nak ke mana? ok, kena belayar ke Lumut stat Isnin (semalam) selama 2 minggu..
hwaaa...

tp tak apa, kakak ipar baru dah ada kt rumah.
sgt rajin memasak dan mengemas..
:)

>> smlm pi check-up.. nk wat kad pink tu plak.. tah bila..