Thursday, 29 May 2008

weekend planning..

tentatif sempena rombongan cik lina ke tepeng..
khas untuk lina, angah, adik dan masitah..

hari sabtu, 31 May 2008
- kenduri umah Yunon..


8.00 pg - gerak khas dari rumah aku
9.15 pg - singgah RnR Tapah utk jmpa An dan rakan beliau (nak folo konvoi)
12.30 tgh hari - tiba di rumah Yunon
2.00 ptg - check-in kt rumah tumpangan Ah Seng.. haha..
5.00 ptg - jalan2 kt tepeng smpai muntah
8.00 mlm - night safari kt zoo tepeng
12.00 tgh mlm - tido kalau mengantuk.. (tak paksa)

hari ahad, 1 Jun 2008
- kenduri umah Shahza & Wan Suriati + Nabil Suffian


9.00 pg - sarapan dan terus gerak2 khas ke Rawang
1.00 tgh hari - tiba di rumah Shahza
2.30 ptg - gerak ke Klang, umah wan suriati
5.00 ptg - hantar aku blk shah alam

so, tu la tentatif yg dirancang..
perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa..
dan segala kesulitan amat dikesali..
(apa aku merepek ni?)

>> sapa nak tido umah aku jumaat malam tu, amatlah dialu2kan.. ada kusi urut wei.. (ayat pancing).. hehehe..

Wednesday, 28 May 2008

Sempurna..

by: Andra & The BackBone



kau begitu sempurna..
di mataku kau begitu indah..
kau membuat diriku, akan selalu memujamu..

di setiap langkahku..
ku kan selalu memikirkan dirimu..
tak bisaku bayangkan, hidupku tanpa cintamu..

jangan lah kau tinggal kan diriku..
tak kan mampu menghadapi semua..
hanya bersamamu, ku akan bisa..

kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hidupku..
lengkapi diriku..
oh sayangku kau begitu...
sempurnaaa... sempurnaaa...

kau genggam tanganku..
saat diriku lemah dan terjatuh..
kau bisikkan kata.. dan hapus semua sesalku....

jangan lah kau tinggalkan diriku..
agar mampu menghadapi semua...
hanya bersama mu, ku akan bisa...

kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hidupku..
lengkapi diriku..
oh sayangku kau begitu...
sempurnaaa... sempurnaaa...

jangan lah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
hanya bersama mu ku akan bisa..

kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hidupku..
lengkapi diriku..
oh sayangku kau begitu...
sempurnaaa... sempurnaaa...

kau adalah darahku..
kau adalah jantungku..
kau adalah hidupku..
lengkapi diriku..
oh sayangku kau begitu...
sempurnaaaaaaaaaaaa..........


kalau nak donlot, click SINI

>> ni la cara mudah nak mengapdet.. bes tak? hahaha..

Tuesday, 27 May 2008

mari membaca..

crita ni aku dapat dari email.. kisah sorang gadis menerima lamaran seorang lelaki setelah sebulan mengenalinya.. kerana sepucuk surat yg terimanya..

antara isi kandungannya..

Kepada ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya..

Assalamu'alaikum Wr Wb..

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama .............. menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin..

Wassalamu'alaikum Wr Wb..
pehhh.. terkesima aku sebentar.. speechless.. huhu..

>> kerana dia hanyalah manusia biasa.. hmm..

Monday, 26 May 2008

hari rentung sedunia..

sukan ini disertai oleh semua kampeni dibawah UEM Group..

dengan semangat berkobar2, aku tiba seawal jam 8 pagi, tp rupanya event aku (4 x 400m) pukul 5 petang.. cehhhhhhhhhhh... dan hasilnya, muka aku dah dibakar oleh panas mentari pagi itu.. panas kul 10 pagi macam kul 12.. huhu..

meh kita tgk hasil dari kehadiran aku di stadium bkt jalil pada hari itu..

