Friday, 31 October 2008

lori ayam dan smartag..

pada suatu petang yang hening, setelah mengemilo ais dgn lina kt opis dia, aku blk ikut NKVE. smpai kt tol, aku tgk ada sebuah lori bawak ayam (tp ayam takdak.. cuma raga dia ja).. lori ayam tu dok kt lorong smart tag.. lampu kt smart tag pon merah, jd beramai2 org menge'queue' nak masuk lorong smart tag yg sblh tu..

aku punya la pikir pasaipa lori tu benti kt situ.. takkan la ada tollgate girl nak beli ayam idup kot.. dah dekat baru la aku nmpk apa yg telah berlaku.. jom tengok gak..


rupanya apek bawak lori tu lupa yg raga ayam dia tinggi sgt sampai terlanggar kt sainbod smartag tu. bukan sainbod je, ngan palang besi skali dia bantai nya.. maka, abih suma raga ayam tu bergolekkan kt jalan.. masa aku amek gambar ni, dia tgh panik susun dan ikat balik raga2 tu.. dah la dia sengsorang.. mau tak paniknya.. hahahaha..

ni la yg org kata dah terhantuk baru tengadah.. hehehe..

>> akhirnya sabtu kembali lagi.. malas nak kerja.. huhu..

Wednesday, 29 October 2008

mari tanam pokok..

harini ada program tanam pokok kt skolah. cam besa la.. kampeni aku mmg rajen wat aktiviti camni. pelik sket la tp bes gak. bleh aku jenjalan naik van kampeni. kul 6.50 aku dah ada kt opis. hehehe..

program ni program tahunan. buat kt skolah yg kitorang handle projek ni. bos aku yg suh pi skolah ni. final account utk project ni pon dah close. maka, bos aku saran la suh mai sini. layan je la.. nak jaga KPI punya pasal.. nanti dapat bonus sket kang.. kuikui..

layan gambar la plak..

emcee ni seorang cikgu.. tetiba dia kata.. "doa akan dibaca oleh saye ye.." pahtu dia gelak. hahaha.. perlu ke kata gitu?

seronot tul bebudak ni dapat beg kampeni.. siap ada sorg budak tu kata, nak buat apron. seb baik MD aku tak dgr.. haha..

beriya la korek lubang ni haa..

rupanya kena tanam dalam pasu sebenarnya.. haha..

pekebun skolah tgh posing baek punya..

dah lama aku tak makan kt kantin skolah. harini dapat la duduk kt bench panjang tu. sinki pon paras peha aku. masa aku darjah 1 dulu pon tak la rasa sinki tu rendah sgt camtu. mmg la aku rendah taim tu, tp tak la rendah sgt kannn.. skrg ni pon macam la tinggi sgt.. hahaha.. eh, awat aku kutuk diri sendiri plak ni.. huh..

boring plak bos takdak smpai jumaat ni.. cuma ada kueh raya dia 2 tapawey ja atas meja aku ni.. meja aku ni mmg slalu jadi kaunter makanan. sapa bawak makanan, mesti hulur kt meja aku ni. nak gosip pon kt meja aku. padahal bkn sembang ngan aku pon. sorg dok kt depan partition aku, sorg lg dok blkg kusi aku.. huhu..

>> camna nak setat ni?

Tuesday, 28 October 2008

mari senyum..

aku takdak apa nak taip walaupon sebenarnya byk benda yg berlaku tiap2 hari.. jamuan raya? toksah cakap.. dari kueh raya sampai kambing golek suma ada. dari makan kt meja opis, sampai wetland kt putrajaya tu pon ada.. tak semena-mena jamuan raya kampeni haritu aku kena jaga bot kt wetland. kan dah ter naik kayak seround.. hehe..

sebenarnya aku malas nak apdet sbb kompiter aku rosak. dalam erti kata lain, dia suka restart bila aku nak start menaip. dah tiba masa utk digadai kot. kalau gadai, agak2 ada ke org nak beli? aku ingat nak pakai laptop pulak la.. tp sblm beli laptop baru, aku kena selesaikan 'misi dan visi' tu dulu.. kalau tak, aku kena gadai body BuJaL plak..

apapon, saya gumbira untuk 3 hari cuti minggu lepas.. dah lama saya tak gumbira cenggini.. sbb apa..? ada laaaaaaaaa... tahniah untuk diri sendiri.. kikiki..

>> sambung senyum.. heeeee~~~~~ <-- gilak!

Tuesday, 21 October 2008

jamuan raya..

sejak duit tak berapa nak ada ni, ramai plak org buat jamuan raya. bukan dkt rumah je, kt opis pon ada.. elok la tu.. penjimatan.. hehehehe..

selain dari open office dari department2 kampeni (makanan punya la byk smpai kembang perut aku.. bkn nak sgt makan.. terpaksa.. hehe..), kampeni pon ada buat jamuan raya. semalam ada jamuan raya kampeni tp untuk client2 je.. buat kt sime darby convention centre. kira utk org2 besar la.. aku kena jadi hostess. ala2 pelayan.. layan makan aa.. bukan layan lain. hehe..

meh tgk sket gambar semalam..

bos aku kiri sekali tuh..

ngan akak seketeri..

setelah malas nak layan org.. sawan gambar plak..

dah..

