Friday 30 November 2007

my 1st Resignation Letter..

semalam aku letak resignation letter aku atas meja staf akaun cum admin. pagi tadi dia counter offer nak naikkan gaji sblm dia pass surat tu kat bos. tp aku dah tekad nak berenti. hehe.. and finally... bos aku baca gak surat berhenti aku yg berbunyi camni..

November 30, 2007

ﺍﻟﺳﻼﻢﻋﻠﻳﻛﻡ ﻮﺭﺣﻣﺔ ﺍﷲ ﻭﺑﺭﻛﺎﺗﻪ

Dear BOSS,

Re: Resignation as Quantity Surveyor

As required by my contract of employment, I hereby give you one month’s notice of my intention to leave my position as Quantity Surveyor.

I have decided that it is time to move on and I have accepted a position elsewhere. This was not an easy decision and took a lot of consideration. However, I am confident that my new role will help me to move towards some of the goals I have for my career. Please be assured that I will do all I can to assist in the smooth transfer of my responsibilities before leaving.

Lastly, I would like to thank you for having me as part of your team.


Yours sincerely,

Saya yang comel..


(ihsan template surat dari web ni.. heh..)

10 minit sebelum dia dapat surat keramat aku ni, aku baru saja menyerahkan 1 surat lantikan (Letter of Award) sub-kontraktor buat synthetic running track bernilai RM 765,000.00 untuk projek aku kt Melaka nu.. mintak dia sain.. hehe..

sebelum aku keluar dari bilik dia, dia tanya..

"awak ada dengar cerita apa-apa?", kata beliau.

"cerita yang mana?", aku pura2 tanya.. kang tersalah sebut cerita kang, naya gak.. haha..

"pasal itu.. nak berhenti..", dia explain.. sebenarnya ada staf aku nak berhenti. dia dapat keja kat IWK..

"oooo.. tau..", sambil aku senyum..

"tuh la.. saya sedih la.. seminggu ni saya sedih. dah lama saya train dia, nak berhenti plak. jangan you all berhenti serentak dah la.. saya bleh bungkus company..", ujarnya lagi.

"bukan apa encik.. sepatutnya kerja dalam ofis ni perlu ada pengkhususan. misalnya ada sorg yg bahagian purchasing ke.. org kat ofis concentrate di ofis, site di site.. lebih produktif.. itu pendapat saya la..," sedapnya aku berkata-kata.. ekeke..

"hmm.. btol jugak tu," kata dia lagi..

"tak pe la cik.. nanti kita train somebody utntuk jaga projek tu.. mebi ada hikmah disebalik semua ni.." pehhh.. hampir tak caya aku yg kata cam tu.. hahahahaha..

pahtu aku kuar dari bilik dia.. staf admin masuk plak..
kira-kira setengah jam pahtu, bos pon keluar dari ofis..
tanpa berkata sepatah pon..
huhuhuhu..

>> i'm sorry bos..

Thursday 29 November 2007

PERHATIAN..!!

iklan jawatan kosong ni..

Jawatan: Juruukur Bahan / Quantity Surveyor
Company: sebuah kontraktor kelas A
Tempat: Taman Sri Andalas, Klang
Requirement: mempunyai diploma / bachelor in QS, reti buat kerja berkaitan profesion QS, familiar ngan BQ, rela bertravel sesekali ke Melaka, pandai buat air teh (pandai masak air pon kira ok.. haha..), tahan panas matahari, ada kenderaan & lesen (lebih diutamakan), xde rupa tak kesah, asalkan hati baik.. hehe..

berminat?

sila hantar resume kt cybotic_s@yahoo.com.. atau..
telefon: 03-3323 6060
fax: 03-3323 6061
(attn to: miss Syafiqah)

SEGERA..!!

>> aku stat on 2nd week of Dec..

Tuesday 27 November 2007

alhamdulillah..

akhirnya "kemudahan" yang aku tunggu itu telah tiba..
syukur..

setelah diinterview kira-kira sebulan yang lalu, kampeni ni amek gak aku keja ngan diorang.. walaupon as a QS Trainee melalui program MY CEF 2007 ni, tp aku rasa sangat berbaloi..

tima kaseh kepada semua yg bagi pendapat suh aku berenti kerja tu..
especially cik rafidah yang baru berjinak-jinak dalam bidang blog memblog ni..
nanti aku belanja ko makan roti canai kt Hakim eh..?
hahahaha..

>> camna nak bg notis berenti plak ni? hehe..