Together We Eye For Glory..

panehhh.. huhu..

team futsal yg turut serta dalam perbarisan..

sawan gambar ketika perbarisan..

team UEM land yg bersweater tgh2 panas..
seb baik depa menang acara perbarisan tu..

yeah.. mari melambai kepada peminat..

video larian obor ditayangkan.. obor dibawa 'lari' dari Perlis smpai ke Johor.. mmg lawak btol la video ni.. bleh plak org bawak obor singgah RnR mkn nasik lemak dulu sambil akak cleaner tolong pegang obor tu.. haha.. lawak gila..

siap lari kt highway utara selatan lagi tuh.. pandai tul depa ni berlakon.. snap utk 10 saat je.. hahaha..

maskot2.. kuda kepang pon ada.. aku xtau apa kaitan kuda kepang dalam sukan ni.. huhuhu..

pancaragam dari bebudak skolah VI.. mmg bes..

maskot UEM builders, encek Bob the Builder yg mukanya aneh sket..

tudia insan disebalik kepala Bob the Builder.. haha..

time ni tgh gelabah bewak sbb event aku dah nak tiba.. hohoho..

yaa.. mari berjalan ke garisan permulaan ya adik2..

acara pon tamattt... sapa menang? mari kita lihat sat lagi..

dengan sprinter kampeni.. laju btoi dia lari.. no 3 utk 100m, no 2 utk 200m..

baru aku tau yg tgh menge'peace' tu umor dia 35 tawon sbb dia masuk acara 100m utk veteran.. aku ingat 23 taun.. hohoho..

rupanya depa ni lagi sawan dari classmet aku kt uitm dulu.. haha..

member lama aku dan masitah, Dian.. masa skolah menengah kami sama2 jumpa masa wakil bola baling skolah masing2.. masuk itm, wakil fakulti masing.. skrg dah kerja, wakil kampeni masing2 plak.. hehe..

ini la team 4 x 400m..

the team managers.. terkulai lepas event tamat.. kesiannn..

jengjengjeng.. no 2 pon jadi la..

kedudukan keseluruhan..

ckp saja x guna.. bukti adalah lebih penting.. hehe..

malam ada dinner plak.. makan jgn tak makan..

baju biru tu president kelab sukan kampeni aku..

sawan lagi.. hehe..

sekian laporan saye yg rentung utk kali ini..
zasssssss...

>> bila gaji nak masuk ni.. huhuhu..

Friday, 23 May 2008

jalan2 dalam stadium..

bukan pi tgk bola, dan juga bukan lawatan sambil belajar..
harini aku dan UEM Group ada rehearsal untuk marching pass..
pahtu sapa2 nak tes track, amatlah dialu2kan..

sebahagian gambar koya beh untuk hari ini..

laaa.. ini ke stadium nasional? ingatkan stadium bukit jalil.. hehe..

suasana kt stadium dari kerusi VIP..

ni bukan kawad.. ni namanya lenggang mak minah.. ewah..

cam besa, sawan..

sok pagi event track n field ni.. buat kt stadium bkt jalil.. kemainnn.. takot aku nk jejak track tu. malam ada dinner UEM plak.. bizibodi sungguh la.. mana la mak aku tak bising.. hehehe..

>> akhirnya officially diserap jadi staff.. tp contract basis.. cuti 17 hari.. baru guna 2 hari.. hah.. dah bleh p makan angin smpai keluar angin ni..

Thursday, 22 May 2008

anak menakan pupu..

kueh pau the second..

mata bukak kecik2 saje.. seperti memandang slek kt aku..

semalam aku pi melawat kezen aku yg telah bersalin.. kezen sebelah family abah..
bersalin anak ketiga kt hospital bersalin kt sec 13, shah alam..

nama dia Mohd. Iman. berat dia 3.80 kg. jadi, mak dia terpaksa keluarkan dia melalui 'tingkap ajaib' sbb besar sgt.. hehe.. kalau tgk mmg dah macam umor sebulan dua.. besar btoi budak ni..

btw, tarikh lahir dia sama ngan budak kue pau, fariz haiqal (anak abg aku).. dah bleh jalan dah budak tu.. dah setahun..

ooo.. tomey.. tomey..