>> kenyang..

Monday, 20 October 2008

happy birthday..

harini aku lmbt masuk ofis sbb stuck kt 3,4 jem.. maka, aku tulih la kt borang lmbt kul brapa aku masuk. nanti bos sain la borang tu. biasanya bos main sain je. dia bkn kesah sgt pon. kira bagi restu la aku mai opis lmbt.. hehe..

masa nak tulis tarikh, baru teringat.. harini.. 20 oktober.. besday abah. taun ni cukup 10 taun dia tinggalkan kami.. adik aku pon dah 16 taun. masa abah takdak tu, adik aku tadika. dia taktau apa pon time tu. siap main pasir kt blkg rumah masa org tgh kapankan abah.. aku kena pi carik dia sbb nak tabur kapur barus dlm kain kapan tu. lepas jumpa dia, kami masuk dlm rumah, aku ngan dia tabur la kapur barus td sama-sama, pahtu baru org ikat dgn tali kain tu. pahtu adik aku lari kuar sambung main pasir.. huhuhu.. seb baik hang kecik lagi adik..

masa aku kecik2 dulu, aku rapat ngan abah sbb nak pi mana2 pon aku ikut dia. sbb adik kecik lg time tu. beza aku ngan adik pon 9 taun.. bila time besday aku, aku mintak dia belanja. biasanya belanja makan la.. tak kesah la apa pon. kalau dpt kek ke, sate ke, kira hebat dah tu. bila time besday dia, kitorg adik beradik mintak dia belanja lg.

pahtu, ayat dia yg paling aku ingat..
"oo.. mana aci, time besday masing2, abah belanja. bila besday abah, abah kena belanja jugak.. ooo.. pandai aa.."

hehe.. kira aci la kan. time tu kalau belanja dia pon guna duit dia jugak kan? baik la dia yg belanja.. hehehehe..

abah mmg hebat dari macam2 segi. masak lagi sedap dari mak, bab2 bertukang, repair, dll. tp yg paling aku kagum adalah bab pengurusan duit. tak penah skali pon aku tgk dia berhutang, apatah lagi nak guna kad kredit (dah ada kad kredit ke time tu?).. hutang dia cuma beli rumah dan kereta sahaja. dulu aku slalu mintak dia beli macam2. dia beli jgk la yg mana patut. bila dah besar ni baru aku tau gaji abah ni tak la sebanyak cam aku skrg. gaji abah dulu bleh support anak dia 5 org dan mak. gaji aku skrg bleh sapot untuk diri sendiri je.. tu pon kdg2 macam tak cukup.. huhu..

kalau la abah ada, nak jugak aku tanya dia camna dia buat anak2 dia cukup makan, skolah smpai masuk universiti, dan bleh idup senang dgn harta2 yg dia beli dulu utk keselesaan kami cam sekarang..

tapi, sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah..
Al-Fatihah to Abah, 20 October 1952 - 27 February 1998..

sekadar gambar hiasan..

>> miss him..

Friday, 17 October 2008

Ops Sikap Aku..

semenjak 2menjak ni aku malas nak apdet blog.. takdak masa pon nak apdet. time kerja bizi kerja (gila efisyen.. haha).. balik rumah, buat keja takdak pekdah sket2, lepas tu tidoq.. esok pon camtu lg.. dan seterusnya..

tiba2, aku teringat nak teruskan azam aku yg dah lama tertunggak iaitu nak kemas bilik dan tukar layout perabot dlm bilik tu.. meluat dah aku tgk. hm.. bunyi mcm bilik aku seperti tong sampah kan? hisshhh.. mana sampai cmtu.. sket2 tu ada la.. hehe..

pahtu nak cat bilik yg tercicir separuh lg tu.. (lina, mintak cat sket).. kain baju pon dah makin banyak. so, kena tukar lemari. mak aku pon dah bising, so dia tak bg aku beli dah kain baju sbb dah melimpah dari lemari dah. padahal bkn besar sgt lemari tu. besar lagi lemari mak aku. huh.. mana tak banyak, baju tingkatan 2 pon ada lagi. siap muat plak tu. nmpk sgt aku ni 'chomel' sejak dulu. hehehe.. pahtu aku ingat nak besarkan sket bilik aku.. mungkin tebuk dinding jiran sebelah tu.. baru besar sket. hahaha.. nak mampos ke..? mau dia antar gajah kt aku nanti. hahaha..

last skali bleh la aku gantung bidai yg aku beli kt air itam baru ni.. tu je sebenarnya sbb aku nak kemas bilik.. eksitet ada bidai baru. hehe..

sekian saje karangan saya untuk harini.

