Wednesday 31 October 2007

nasihat vs emosi..

pagi tadi, tatkala aku tiba di ofis dgn jeans separa lusuh, bos ajak aku pi meeting kt Morib..
"Farah, awak buat apa pagi ni? Jom ikut saya pi meeting", kata bos..
"haaa...? saya pakai tak proper la encik.. encik kata smlm, sy takyah ikut", aku menjawab..
"takpe.. ikut.. ikut.."
arrrrgggghh.... hampehhh!

ada kawan dia ikut.. seorang instructor ISO utk ofis aku.. dlm kenderaan, asyik mendengar celoteh kisah untuk berbini 2,3 & 4 oleh lelaki-lelaki berusia lewat 40-an itu.. sesekali aku menjadi mangsa cerita yg diorang reka tu plak.. hampeh kuasa dua!

sampai sana.. meeting. pahtu ada minum2.. client aku adalah seorang pengusaha kem motivasi yg alim, berusia kira2 lewat 60-an.. tiba2 beliau memberi sedikit panduan.. terpaksa la layan.. haha..
"lelaki nak cari pasangan guna la kaedah ini.. ini untuk menunjukkan kesesuaian pasangan dari segi umur.."
aku pasang telinga walaupon kurang berkaitan... hahahaha..

"umur lelaki itu dibahagi 2 dan ditambah 7.. maka itulah umur wanita yg sesuai dikahwininya.. kira tahap kemacetan (wording gapo aku guna ni?) la..",ujar encik yg sesuai dipanggil ustaz itu..

"misalnya, lelaki itu umor 38. jika dibahagi 2, maka bersamaan dgn 19. kemudian ditambah 7, menjadi 26.. jadi, wanita yg sesuai dikahwininya adalah berumur 26 tahun..", tambah beliau lagi..

"oooooooooooooo...", aku termenyampuk..
"kalau macam tu, Farah ni camner? meh kita sama-sama kira..", kawan bos aku yg folo tu cuba men'create' topik..
hampeh lagi....
"dia 24, tolak 7 jadi 17. kemudian dikali 2, sama dgn 34.. haaa.. ko kena kawen ngan umor 34..", ujar kawan bos aku yg over tu..
"cehhh...".. tak pasal2 aku plak yg kena..

"tu panduan saja.. biasanya utk lelaki.. anggap la ni sebagai nasihat pakar dari orang yg berusia macam saya ni.. hehe..", kata ustaz itu..
huhu.. bila plak dia buat formula ni? huhuhu..

>> hari emosi sedunia.. demi kerana Opus.. huhu..

Tuesday 30 October 2007

aku dah beli henpon..

akhirnya aku beli gak henpon baru.. tak yah tunggu yg free2 tu lagi..

seawal jam 930 pagi aku dah tercongok dpn kedai kt kompleks pkns.. hampeh je.. siap tak bukak lagi.. lalu, aku pi la makan nasik lemak sorang2 sambil mengadap rancangan masakan yg dibuka di saluran Astro oleh tokey kedai.. tak menarik sungguh. huhu.. pahtu aku pi lagi jenguk.. tak bukak lagi.. jam dah kul 10..
"aiseh, aku tak masuk ofis lagi ni..", ujarku dalam hati..
tp org ofis tak call pon.. takpa.. blasah je la.. janji dpt tepon baru..

aku beli paper.. baca paper seround.. tgk jam, 10.30.. pahtu aku jenguk lagi.. aaa.. bukak pon ko.. dan tanpa segan silu, aku bertanya pada tokey kedai..
"communicator baru yg mana aa..?"
"camni..", kata tokey.. ni aku tunjuk sket rupa dia..

E90 - communicator
"tp yg ni takleh guna utk fax tau.. tp ini bagus. ada 3G..", tambah beliau lagi..
aku pon belek-belek.. cun gak.. kaler itam kemeroonan.. tak itam btol, dia cam maroon sket.. ntah kaler apa tu..
"brapa bos?", aku masih bertanya walaupon kt situ dipaparkan harga tepon itu, RM 3,790.00..
"i bagi u 3750 la..", dia kata..
"takkan RM40 je kurang.. cehhh.."
tgk dalam wallet.. tak cukup plak.. ada RM 2,500.00 je.. lantas aku call seseorang..
"tak cukup la duit nak beli hp.. mintak sket lg bleh ke?"
"brapa harga dia?", tanya 'org' itu..
"RM3,750 jerrrr...", jawab aku..
"ok.. skrg gak masukkan duit..", dia bgtau..
senyummmmmm.... hehehe..