Sunday 25 November 2007

cukup-cukup la kot..

haa.. rasanya ni la final layout aku untuk kali ni.. cuma banner tu la nak tukar kendian sbb yg sedia ada tu, mmg yg kt layout aku copy tu.. tak bes plak pakai banner sedia ada tu. nanti org lain copy, org lain ada gak banner tu.. dah sama.. nanti kena main kompang plak.. ;P

harap takdak la yg komplen.. sbb ni blog aku. aku punya suka la..
hahahaha.. keji tak aku? hahahaha..

kira ok la ni kot.. pahni sambung apdet entry plak.. entry dah lama terbengkalai sbb nak tukar layout punya pasal la ni..

hmm.. dah2 la tu.. nak pi makan nasik sat.. "kita mesti makan nasik"..
hehehe..

>> bila den nak benti keja ni? haha..

Thursday 22 November 2007

new layout..

yaa.. aku curi di beberapa site..
dan ini hasilnya..
tp macam kurang bes..
sok aku tukar lagi eh..

btw, thanks to Rayer sbb bg kutukan membina tu.. membina ke?

>> ngantuk dah.. masa dah taim ni..

Wednesday 21 November 2007

sukan minda..

ada sapa bagi aku link ni ntah..
aku tukar plak jadikkan link dari aku..
ala.. macam permainan kira2 match nama dgn partner..
korang la plak test..

cuba click kt --> SINI

amacam?

>> hahaha..

Tuesday 20 November 2007

mengeluh..

harini, aku dah decide nak benti kerja..
dah penat dah kerja..
almost a year..
working environment yg buat aku jd gila..
tekanan jiwa..

nak tenangkan fikiran,
aku pi jayen sat..
dgn harapan, dapat makan askrem mekdi..
tapi abih plak..
jadi, aku singgah masuk dalam MPH sat..
sambil mencari novel budak shai tu..
dan tiba2 terjumpa sebuah buku..
tertulis..


La Tahzan
Jangan Bersedih
Don't Be Sad


"..setelah kesulitan pasti ada kemudahan.."

sambil berfikir dan makan askrem jayen berharga RM0.99..
emosi dah semakin pulih..
dan berharap 'kemudahan' itu pasti akan tiba..
seberapa segera..
insyaAllah..

>> down..

Monday 19 November 2007

Cintaku Tertinggal Di Malaysia

By : Dewa 19




Tak pernah ku sangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negara mu yang indah

Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

*chorus~

Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah ku tinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu

Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Repeat *

Untuk ku serahkan hidupku
Untuk ku serahkan matiku

Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu..


>> hahahaha.. baca tajuk je dah rasa lawak.. sapa la yg bercinta ngan org endon ni? layan je la wei...

Sunday 18 November 2007

Langkawi?

tak semena2 kena pi Langkawi.. ada jamuan makan kawan bos.. memula dia takmo pi, so, aku dan sorg lagi staf la kena pi.. dah booking tiket & dah bayar, dia nak ikut plak.. kan dah kena pi secara berjemaah plak.. pi semalam, balik harini..

ni sebahagian gambar yg aku rasa nak boh kt sini..

ni je coklat yg mampu aku beli.. tu pon org pesan.. ada la beli 1 utk diri sendiri sbb rasa tak fair plak beli kt org tp kt diri sendiri tak beli.. walaupon aku bukan hantu coklat.. huhuhu..
(fyi, dat ferrero rocher only costs RM 17.50 utk 30 biji.. so, i bought them for my kezen utk hantaran beliau..)



ni la lokasi event makan2 kt tempat kawan bos aku tu.. Tanjung Rhu.. 1st time pi sini.. rasa macam bukan Mesia plak sbb cantik sgt.. slalu tgk selat melaka yang air dia kaler coklat itu.. haha..


at cable car.. aku berjaya gak rentas suspension bridge ni.. tp, aku rasa itu bukan aku, sbb aku penggayat.. mebi yg tlg rentaskan itu adalah hantu raya aku kot.. heh.. rasa nak muntah lalu kt situ.. dah la tempat jln kaki ada lubang yg bleh nmpk smpai bawah sana.. deymitt..


bes tak kalau buleh jalan atas awan tu?
(but it reminds me of '40 days 40 nights' movie.. hahahahahahaha...)


harga atas flight.. try ah rasa.. mebi sedap sket kot dari buatan di rumah.. hehe...

>> kena hire org apdet blog aku ni.. any volunteer? hehe..

