Thursday, 26 November 2009

Aidiladha - Zulhijjah 1430H..


kepada semua,
berhati-hati di jalan raya yep..

>> aku balik kg.. harini nk blk, harini 'bos' baru decide nk blk.. aduyai..

Tuesday, 24 November 2009

Tag dari Pidot..

1. Adakah anda rasa anda Hot ?

kalau aku hot, boifren aku mesti keliling pinggang punya dulu..
tak hot lah.. cuma spicy je.. hahaha..

2.Upload gambar kegemaran anda....


3.Tak ada soalan pun....kena stori pasal gambar tu kot

ni gambar lepas aku akad nikah. sgt² seronok sbb teman-teman rapat sanggup dtg jauh² utk memeriahkan majlis aku.. tacing.. sob.. sob..

4 Bila kali terakhir makan Pizza ??

entah. mcm tak ingat je. taun ni mcm tak penah mkn lg je.. ada gak ngidam nk mkn mushroom soup tu tp lom berkesempatan lg..

5. Lagu terakhir yang anda dengar ??

colbie calliat - calling for you.. kalau tak silap tajuknya gitu.

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???

lawan email dgn opismate² (geng training dgn aku dulu). diorang baru tau aku pregnant. sambil² jeling draft contract doc yg tak siap² finalise lg tu. (dan² tensi bila teringat keja).

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??

Arah - panggilan spontan dgn family
Sayang - panggilan dari encek mohd hasben
che poonz - panggilan rakan dari skolah menengah & sebahagian teman rapat
pa'ah - panggilan rakan dari skolah
makcik @ cik pawah - panggilan dari anak² menakan

8. Tag lagi 6 orang

1. puan ikoko
2. nad
3. meklong
4. wawa lagi
5. angah lee
6. fiza

9. Siapakan orang no. 1 pada anda?
puan ikoko adalah seorang kenalan di internet semata-mata. merupakan seorang cikgu dan berkahwin lebih kurang sama tempoh dgn aku.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
angah adalah seorang rakan lama sejak dari skolah menengah. bekerja sebagai asistant registrar kt sebuah U kt shah alam. cewah..

11.Bagaimana pula orang no. 4
wawa adalah rakan sejak di UiTM yg hepi sokmo. walaupon pid dah tag dia, tp aku nk gak tag dia. biarkan..

12. Pesanan kepada orang no. 6
fiza, sila apdet blog ko.. buat tag aku bagi ni. jgn malas².. hehe..

>> sedap plak karipap ni.. takkan hari² nk makan karipap je kot..

Monday, 23 November 2009

bro's wedding @ kuantan..

last week aku pi Kuantan.
abg aku kawen..
oleh kerana aku dalam keadaan separa sedar (baca: mabuk laut), aku kena dok depan. kalau dok belakang, mau berkocak perut aku.. tp mesti la dok dpn sebagai penumpang saje. bkn co-pilot. sbb aku bleh tidor. bes tuh. heeeeee...

masa pi aku tumpang keta abg aku. dia drive.
blk aku naik keta aku. encek mohd hasben drive.
amazing. tp aku kena pejam mata. kalau tak nanti aku berleter mcm pegawai JPJ. hahaha..

tak larat nak taip dah..
tgk saja gambar yg sempat aku snap guna kamera hp cap ayam ni..
nk tgk banyak² kena mintak kt photographer..

lepas akad nikah..

posing secara poyo..

bersanding dalam dewan. malas nk bergerak.. amek gambar dari meja saje..

budak penelur..

lauk yg nmpk sedap. tp aku tak mkn pon. tak selero soromban.. huhu..

tamat..

>> tak layu pagi2.. layu ptg2 saje.. huh..

Thursday, 19 November 2009

alkesah org tak berkudrat..

harini aku rasa mcm dah sehat sket.
tp aku smpai lmbt jugak kt opis.. <-- ada kena-mengena tak?
dkt kul 9 tuh.. hehe..

mai nk bgtau apa yg dah berlaku sejak seminggu lepas.
my pregnancy ada bleeding sket.
then puan pidot suh aku g check kt dokter.
maka, seperti beliau dulu juga, aku kena inject utk kuatkan rahim. 2 hari MC..

lepas kes tu, aku stat meloya. setiap kali nk makan (sesungguhnya semua makanan pon tak lalu), aku kena kuarkan sket (baca: muntahkan secara paksa). lepas tu aku kunyah apa yg aku rasa bleh dikunyah. telan saja asalkan makan.

oh ya.. bagi yang tak pernah ada pengalaman mengandung, mai nk bgtau sket macam mana rasa tiada selera sepertimana yg aku rasa ni..

1. sepanjang masa mulut terasa payau / pahit.
2. aku tak boleh nk sendawa (tp angin byk dlm perut sbb kurang mkn). jadi, sepanjang masa terasa ada sesuatu di saluran esofagus, seperti tertelan sebiji gula2 yg tak sempat dikunyah dan sepanjang masa dia dok situ smpai la episod memuntahkannya berlaku.
3. semua makanan tak kira rasa manis, masin, kelat, sedap, tak sedap, suma rasa sama saja.. iaitu tiada rasa. mcm kunyah polistrin kot. haha..
4. semua makanan sangat la sedap, tp jgn harap la nk sentuh. lebih-lebih lagi yg berbau kuat.

hm.. segala aktiviti menumis, menggoreng dsb, mmg aku kena lari. kalau tak, emosi akan lebih menjadi2..

minggu ni aku ada pi wat checkup lg. sedas inject kena lagi. mintak MC sehari. pengsan jap..

kt rumah, aku hanya melepek kt sofa sambil tgk cerita cinta balqis, nur kasih (ulangan) dan cik ah cik nin.. hehehe.. tak lupa, kepala kena kasik tegak (sendal dgn bantal) supaya tak mendatangkan loya..

sekian..

masih maintain setelah turun 2kg dalam masa seminggu..