>> misi sudah bermula..

Tuesday, 14 October 2008

aku resign..

dengan ini, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa saya telah memecat diri saya sendiri sebagai setiausaha kehormat kelab SnA yg telah diterajui lebih dari setahun ini.. dan secara otomatisnya, saya melantik diri sendiri menjadi alumi dan penasihat tetap (tiada sokongan atau bantahan diperlukan) kepada kelab ini.. kepada para ahli, diharapkan dapat meneruskan usaha untuk meresignkan diri dari kelab ini secepat mungkin..

sesungguhnya aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..
aminnn..

"nyah ko dari kelab ni" <-- motto kelab..


krohhhhh...

>> kerja.. kerja..

Monday, 13 October 2008

jalan-jalan carik pasal..

last week, aku ngan lina pi skudai.. saja jalan-jalan carik pasangan.. err.. maksud aku, carik pasal.. hehe.. kami bertolak pada jam 8.45 dan tiba pada jam 10 pagi.. yaaa.. kira2 2 jam suku je perjalanan kami.. ajaib tak? sbb aku naik skyline milik lina dan dipandu oleh aku selaju 160-170km/hr.. harap2 takdak speed trap la.. hehehehehe..

kt skudai tu ada kenduri kawen encek mohd nani-san iaitu ex-roomate aku masa kt itm dulu.. nani-san ni dulu byk tolong aku dalam membuat esimen. dia sebaya aku tp senior 1 sem. bila ujung sem, dia bg suma softcopy esimen dia. bila aku naik sem, aku recycle esimen dia.. sebenarnya dia pon recycle esimen org lain tp tokok2 tambah sket.. apa salahnya bantu membantu.. itu kan amalan yg mulia? hehehehe... oleh kerana nani ni dah sedia cantik, maka, bila dimekap kan pada hari perkahwinannya, bertambah la cantiknye.. cuma rambut kakpah tu yg spoil sket.. tp ok la tu..

gambar tak formal..

saje noma amek gambo pid ni sbb takde org amek gambo dia.. sape suh dia dok blkg.. hehehe..

nani dan faizal tgh bersandingan..

rambut nani versi kak pah mase nak pi makan..

pada sabtu malam tu, kami menginap kt umah mak buyung.. noma pon ada skali. siap pi kg nenek dia. ada jamuan raya peringkat kampong tu.. dgn muka slamber je pi makan nasik briyani baek punya kt situ. ah.. bkn org kenal pon, janji kenyang.. kuikui..

kedai 'rucit' ke pid? hehehe..

ahad tgh hari, dlm perjalanan pulang ke shah alam, kami singgah kt air hitam.. seb baik aku bawa duit sket.. kalau x, aku beli ngan air itam tu skali.. huhu.. setelah hampir rentung (dkt 2 jam jalan kt panas terik tu), akhirnya aku beli bamboo blind utk tingkap bilik aku yg dah beberapa kali pospon nak beli sbb kt jayen mahal.. kt situ aku beli RM30 je.. kt jayen aku tgk RM70-80 haritu dgn size dan material yg sama.. penjimatan sungguh. tak lupa aku beli chermin bertingkap yg menjadi idaman mak aku sejak dulu.. pon harga RM30 jgk.. aku tak tau brapa untung org tu jual murah camni.. huhuhu..

tgk la taun2 depan, aku ingat nak pi lg skali sbb cambes je.. tp kali ni nak bawak sepeti besi duit utk shopping. jgn kata kedai2 tu, ngan ketua kampong air itam tu skali aku beli nanti.. puas ati aku.. hahahaha..

aku, mak buyung dan nomey..

>> bila nak ngedet ni? kuikui..

Friday, 10 October 2008

Lucky..

lagu yg noma promosikan kepada aku..
dari Jason Mraz featuring Colbie Caillat..
layan gak seposen..
:)


>> smiling..

Tuesday, 7 October 2008

tersebutlah kisah..

dalam kehidupan ini sukar nak buat jangkaan..
kadang-kadang kita risau..
risau kalau sesuatu perancangan tak jadi kenyataan..
tp kadang-kadang kita terpaksa buat tak kesah..
mungkin ada hikmah kalau perancangan tu tak jadi..
tapi..
bila kenyataan mengatasi perancangan..
itu membuatkan kita lebih cuak dari biasa..
cuak, terkejut, kaget, panik..
andai ada org kepercayaan disisi, pasti akan diminta beliau untuk lempang smpai sedar dari mimpi ni..
tapi.. rupanya bukan mimpi..
cuma ujian baru saja nak mula..

kawan-kawan..
doakan yg terbaik buat aku..

kt jambatan semeling.. kira-kira 8km dari kg aku..

p.s: tima kaseh kt suma kawan2 kerana respect my privacy.. hopefully korang dpt teruskan.. and also thanks for ur support.. nanti aku buat party utk korg ok.. kuikui..

view dari belakang umah..

>> malas nak keja.. rasa nak makan kueh raya plak..