aku pon pi la ambik duit lagi.. cukup la.. dapat diskaun, jadi RM 3,680.00... beli terus.. dan akhirnya aku dpt la beli henpon baru lagi terkini ni... bes tak? hehehehe..

selepas itu aku berkejar ke KLIA utk berjumpa seseorang yg dah nak naik pon ke dlm flight dia.. tp dia sanggup keluar blk jmpa aku.. rela tuh.. dan tak semena-mena, aku bagi hp yg aku beli td kt dia.. tidakkkkkk... sbb itu bukan aku punya.. itu dia yg punya.. dia tu kawan bos aku.. bos aku yg bg duit suh beli.. kuang.. kuang.. kuang..

tamat lah cerita hari ni.. hahahaha.. terhibur tak? hehe..

>> kemalasan melanda..

Sunday 28 October 2007

Jejak Kasihan..

sepanjang bulan Syawal yg mulia ni, ramai plak org buat open haus.. maka, aku pon dijemput untuk memeriahkan majlis.. dan sesudah zohor tadi, aku pi rumah mak ndak di PJ.. aku bergerak secara solo memandangkan masing2 dah pi sendiri. (mentang2 masing2 dah ada keta sendiri..)

balik dari rumah mak ndak, aku lalu di area rumah lama dimana terletaknya rumah rakan2 skolah rendah dulu.. almost 12 years jgk la tak jumpa bebudak ni.. since darjah 6.. huhu.. lantas meng'sms' budak Ikram..

"kalau aku g raya umah ko bleh ke?", ujar ku dalam sms..
"la.. aku kt ofis. apsal tak ckp awal2..", balas beliau..
"aku tak plan pon nk dtg sini.. kalo ko keje, takpe aa.. next time.."
lantas, aku berlegar2 di area tu sambil mengingati rumah kawan2 lama.. tp tak ingat gak.. lalu aku call Azlina Hanim.. kawan aku sejak tadika.. seb baik ada no dia..

"hanim, ko ada kt umah ke?"
"ada.."
"aku nak g raya umah ko ni. aku ada kt area ni dah.."
"meh aa dtg,umah aku blok 3 no umah sekian2.."
"ok, jap lg aku smpai.."
maka, sampai la aku kt umah beliau.. berpelukan gembira..

"tgk la gambar aku bertunang tu.."
ayarkk.. dah bertunang rupanya budak ni..

"lain aa rupa ko skrg.. lain sgt.. last jumpa masa darjah 6 dulu kann.." kata beliau..
"tuh aa. dulu aku comel, skrg tak dah.. hahahaha..", aku cuba membuat lawak.. hehe..
kemudian aku telefon radzi, safuan dan shida ismail.. cuma shida ngan radzi je ada kt umah..

"ko btol2 nk dtg umah aku ke farah?", kata radzi..
"yer la.. ko ingat aku tipu ke?"
"datang aa.."
jejak kasih dimulakan di rumah shida.. tobak dia tak kenal. totally different, kata dia.. hmm.. mebi sbb aku berjerawat kot.. dulu2 comel je.. hahaha..

"kurusnye ko.. rasanya masa skolah dulu chubby2 sket..".. aku gelak saje..
pahtu gerak ke umah radzi.. radzi yg cuba masuk line masa skolah rendah dulu.. aku masih ingat, dia beriya nak salam aku masa last day skolah darjah 6 dulu.. lawak beb.. btw, mak dia yg sambut aku td..

"ni farah che ani ke? lama makcik tak jumpa.. lain la skrg.."
yaaaaaa.. seorang lagi..

then singgah umah kawan rapat masa tadika. nama dia hafiza. sek ren pon sama gak.. mak dia cikgu tadika aku dulu.. berpeluk sakan aku ngan mak dia.. masa tadika dulu, mak dia tu aku dah anggap cam mak aku.. aku dah macam anak dia plak..

kebetulan aku dtg td, dia ada buat kenduri... kenduri majlis bertunang!!! oh god.. komfem la mak dia tanya aku bila nk kawen.. kelentong la apa yg patut.. hahaha..

pahtu g umah nurliza.. dah kawin rupanya dia.. tgh training jd nurse.. huhu..