Wednesday 14 November 2007

malas nak apdet..

la.. ingatkan dah publish.. rupanya tersave dalam draft plak.. huhu..

tadi Sunway call.. nak offer kerja.. kerja yg aku pi interview dan diceritakan di sini dahulu..

aku mintak hold dulu memandangkan nak tunggu result interview OPUS itu.. org Sunway tu kata, call dia kalo berminat.. hm.. lagipon, nak pikir masak2.. mampukah aku nak kerja dgn cina-cina itu? ada saurang Hamba Allah itu kata, try carik yg lain la.. huhu.. bunyik macam tak bes je..

pikir dulu la kalo camtu..

>> penin pala sejak smlm.. adehh..

Sunday 11 November 2007

kanak-kanak ribena..

sedang aku enak tidor di pagi Ahad, tiba-tiba muncul jam loceng yg tak akan henti bunyinya sampai la aku bangun..

ni la jam-jam itu..

"setelah di ragging oleh aku sbb kacau aku tidor.."


>> malas sungguh nk kerja esok..

Saturday 10 November 2007

majlis kawin member..

hm.. dah macam musim plak.. berduyun2 member kawin.. dalam erti kata lain, 'berkahwin secara berjemaah'.. hehehe..

Nur Hidayah Zabidin @ Dida.. 1 kelas dan 1 dorm ngan aku masa form 1 dulu.. kelas 1 Iman, Dorm 28.. pertengahan form 2, dia pindah Johor.. ujung form 2 plak, aku pula yg pindah.. hehe.. disebabkan dia ni chomel dan riang ria orangnya, mesti la aku tersangat lah ingat.. lebih2 lagi masa form 1 dulu, ada skali dia pakai tudung kaler pink pi PJK (pendidikan jasmani).. aku tanya dia..
"Dida, apsal ko pakai tudung pink g PJ? bleh ke?", tanya aku separa sengal..
"tudung aku basuh la.. tak kering..", jawab nya..
"ooo... camtu...", aku meng'ooo'kan.. padahal boleh je pinjam tudung org lain.. tp time tu tak terpikir plak nk bg dia pinjam.. sape suh dia tak tanya.. hahaha..
masa perhimpunan pagi tu, tudung suma org kaler putih, tetiba ada pink 1.. tak pasal2 dia kena saun ngan teacher elina (kalo tak silap)... haha...

harini, kami jumpa blk setelah 10 tahun tak jumpa.. huuhuhuhu..

me, fiza, dida & adik..
"selamat pengantin baru.."

>> tukar banner lama.. raya dah abih aa.. heh..

Friday 9 November 2007

Melly Goeslaw - Gantung

dari album Mind n Soul..

Video clip..



Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Chorus:
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih..

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Chorus

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu


>> bes plak lagu ni.. nak carik 1 album plak..

Wednesday 7 November 2007

Majalah QS..

ada majalah baru keluar ni..
sesuai untuk bebudak QS..
sbb kebanyakannya berkaitan ngan kerjaya as a QS..
try aa carik kt pasaran..
baru kuar dlm minggu ni..
kalau tak jumpa, bleh la tanya aku..

untuk pengetahuan semua,
rupa kaver majalah tu lebih kurang macam ni la..

korean style..
macam bes tak? hahaha..

>> malas aa nak ckp.. hehehe..

Tuesday 6 November 2007

memory lost..

semakin hari aku jadi blur..
tak tau nak tulih apa..
bila tak dok dpn kompiter, idea mencurah2 macam air terjun tepi rumah aku ni..
bila nak taip, jadi tak ingat plak..
pahtu aku selalu lupa tentang kerja yg aku buat..
misplace barang2 la..
terutamanya dokumen2 opis..
drawings..
malah pen pon bleh ilang..
apatah lagi brooch tudung..
nak ingat kisah zaman dulu pon dah tak ingat..
nak kata nyanyuk, dalam IC tulih lahir tahun 1983..
bukan 1938.. heh..
otak aku macam kena format..
adakah disebab cara pemakanan aku yg semakin melampau?
ataupon..
tekanan perasaan dari sekeliling aa?

sapa bleh baca minda aku, tlg la tafsir sket panyakit aku ni..

>> masih waras.. hehehe..

Sunday 4 November 2007

Re-union..