>> sok travel ke Kuantan.. bro's wedding. double pengsan la aku..

Monday, 16 November 2009

aku ok ke?

penulis terpaksa berehat dari menulis sebentar kerana beliau telah flat on plan.. beliau pon dah semakin kurus (baca: lebih slim dari biasa) akibat simptom ini. antu raya dia dulu pon agaknya dah pi tumpang kt org lain. hehe..

doakan penulis semoga dapat kuatkan jiwa..
chayokkkkkkkkkkk...!!

~ robot dia yg tuleh.

>> tak ok sgt..

Tuesday, 10 November 2009

mari berehat..

sok dgn lusa aku MC..
dokter paksa suh berehat.
dia nk bagi rehat harini dgn esok tp sbb dah kul 3, dia carry ke esok dan lusa saje..

hm..
tp kalau pi servis keta ok gak kan? <-- ketegaq
hehe..

sila gunakan talian hayat untuk menghubungi aku..
kalau aku rajen, aku on YM..

sekian.
salam 1 malaysia..
:D

>> lapar tahap gaban tp xtau apa yg buleh dimakan ni.. mkn org bleh?

Monday, 9 November 2009

kerajinan..

ujung minggu yg meletihkan..
basuh baju 4 kali mesin..
baju biasa, baju uniform putih, baju uniform biru, telekung²..
sidai..
dah kering, kutip plak.
tp smpai skrg tak lipat2. malas.

pahtu memasak resipi terbaru yg aku cipta dan tak la berapa sedap sgt.. samada disebabkan tekak aku yg tak brapa buleh nak rasa makanan dgn baik semenjak 2 menjak ni atau mmg tak sedap.. haha..

ptg sabtu, pi tlg kakak aku wat open haus yg ntah sempena apa.
yang penting, ada laksa buatan emak.
oh.. gulai kambeng jgn dilupa.
feveret. heeee.. tp x brapa lalu gak tetiba.

ahad pi carboot.
semata-mata nak breakfast.
dan terdivert sat kt gerai jual tudung.

"tudung dah 1 drawer pon nak beli lagi?", ujar encek mohd hasben.
"bukan.. ni opismate pesan", ayat kaver.

oh.. majlis abg aku dah tak lama dah.
semalam aku try buat tempat letak cincin & mas kahwin ni.
serumpun bunga biru tu aku x tau lg nak buat macam mana.
idea keriN kontaN.
sila komen.
(especially lina. sila jgn suruh aku buat bunga seperti kt hantaran yg kita wat dulu. aku malas. haha..)



>> nk makan asam..

Friday, 6 November 2009

tengkiu puan lafidah..

puan lafidah pos bitamin utk gua..




semalam lia mintak gua punya alamat. hali ini sulah smpai itu balang (baca: barang).. manyiak cepat loo.. manyiak syok juga..
telima kasih manyiak-manyiak..
tocey lalai..

>> mengantuk la.. ujan lak tu kt luar..

Thursday, 5 November 2009

makan vitamin..

semalam aku makan folic acid (vitamin utk org yg berstatus.. haha..) kt opis. tgh nk mkn, dgr kt radio.. tah berita ke, iklan ke.. dia ckp camni..

"pemakanan acid folic adalah sgt bagus untuk kandungan. tp jgn overdose kerana akan menyebabkan kesan sampingan seperti asma dan sebagainya.."
uik..
dia tgh tgk aku mkn ke ni?
dia nyorok kt mana?
tp aku mkn sebiji je..

>> nak kena minum susu skrg. malas tul nak bancuh. huh..

Tuesday, 3 November 2009

pc zaman belajar..

kampeni aku dah block plak fesbuk..
sbb tu status aku dari jumaat tak tukar-tukar..
kt umah pon dah malas nak bukak tenet.
pc oldskull tu sokmo restart.
nak format pon malas.

kalau ada sape nak beli, aku format la.
wat elok2 blk..
ade ke org nk beli?

>> zaman skrg dah tak pakai pc ni.. outdated aku ni..

Monday, 2 November 2009

story-mory minggu lepas..

last weekend, byk benda yang berlaku..
biasa la.. weekend. time tu la nk buat macam2..

1. kenduri salleh.

salleh merupakan classmate aku masa form 4 & 5. akhirnya memilih gadis kelantan sebagai teman hidup setelah berskendel dgn beberapa org ketika di sekolah. haha.. kawen gak ko salleh. tahniah.. ni gambar bukti. (yang diambil lepas aku, lina & fiza dah nk balik. siap patah balik pi amek gambar tuh.. terpaksa salam mak dia lg skali kt entrance. hahaha.. lawak gila time tu.)


2. mencari pahar utk diganti.

pahar yg dipinjammkan oleh mak menakan aku pecah sbb anak menakan aku langgar & jatuh ke lantai. selamat. tp mesti la susah nak jumpa yg serupa. tp mak ckp x pa lah. janji lebih kurang cukup la. mcm tak bes la plak. huhu..


3. cerita lain..

ni kira kategori cerita bes ni.. (ayat utk rasuah org masuk blog kawen.. haha..). utk keterangan lanjut, sila kunjungi blog kawen aku yang kadang-kadang bersawang ni.. kena apdet gak skali-skala.. heeeeeee...

>> mkn karipap wat sendiri.. <-- gila rajen.