"farah, ko nmpk berisi sket la dari dulu2.."
hahhaaha.. pulakkk.. hampir aku menjadi gembira.. tp mengenangkan komen2 sebelum ni, aku terpikir sesuatu.. sapa yg cakap btol ni? kahkah..

pahtu g carik umah kawan baik aku.. hanim ngan liza follow. aku sekelas ngan kawan aku ni since darjah 1 sampai darjah 5 ngan dia.. nama dia Sarina.. ingat2 lupa rumah dia.. ingatkan dia dah pindah. atas bantuan mak liza, jumpa gak..

and guess what? dia dah ada baby berusia 19 hari... huhuhu.. dah kawen rupanya kawan aku ni.. huhhuhuhuhu.. apsal la diorang ni cepat tul kawen.. tunggu la aku jap.. hahaha..

the most important thing, sarina takleh recognized aku langsung.. huhuhuhuh.. dia siap tak caya aku yg dtg tu. huhuhu.. lain sgt ke rupa aku skrg dan zaman skolah rendah..? aku pon tak ingat masa skolah rendah rupa aku camna la wei.. ahahaha..

and finally, ada 2 benda aku dah buat.. 1. dapat keep in touch blk ngan member skolah rendah.. 2. aku dah g raya 6 buah umah dari kul 4 ptg - 10 malam..

akhirnya......... aku jumpa gak kawan2 skolah rendah aku tu... terharunyaaa..!!

>> ciKGu_TaDiKa, sila datang shah alam lg.. bleh mkn char kuetiaw kt stadium.. hehehe..

Saturday 27 October 2007

Adik Angkasawan Negara Meninggal Dunia

Petikan dari Bernama bertarikh 27 Oktober..

PETALING JAYA, 27 Okt -- Adik Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang koma sejak Ahad lepas setelah terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini, meninggal dunia pada pukul 6 petang ini.

Jenazah Sheikh Mustafa Shukor di bawa pulang ke rumahnya di No 7 Lorong 12/12B Seksyen 12 di sini, kira-kira pukul 8.20 malam ini.

Salah seorang dari bapa saudaranya berkata jenazah dijangka dikebumikan esok selepas Zohor di makam Tuan Haji Said dekat Sikamat, di Seremban.

Allahyarham yang merupakan anak keempat dari lima beradik itu meninggalkan seorang isteri, Norhayati Mohd Redza, 28, dan dua anak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan dari Utusan Malaysia pula..

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dibenarkan menamatkan tempoh kuarantin di Rusia lebih awal untuk menghadiri pengkebumian adiknya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie yang meninggal dunia hari ini.

Beliau dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.45 pagi esok.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, beliau telah meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Moscow bagi menguruskan kepulangan Sheikh Muszaphar Shukor.

"Saya sendiri bercakap dengan Dr. Sheikh melalui telefon semalam dan daripada nada suaranya, dia kedengaran tabah dan tenang menerima berita bahawa adiknya tenat sebelum ini.."

"Dia memang mengikuti perkembangan adiknya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini....

Ahad lalu, Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie, 32, yang juga dikenali sebagai Ajil pengsan selepas terlanggar tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini.

Berikutan perlanggaran itu, Ajil terjatuh dan kepalanya terhentak pada batu-bata di kawasan restoran tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Fatihah... dan salam takziah buat ahli keluarga beliau..

>> dpt gak aku jalan-jalan cari pasal ngan CikGu_TaDiKa malam ni di bandar Shah Alam yg bes ni.. haha.. kisah jalan-jalan ni akan bersambung pula pada esok pagi..

Friday 26 October 2007

aku blur..

tak tau nak apdet apa..
aku apdet gak sbb rayer suh aku apdet..
aku suh dia taip tp dia takmo plak..
terpaksa aku taip..
menitik air mata aku sambil taip ni..
menaip dlm keadaan terpaksa..
suma budak rayer ni punya pasal..
kan dah terapdet 1 entry blur ni..

macam hampeh je entry ni..
hahahaha..

>> sedap megi goreng mamak td..

Thursday 25 October 2007

Adik said..

"let it flows..."

walaupon sket, tp mendalam maksudnya..
kata masitah, "yg penting niat tu nampak"..
(mass aku copy ayat ko yg ko YM aku td.. heh..)

>> btol.. btol.. btol..