>> bayi sapa plak aku nak tgk pahni? sila angkat keybod..

Wednesday, 21 May 2008

bukan aku..

td ada opismet fwd email kt aku pasal satu kisah dari paper..

Lelaki hilang sejak seminggu

KUALA LUMPUR: Kehilangan Mohd Rasid Md Salleh, 33, sejak Isnin minggu lalu menimbulkan tanda tanya ahli keluarga kerana dia sebelum itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik.

Anak saudara mangsa, Mohd Suhaimi Zaid, 28, berkata Rasid kali terakhir dilihat abang iparnya, Murad Man, 33, di kawasan meletak kenderaan berhampiran rumahnya di Bandar Baru Bangi, dekat sini, kira-kira jam 2 petang Isnin lalu, namun tiada sebarang perubahan pelik ditunjukkannya.

“Sejak hari itu, dia (Rasid) tidak pulang ke rumah, malah ada ahli keluarga cuba menghubunginya namun tidak menerima sebarang jawapan.

“Menurut beberapa rakannya, Rasid pernah memaklumkan dirinya sedang mengalami masalah besar, namun tidak dapat dipastikan bentuk masalah yang dihadapinya,” katanya.

Harian Metro difahamkan sikap Rasid yang suka menyembunyikan masalah dihadapinya daripada orang lain menyebabkan keluarganya sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya.

Berikutan kegagalan menjejaki mangsa, abang ipar mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Rasid kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam dan berseluar biru sebelum menaiki Proton Iswara biru dengan nombor pendaftaran WLX 154 milik kakaknya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu diminta menghubungi kakak mangsa, Zabadah Md Salleh di talian 012-2657374.
hah.. kalau nk tau sapa org tu, dia dalam gambar aku yang ni..

brader yg tidor tu..

dia dikatakan hilang sehari selepas main futsal haritu.. huhu..

sejak aku kenai dia masa futsal ni, mmg dia ni pendiam tp suka senyum2. bkn senyum kt aku saja.. kt semua org laa.. ada la sesekali dia tegur aku kt court. nk borak mmg tak penah la. sbb xtau nak borak apa ngan dia yg diam tu.

nk dijadikan cerita, hari main futsal tu aku makan roti, lepas tu dia kt sebelah aku (seperti dalam gambar) tgk dan kata lapar.. maka, aku kerat la bg dia separuh. sbb nak main punya pasai, aku bg la.. kang pengsan plak.. tp dia takmo.. dia kata tak cukup. mungkin dia perlu lebih dari separuh. takkan aku nk bagi semua sbb aku nk makan jugak (rasa tamak ketika itu). lepas tu, rupanya organizer sediakan sandwich. dia pon makan. so, rasanya, kisah hilang ni takdak kena mengena ngan aku kot kan..?

huhu..

>> dia pi makan angin kot.. (mari berfikiran positif..)

Tuesday, 20 May 2008

Important to have friends..


setakat ni aku dah ada kawan2 yg berjawatan2 penting..
penting dalam erti kata senang la nak buat urusan macam gambar kt atas ni..
lawyer dah ada..
pulis ada, tp bahagian narkotik plak..
kalau aku jd pengedar dadah berguna la jgk..
cuma 1 yg paling penting takdak lagi..
pulis trafik..

sapa nak jadi weiiii...
tulung laaa..
hehe..

p/s: aku vote utk masitah.. dia nmpk cam layak je tu.. hehehe..

>> tahniah nad dan tokyeh.. jaga baby dalam perut leklok..

Friday, 16 May 2008

se.la.mat.pa.gi.cik.guuu...

sebelum apa2 terjadi, beta ingin mengucapkan Selamat Hari Cikgu kt semua cikgu kt mesia ni termasuk la kt encik mohd cikgu Muzai.. hehe..

aku dan cikgu muzai masa konvo kt uitm..

tak lupa jugak kat bakal2 cikgu iaitu budzu yg sedang struggle dgn diploma pendidikannya kt Sabah tu dan kepada sapa2 yang isi DPLI tu.. dgn ucapan, semoga berjaya.. hahaha.. aku dah beli no pin tp takdan nak isi lagi.. modem kt rumah plak rosak sekaligus mengundang keboringan yang serius di kalangan muda-mudi masa kini.. (apa aku merepek ni?)

aku dan cikgu budzu masa main2 tenis kt uitm dulu..

kucin..

