Wednesday, 28 August 2019

Update..

Sampai dah lupa ada blog..
Hahahaha..

Masuk sini pon sebab tadi cari info pasal kerja..
Semua info yang dapat tadi dari blog http://mawarkhayalanxoxo.blogspot.com
Tu yg baru teringat ada blog.. :D

Bagus betul dia ada blog yg ilmiah macam ni..
Semoga dikurniakan pahala berterusan utk dia..
:)


Wednesday, 1 February 2017

Braces & Me..

Last post cerita nak pakai braces, sekarang dah 5 bulan tanpa braces dah.. lama gila tak update blog. haha..

So, untuk tak bagi nampak cerita tergantung dan sebagai penutup cerita braces kt blog ni, kita tepek la kejadian sebelum, semasa dan selepas berbraces. kot-kot jadi idola untuk yang nak pakai braces.. 

Sebelum berbraces.. ada gigi lapis..


Masa awal-awal berbraces..


Sejurus braces dibukak..


Amacam? Sila abaikan muka yang flawless sangat tu.. yang tu kena ucap tahniah kat pencipta smartphone sebab sediakan mode BEAUTY. hahaha.. So, sekarang dalam proses pakai retainer; utk retain kedudukan gigi yang sudah sebaris. walaupon tak rajin nak pakai bukak, tapi ada gak la pakai.. kalau tak nak pakai, sila anggapkan pelaburan braces anda ke laut..

Ok, bai..

Friday, 9 January 2015

Misi Khas - Part 1

Wah.. dah kelaut blog ni.. ada cek kesah? haha..

Memandangkan aku ada misi khas dalam hidup, aku rekodkan di sini utk bacaan beberapa tahun akan datang..

Aku dalam perjalanan untuk memakai B.R.A.C.E.S..
yer.. gigi besi Betty La Fia tu.. rpa pon mcm betty jugak dah ni.. hahaha..

Pendaftaran pertama kali dibuat di PPUM masa darjah 6 ( Tahun 1994).. Tapi tak dipanggil-panggil..
Pendaftaran kali ke-2 dibuat di tempat yang sama pada tahun 2004. Rekod lama yang tahun 1994 tu pon takde dah kt situ.. tah macam mana diorang simpan.. patut la tak panggil-panggil.. ok.. masa tu dtg dan register semula.. as new patient.. -_-

Menurut PPUM, kena Q dalam 5-8 tahun.. Until to-date (2015) mmg tak panggil-panggil dah.. dah 10 tahun lebih dah.. rekod kena makan anai-anai dah kot..

oleh kerana aku dah berkerjaya sejak 8 tahun yang lalu dan dan ada la sedikit simpanan, maka aku try tengok-tengok kt klinik orthodontic kt Manjung ni.. Nama klinik tu Klinik Pergigian Maheran & Pakar Orthodontik. Dokter Haji dan Hajjah.. lemah lembut.. mati-mati aku ingat Maheran tu india selama ni.. thihihi..


1st visit - 6 Januari 2015 (pagi)

Masa ni dtg nak tanya harga.. masa hakak tu tunjuk katalog, rupanya ada macam-macam la pulak braces ni.. pilih la nk mahal ke murah.. Sbb alang-alang dah datang, aku jumpa dokter terus for consultation.

Dia just check & explained a bit psl braces.. berapa lama nk pakai.. Katanya kalau budak-budak dlm setahun.. Kalau dewasa, mungkin setahun stgh ke 2 tahun atau lebih, ikut kondisi gigi.. Dan yang penting, 4 gigi kena cabut untuk memberikan ruang kepada ahli-ahli gigi yg lain untuk masuk saf..

Sapa tak cuak pasal cabut gigi? Semua cuak kan.. kemon...

Dah settle, discuss dgn hakak kt kaunter tu bila boleh buat appointment utk cabut gigi.. Date bagi sekian-sekian.. tp date sekian-sekian dokter takde.. arrange punya arrange, kisah selanjutnya ada di bawah..


2nd visit - 6 Januari 2015 (petang)

Nampak tak tahap pack nya jadual dokter.. ptg pada hari sama kena dtg blk..