Wednesday 24 October 2007

meh rebut henpon free..

saje boh tajuk bes sket.. bes tak? hahaha..

actually aku taktau nate gapo web ni. tp aku dah try register ni tanpa segan silu.. konon-konon bleh dpt henpon free di kemudian hari.. meh aku cuba, kalo tak dpt, aku bakar web tu.. hahahaha..

ni link beliau pada gambar ini..

nate gapo tah..



>> pid ngan cikgu tadika kena rasuk wei.. hahaha..

Tuesday 23 October 2007

Bunga Citra Lestari

aku dah ada 1 album untuk lagu dia ni.. ok gak lagu dia..

Tajuk : Ingkar



di saat cinta tercipta
semestinya aku merasa
di kala hasrat mendalam
semestinya aku berbalas

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih
jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam

reff:
semestinya aku mencinta
seharusnya aku menyayang
oh maafkan jika
semua ini yg kuberikan untukmu

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih
jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam

>> lalalala.. (tadak idea la nak apdet sbnrnya.. hehe..)

Monday 22 October 2007

Aku dirisik..

ni la pengakuan paling tulus yg penah aku buat kt kawan-kawan.. camner plak la diorang bleh perasan cincin tu kt jari aku.. huhuhuhu..



>> beskan kena risik? hehehehehe..

Sunday 21 October 2007

Konvoi raya..

semalam konvoi raya bemula dari tanjung karang sehingga ke sepang.. antara yang mengambil bahagian bagi kategori wanita jelita adalah aku, adik, elyn, zaim, angah, masitah, fiza, iylia, lina, bitun, irm dan minah. perjalanan aku bermula pada jam 8 pagi dgn mengambil zaim yg dtg dari sepang yg turun di komuter batu 3.. selepas itu fetch adik dan elyn di sec 7..

posing sat kt rumah bitun..

sampai di tanjung karang iaitu di rumah minah pada jam 9.30 pagi.. walaupon agak kelewatan, tp org kuala selangor sorg pon tak smpai lg.. sampai dah 2 mangkuk lontong aku telan, mereka masih tak sampai2.. jauh gamaknya kosangor dgn tanjung karang itu.. huhuhu..

ketupat dan mee gorengcubaan mengkreatifkan lg pengambilan gambar kononnya..

kemudian, perjalanan diteruskan ke rumah-rumah berikut mengikut susunan lawatan.. masitah > lina > iylia > bitun > angah > fiza > ella > adik > elyn > tugiman > zaim.. sempena konvoi ke rumah ella, sekalung penghargaan diberikan kepada ella di atas kelahiran bayi comel beliau dan hafiz oleh pihak kami berupa seutas gelang tangan bayi Poh Kong bernilai RM~rahsia~.. macam menang pertandingan plak.. eceh.. bkn apa, buah tangan kawan2 sejawat..

hm.. apa yg aku makan? meh aku list menu2 yg aku mkn tu skali ngan waktu tiba. biar nmpk sket juadah camporan yg masuk dlm perut aku waktu itu..
kt rumah:
1. minah @ 9.30 pg - lontong
2. mass @ 11.30 pg - kueh raya
3. lina @ 12.30 tgh - mihun kari
4. iylia @ 1.20 tgh - kek dan kueh raya
5. bitun @ 1.40 tgh - kueh raya
6. angah @ 2.15 ptg - seteguk air (sbb aku pi smyg, lepas tu sebok tgk tv)
7. fiza @ 4.00 ptg - jeruk mangga (1st time tgk juadah raya gini.. haha..)
8. ella @ 6.00 ptg - laksa (yg ni aku pulun..)
9. adik @ 8.15 mlm - satay kira2 8 cucuk
10. elyn @ 9.00 mlm - mihun goreng
11. tugiman @ 10.30 mlm - kerepek
12. zaim @ 11.15 mlm - mihun goreng

aa.. gila btol pi raya umah org kul 11 lebih mlm.. tp takpa. ada bebudak laki join skali time kitorang dah sekerat jalan.. so blk ada la teman pulang.. yg folo, tugiman, joto, nani, fahmi, nashmin, sabah aka iqbal dan penampilan istimewa, awie aka zainuridza. 10 tahun dah aku tak jumpa dia. sejak g skolah kt kedah nu.. ala2 jejak kasih gak la ni. hehe.. aku smpai rumah mlm tu kul 1.30 pg.. hehehe..

lina beli Persona weii.. tak sempat aku rembat test drive haritu.. huhu..

gambar aku upload kendian.. bzbodi minggu ni..