>> sedap makan cokodok time penat2 kerja ni... huhuhu..

Thursday, 15 May 2008

kaki bangku main futsal..

assalamualaikum labah2.. dah lama ka buat sawang kt sini? hehehe.. dah lama tak apdet.. bizi sungguh tahap gaban.. gaban pon tak bizi camni.. hehe..

ok, mari mulakan kisah futsal haritu..

lokasi..

carta perlawanan.. team aku, OPUS A, smpai quarter final.. ala.. UEM Enviro naseb je menang tu.. saja kasik can.. haha..

makan tengahari yg disponsor oleh kampeni..

apa kejadahnya no 3 dalam kehidupan aku ni? takdak kena-mengena langsung.. hahaha.. blasah je la labuuu..

baju official, merah itam.. hm.. mamat tu tak cukup tidoq kot smlm.. amek gambar pon tidoq.. hehe..

cam biasa, sawan gambar..

wawa main utk UEM Builders.. sori la sbb 'terbelasah' korang 4-0.. hehe.. sempat aku sumbat 1 gol.. lala..

stretching la kengkonon..

sawan..

dapat johan kumpulan, dah dikira bagus.. pahtu dapat main smpai quarter final.. bole la tu walaupon sepatutnya kami bleh smpai semi final.. sbb kesilapan yg tak disengajakan, pihak lawan tak semena terjaringkan 1 gol.. keciwak gue..

apapon, 24hb ni utk event track and field plak.. dan jgn tak caya, aku akan berlari2 anak kt stadium bukit jalil beb sbb sukan tu akan dibuat kt sana... dah macam wakil mesia kt sukan sea plak.. hahahahaha.. jgn risau, mesti aku kalah punya.. hahaha.. (tadak semangat kesukanan btoi..)

so, mai la bagi sokongan kt kampeni aku.. tempat duduk 1 stadium disediakan dgn percuma.. dah la percuma, free plak tu.. so, jgn malu2 nak datang plak.. ahaks..!

>> akan apdet lagi.. tp tadak masa.. huhu..

Friday, 9 May 2008

aku apdet ni.. hehe..

hari last training..

which is mine? hehe..

26 team pompuan bakal berentap ahad ni.. team lelaki ntah brapa..
so, sapa yang nak mai bg sokongan tu, jgn la malu..
meh.. meh..
bawak air sirap skali..
kalau buleh, bawak la sirap selasih..
lokasi?
tanya aku meh.. sms..
hehehe..

for info, wawa (clasmet uitm) main gak utk UEM builders..

>> baju BQS beb.. ahaks.. rindu sama korang la.. teringat main futsal kt itm dulu.. pahtu pi ngeteh plak.. sok tu terbongkang beramai2.. hehe..

Thursday, 8 May 2008

naik pangkat..

salam.. <-- tiba2 jadi sopan.. hehe..

naik pangkat bkn jadi bos laa..

harini aku dah dapat tau secara rasminya aku telah menjadi permanent staff kt kampeni aku ni.. yang contract dulu tu dah tak apply dah.. secara tiba-tiba semua trainees telah diserap menjadi staff.. cuma HR tak inform secara official kt kami lagi dan status contract yg dulu tu.. benefits, annual leave, blablabla..

MD kampeni aku (dalam Opus Group ada KSSB.. so, kampeni aku adalah KSSB ni..) bagitau kt aku masa miting tadi..

alhamdulillah..

ngan akak opis.. masa pi training track and field..

>> tp nak isi gak DPLI tu.. hehe..
>> setelah mendengar kata2 para senior, tiba2 rasa takleh caya ngan verbal confirmation ni.. huh..