Bermula dari ambil xray.. kemudian buat acuan gigi.. ada blog yang tulis rasa dia mcm nak muntah.. tp aku mcm tak sempat rasa sbb tak kena lidah pon.. cuma bau mcm tanah liat yang ada mint (mcm ubat gigi).. biasa je.. takde apa yang horror pon..

Lepas tu ready untuk cabut 2 gigi pertama.. kedua-duanya sblh kanan. atas dan bawah.. gigi atas no 4 dari dpn iaitu blkg gigi taring.. gigi bawah pulak gigi no 5 dari depan.. both adalah jenis geraham kecik..

Cabut gigi.... apa ada hal.. bius kan.. cucuk bius macam gigi semut.. baca kt blog-blog org macam horror sgt.. kristal sgt emosi diorang.. bius tu bukan shj mengebaskan gusi, terasa smpai hidung & anak telinga.. blk umah kira boleh buang blackhead tanpa kluar air mata.. heaven~~
hahaha..

Bius tu tahan dalam 3 jam gak la.. cuma darah sgt byk.. standby kapas byk sket.. gigit kuat2 utk hentikan darah.. kalau kurang selesa, ludah selepas sejam.. & kumur perlahan-lahan air sejuk tahap ais... membantu sangat..


3rd visit - 8 Januari 2015 (petang)

aku dtg utk cabut gigi yang 2 lagi.. iaitu sebelah kiri.. prosedur sama jugak macam sebelum ni.. cuma sblm cabut tu, dokter pakaikan spacer utk jarakkan geraham blkg sbb masa pakai braces nnti ada 1 alat akan diletakkan pada tempat yang sama - so dokter nk bg kita biasa-biasakan).. rasanya tak sakit langsung cuma kurang selesa.. mcm daging letak kt celah gigi.. tp boleh je kunyah macam biasa..

sekarang ni aku konpius samada nak pakai yang jenis self-ligating atau mixed metal & clear braces..
kalau la self-ligating ni ada band kaler-kaler macam metal tu, harus dah aku ambik.. sbb self-ligating ni katanya mempercepatkan proses.. instead pakai 2 tahun, maybe jadi 1 tahun stgh je.. tp cara dokter ckp, "dia cepatkan sikiiiiiiittttt je.." sikit nau rasa.. terus kurang yakin nk ambik dgn harga yg agak tinggi tu.. dlm 6,150 (incld retainer - pakai lepas bukak braces)..

Traditional tu metal biasa yang org pakai kaler-kaler tu.. Damon tu sejenis Brand. kategori self-ligating.. no kaler-kaler.. boring......

yang mixed metal & clear (sapphire) braces tu dalam 5,500 (include all). oh ya.. kos ni x masuk skali kos xray, cabut, dan proses-proses blm pakai braces ni..

Atas pakai Clear (Sapphire) Braces.. bawah metal braces yang biasa.. tak obvious sgt.. hehe..

bayaran plak macam ni.. lets say ambik pakej RM5,500 tu.. deposit masa pakai braces dlm RM2,000.. balance tu bayar masa datang checkup bulan-bulan.. RM250 monthly.. ada pakej lain dlm RM150 -200.. so takde la rasa terbeban sgt  bayar lump sum.. installment ok.. sebagai seorang QS yang berkira-kira (hahaha), saya rasa kaedah begini sangat reasonable dan value for money.. cewah...

so, buat masa ni tu je dulu... bai..

Thursday, 17 April 2014

krik.. krik.. krik.. krik..

dgr tu bunyi cengkerik.. siap bersawang..
semua lengkap dah kt blog ni..
habuk pon dah keras mcm batu. hahaha..

takdak apa nk tulis.
cuma nk rekod hari kedua kerja di tempat baru..
dlm 12-15km dr rumah..
I'm the only Malay.. -_-
tp so far so good..
Alhamdulillah..
:)

Rindu kt Alif Farhan si bambam ni..

Monday, 16 December 2013

Menunggu..

Ya Allah..
Jika ini yang terbaik untukku, Kau permudahkanlah..
Aku redho atas apa juga keputusannya..
:)