>> hm.. encik angkasawan dah blk pon ke bumi.. beriya aku tgk tv. baru nak excited sbb ingatkan ada tunjuk capsule tu mendarat secara live.. rupanya org berborak secara live ada la.. hohoho..

Saturday 20 October 2007

20 Oktober..

hari ini adalah ulang tahun kelahiran Abah yg dikasihi.. ulang tahun beliau yang ke 55.. jika diikutkan, mmg dah masanya beliau bersara sbb beliau bekerja di sektor kerajaan..

beliau dilahirkan di Kedah pada 20 Oktober 1952, merupakan anak keempat dari lapan adik-beradik..

sempena ulang tahun beliau ini, Al-Fatihah berserta doa dihulurkan.. semoga sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.. aminn..

~ Che Ani Bin Ismail ~
(20 Oktober 1952 - 27 Februari 1998)

>> Al-Fatihah..

Friday 19 October 2007

gambar balik kampung..

sempena raya yg mulia ini, aku himpunkan suma gambar2 raya dan gambar bukan raya kat sini.. kalo rasa nak tgk, tgk la.. suma diluluskan oleh sirim.. hehe..

faiz a'aqil yg comot..
.: Hari Raya.. :.
.: Family Day.. :.
.: Aktiviti Sepanjang Raya.. :.


>> nak balik kg lagi..

Thursday 18 October 2007

demam lagi..

yaa... aku telah demam lagi.. masuk kali ni, dah 2 kali aku demam dalam tahun ni. demam bermula stat dari balik dari kampung ke shah alam itu.. ada org kata aku demam raya.. pulakkk.. tak dak kena mengena pon aaa...

aku rasa aku dah tau punca demam aku ni. sbb dah besa jadi driver, blk kali ni, aku jadi penumpang. jadi, dok la kt belakang. sampai terpaksa pakai seat belt kt belakang sbb dah terbiasa pakai seat belt.. momentum jadi penumpang lain sket dari jadi driver. macam mabuk laut pon ada gak.. dari duduk, aku baring (sbb sorang2 dok kt belakang.. macam tokey ayam la plak..).. dari baring, aku duduk balik.. pahtu rasa sejuk. aku suh driver tutup ekon. benti kt RnR, aku amek stoking plak kt beg blkg. pakai stoking, pakai sweater dan selimut ngan kain telekong.. lengkap... hahaha... pahtu mkn ubat demam abg aku.. dia demam gak masa raya haritu.. elok la.. jimatt..

elok smpai rumah, angin naik ke kepala menjadikan perut bergolak pantas. lantas, habis makanan yg aku paksa mengunyah di RnR Jejantas Sg. Buloh itu, keluar semula.. dan harini, aku hanya mampu masak bubur segera. tu pon mkn separuh saja sbb tak lalu.. mebi blk dari opis ni nak singgah mkn sup ani utara plak..

tp takdak member plak nak ajak buang duit.. suma bizi raya lagi.. huh..

ingat nak skip kerja harini sbb tak larat. penin pala sampai tak mampu utk drive. tapi bos tepon kata nak jumpa plak pah lunch. pahtu tunggu punya tunggu, dia tak masuk pon... hampehhhhhhhhhh...

seb baik dia adalah bos..

>> gambar raya akan diletakkan kemudian..

Thursday 11 October 2007

Selamat Hari Raya...

nak gerak blk kampong dah ni.. so, away sampai 17 Oct 2007 (rabu).. berhantu la blog aku ni.. hehe..

dikesempatan ini, nak ucap selamat hari raya aidilfitri kt semua.. mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, 'ter' kutuk, 'ter' ngumpat, 'ter' perli, etc... biase la.. saya pon manusia biasa.. tak lari dari kesilapan.. eceh..

kepada yg balik berhari raya di kampong cam aku, memandu la dgn cermat, ingatlah org yg tersayang.. hehehehe.. biar lambat, asal sempat.. (cam penah dgr je ayat ni.. :p ).. kepada yg tak balik tu, jangan lupa masak ketupat sendiri.. pahtu, jgn sampai terbakar dapor plak.. nanti, korang gak susah.. hehe..

so.. kira kosong-kosong lah yer... maaf zahir dan batin (kalau ada.. hehe..)