Nama Sekolah : Sek. Ren. Keb. Sungai Way, Petaling Jaya..
Tahun : 1989 - 1995
Kelas : 1 - 4 Kuning, 5 & 6 Anggerik

hm.. itu serba sedikit sejarah persekolahan aku masa sekolah rendah dulu.. bermodalkan topup tepon RM10, aku berjaya mengumpulkan lebih kurang 15 orang dari batch aku masa skolah rendah itu.. tak semena2 aku jadi organizer plak.. huhuhu..

beramai-ramai berposing.. selepas aku abihkan 2 cawan askrem..

bertempat di Sunway, aku tiba dgn budak Ikram itu dan terserempak dgn ex-classmate aku masa darjah 5 & 6 iaitu Faizal Ismail (a MAS steward) dan beberapa rakan mereka yg aku tak kenai.. kemudian, tiba pula Afinafrol dan Tarmizi (ex-classmate masa darjah 1-4).. nmpknya masing2 tak kenai aku.. ahahahaha.. benci sungguh.. lepas tu ramai lg datang termasuklah safuan, hasbullah, dan ramai lagi.. tak dilupakan, bekas ketua kelas aku masa darjah 6 yg disegani iaitu encik Hasrizal yg mmg sengal tahap 5.. hahahahaha..

encik ketua kelas, hasbullah, ikram dan aku..
selepas berbincang hal keduniaan..

bebudak laki suma dah 'gagah' lagi 'sehat' berbanding aku yg slim dan maintain je dari dulu.. sbb aku hari-hari makan nasik.. hehehehe.. selain itu, para jelitawan yg hadir termasuklah, norliza, azlina, shida dan aisyah.. ada lg yg nak dtg, tp mcm dah lewat sgt plak.. next time je la..

model bangunan klcc..
hasbullah, aku dan safuan (rakan saingan dalam kelas.. ;P)

nice candid pic.. kelihatan kanan skali (duduk) adalah faizal the steward..
dia yg keja paling 'tinggi' skrg ni.. hehehe..

tunangan org, bini org dan gadis solo.. haha..

semoga dgn perjumpaan kali pertama ini semenjak 12 tahun lalu, akan menjadi satu permulaan kepada pautan ikatan persahabatan yg pernah terlerai, suatu ketika dahulu.. eceh.. poyo gila ayatt.. hahahhaha.. apapon, korang mmg bes lah..!

>> siap ada yg tanya, "bila nak wat 2nd reunion?".. hahaha..

Saturday 3 November 2007

Majlis pertunangan..

aaa.. kali ni aku takmo tipu pembaca dah.. actually aku bkn tipu pon selama ni.. pembaca yg terasa diri mereka tertipu.. emo btol pembaca2 ni.. hahaha..

harini, kawan baik aku yg bernama Aimi Syazwani @ Adik, telah selamat bertunang dgn Shahruzzaman setelah berkawan hampir 5-6 tahun.. beliau telah mengharungi pengajian di UiTM di dalam bidang undang-undang, dan telah pon menamatkan 'chambering' beliau.

Adik juga merupakan member yg dok sblh aku masa form 4 dan form 5.. masa kt skolah, tu la PARTNER aku untuk bergossip, luahan masalah, perkongsian duit dan makanan, balik kg ujung bulan, main game daytona kt pusat game dgn berpakaian skolah, tak buat kerja skolah, dan byk lagi.. cuma kelebihan beliau adalah mudah tertidor di dalam kelas.. aku susah sket.. dan sorg lg utk join kelab tido 4 & 5 Amal ni = Angah.. haha..

Tunang beliau dikenali sbg Zaman, adalah junior kami ketika skolah.. tah camna la bleh 'menjadi' bebudak 2 org ni.. tp menarik sungguh kisah percintaan mereka ni.. sebagai kawan yg setia, aku tumpang gumbira..

Geng Tiru Kerja Skolah Add Math Org Lain..
"beliau bakal berkahwin pada 20-08-2008"


Aja! Aja! Fighting!

>> 6120.. thanks to you, walaupon hutang.. nanti aku belikan 'Big Plate' kt kedai pinggan utk ko.. hahaha..

Thursday 1 November 2007

SMS Free..

sejak gaji aku tak masuk-masuk dan ke'bizi'an makin bertambah, aku menjadi semakin rajin mencari web yg provide free sms ni.. haha..

sms free.."sila klik pada gambar untuk sms"

sms la sampai muntah.. tp untuk pengguna Celcom sajeee.. ada X, ada segalanya.. haha..

>> sapa kata takdak benda free kt dunia ni? sapa? sapa? hehe..