Monday, 30 January 2006

Maal Hijrah 1427h

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Jadinya, sempena tahun baru Hijrah ni, aku berazam nak berhijrah utk menjadi lebih rajin, berilmu, beriman dan beramal.. (macam logo skolah je ni) InsyaAllah..

Aku ada ingat lagu hijrah yg biasa aku nyanyi masa masuk pertandingan nasyid kat skolah dulu.. dan semestinya aku bkn solo.. ;P

Satu muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu,
Mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…

(lagu ni aku keluarkan dr kepala aku.. kalau salah, sila betulkan..)

>> Hijrah!

Sunday, 29 January 2006

DrugLord..

diatas permintaan para peminat, ku turutkan jua entry psl DRUGLORD neh.. bagi sapa2 yang minat main game yg warna-warni, dinasihatkan supaya anda tak payah la main game ni sbb game ni plain. kalau tak, kepala anda akan dimasuki angin..

baca kalau rajin..
Intro sblm permainan dimulakan..


tak susah mana pon nak main.. cam main saham la. cuma saham yg dilaburkan ni, adalah dadah musuh negara.. mula2 kena tgk pasaran bagi dadah2 tertentu. beli kat negara yg supply murah, pahtu jual kat negara yg jual mahal (bkn jual mahal - tanak layan). senarai negara adalah spt dalam gambar yg dipaparkan.. harga dlm kurungan tu, harga tiket kapal terbang.

senarai negara yg boleh pi


yang penting sblm g keluar jual dadah kat negara lain, korang kena beli alat2 keselamatan cam can of no-scent utk elak anjing kat airport kesan dadah yg korang bawak tuh. tak lupa juga, beli la dynamite ke (bleh bunuh org dlm 5-10 org), hand granade ke (10-30 org), area distrupter ke (lebih 100 org/armour).. biasa la, bila jual dadah ni, polis la dtg, anti-dadah la.. jd, anda pilih la, nak kena ditembak mati ke, atau hapuskan saja mereka.. hahahahahaha... (gelak druglord)

dlm game ni, setiap duit yg terkumpul dlm jumlah tertentu, korang akan dapat extra 5 hari utk menjual dadah. jumlah hari max ialah 55 hari dgn title DrugLord. pah 55 hari, korang bkn dah mati, tp dah kira bersara dr bidang penjualan dadah merbahaya ni la.. kalo korang bes, leh la masuk kat carta top mcm org2 yg kat gambar neh..

high score aku dlm 8 billion je..


tips aku :
# negara jual mahal - Beijing, St. Petersburg
# negara wat megasale - Detroit
# dadah yg menguntungkan - Cocain, Crack, Heroin, Ice & Special K

meh download game tu kat sini. (right click, save target as)

>> sesuai utk student yg belajar subjek economics
>> amaran : game ni bleh wat korang addicted..
>> Dadah musuh negara..

Friday, 27 January 2006

Cuti Lagi..

ha.. cuti raya telah pon bermula. bak kata lecturer aku, "kita jumpa lagi taun depan." ingatkan taun depan apa. rupanya taun depan ikut tahun cina.. cehhh..
ada dia tanya kitorg dlm kelas, kalo tahun Islam adalah Hijrah, tahun omputih adalah tahun Masihi, camner plak kalo tahun cina? sapa bleh jawab?

patutnya lepas minggu cuti raya cina ni, bebudak UiTM cuti seminggu utk mid-semester break. tp sbb cuti raya cina ni dah dekat seminggu, pihak UiTM dah ganjak cuti mid-sem tu masuk kat cuti raya cina + awal muharram.. cuti dah tak macam cuti. esimen dah la byk nak kena submit pah cuti ni. ni senarai kerja2 yg nak kena buat sepanjang cuti neh:

1. Interview ngan Majlis Perbandaran Kuantan (kena pi Kuantan) - development process
2. Research utk Grasscrete Pavement - nak kena siapkan interim report utk 2 chapter (dlm 20 page)
3. Amek gambar utk esimen construction technology - Harbour and Jetties (kena pi pelabuhan kuantan @ port klang - tp bleh KIV sbb lambat lg nak submit)
4. Chapter 1 utk Applied Studies - Handing Over and Certificate of Practical Completion
5. Tidur yg cukup.. ;)

>> pah cuti ada game futsal plak.. meh sokong aku kat sports planet.. ;)
>> tulung.. tulung..

Sunday, 22 January 2006

Tak Bisakah

Artist : PeterPan
Song & Lyric : Ariel

hatiku bimbang
namun tetap pikirkanmu
selalu, slalu dalam hatiku
ku melangkah
sejauh apapun itu
selalu, kau di dalam hatiku

ku berjalan
berjalan memutar waktu
berharap, temukan sisa hatimu
mengertilah
ku ingin engkau begitu
mengerti, kau di dalam hatiku

chorus :
tak bisakah
kau menungguku
hingga nanti tetap menunggu
tak bisakah
kau menuntunku
menemani dalam hidupku

dara, kau menjadi hidupku
ke mana, kau tahu isi hatiku
tunggu, sejenak aku di situ
jalanku, jalan menemukanmu

>> thanks to mr fungkur coz dedicated this song to me.. ;)
>> bisa... bisa... :D

Wednesday, 11 January 2006

Apdet..

nak apdet apa tah.. first of all, selamat taun baru yg tak berapa nak baru sgt. pahtu, selamat hari raya haji yg baru saja lepas smlm. kat kg aku tadak korban sbb kerajaan kedah tak bg wat korban. katanya takot ada penyakit kuku dan mulut kat hewan tuh. jd, kami sekeluarga makan ayam sahaja..

oleh kerna raya haji sehari je iaitu pada hari selasa, aku balik kg pada hari sabtu dgn menaiki kenderaan awam berbayar (bas la tu) kat seksyen 17. so, tuang (ponteng) kelas la isnin tuh. mau tak mau, kena la blk uitm pada hari raya sbb kelas cam biasa pada hari rabu. seawal menet pertama lagi tuh.. pah smyg raya, mkn2, pahtu bersiap pulang ke shah alam smula.. aku mmg suka raya kat dlm bas.. huhuhu..

skrg dah stat bz. lagipon ramai je org kat lab neh. jgn kata nak apdet blog, nak pegang pc kat lab pon dah tak berkesempatan. pahni apdet sesemester skali je la.. ok la tu.. dari tak apdet2.. bak kata seorang hamba Allah ni, "apa guna ada blog kalo takmau apdet.." baik wat advertisement.. hehe..

zah.. laye..

>> 10 february, trip kelas ke pulau perhentian.. mari bersnorkling lagi..