>> take care..

Cerita angkasa lagi..

bersambung cerita semalam.. kali ini kisah perlancaran roket yang bernama Soyuz TMA-11 itu..


A Soyuz spacecraft has blasted off from the Baykonur cosmodrome in Kazakhstan, taking Malaysia's first cosmonaut into space, Sheikh Muszaphar Shukor..


yaa.. aku plak yg berdebar2 masa countdown nak berlepas tu.. kagum yg teramat sgt menjadikan aku org yg paling teruja dgn kehebatan itu.. lagi teruja tgk pen terapung secara live bermula dgn adanya graviti, sampai la takdak.. kagum dgn kebesaran Allah.. huuuuuuu...



sedutan dari tv Russia lagi..


masa menonton tu, sambil2 terfikir, camna spaceship tu bleh terbang laju sampai ke luar angkasa? pahtu, camna bleh target sampai pada waktu sekian2 dan tepat pada sasarannya? pahtu masih terpikir, ape la yg sheikh muszaphar shukor (SMS) tu buat kt dalam spaceship sementara nak sampai tu.. tak cuak ke dia? dan apa yg dia tgh pikir skrg? aaaaarrgghhhh.... buat apa aku susah2 nak pikir ni? sapa suh mesia hantar astronaut (sebenarnya cosmonaut - refers to those space sailors who are members of the Russian space program).. aaa.. kan aku dah obsess.. haha..

fyi, program angkasawan negara ni adalah persetujuan timbal-balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Russia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003.. hm.. sedap je aku copy paste dari artikel2.. hehehe.. so, secara kesimpulannya, mesia beli jet Sukhoi tu, pahtu Russia bg peluang g angkasa ke? gitu ke? ntah.. jd tak paham plak tiba2.. hehe..

takpe.. kita layan lagi nanti deh...

**cerita tentang angkasawan selama 24 jam sehari ini boleh dilihat di Astro channel 588 atau kalau nak senang, tgk je la secara online melalui Windows Media Player kt SINI..

>> to be continued..

Wednesday 10 October 2007

Program Angkasawan Negara

ketika berbuka puasa td, aku 'ter'paksa makan dpn tv bagi menyaksikan siaran langsung program angkasawan negara supaya setiap maklumat yg di ceritakan aku buleh menghayatinya.. aku sgt teruja dgn program ni sejak ia digembar-gembur oleh kerajaan dan tak mau melepaskan peluang yg ada untuk menambah ilmu berkenaan sains ni..

yaa.. kenapa aku berkobar-kobar? sbb asalnya cita-cita aku adalah untuk menjadi ahli sains @ falak.. sejak sekolah rendah, aku gemar membaca suma buku berkaitan sains terutamanya berkenaan planet dan cakerawala. abih suma buku di rumah tak kira dalam bahasa inggeris atau melayu, aku baca sampai lunyai.. kadangkala aku cuba membongkar kisah sains itu apabila menghayatinya sendiri dgn melihat ke langit.. misalnya, pernahkah korang melihat sebutir bintang yg terang di waktu pagi (ke petang tah) bersebelahan bulan? ya.. itulah yg dinamakan bintang kejora. ia sebenarnya bukanlah sebutir bintang, tetapi itu adalah planet zuhrah. terel tak aku? haa.. aku masih ingat, itulah hasil pembacaan aku masa darjah 3.. hehehe..

cita-cita aku untuk menjadi ahli sains @ falak menjadi semakin malap setelah penat berfikir apa kos yg aku patut ambik untuk bekerjaya sepeti itu dan tak tau ke mana hala tujunya.. sedih.. lantas aku beralih ke bidang pembinaan yg lebih adventure ni.. huhuhuhuhu..

"para angkasawan yang segak bergaya.."

menurut pembacaan aku di surat khabar, angkasawan g terpilih ke angkasa akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein. hm.. dan lagi tuh buat eksperimen.. elok gak para dokter yg jd angkasawan ni.. kalo QS cam aku yg pi, xtau berbaloi ke tak nak buat penyelidikan camtu kt atas sana.. asek pikir simen ngan steel bar je.. hahaha..

pahtu, bercerita tentang hukum agama, pihak Jakim ada keluarkan panduan tentang agama, termasuklah solat.. antara petikan dari web program angkasawan negara, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) menjelaskan:

Waktu Solat

Mengulas arah solat di angkasa lepas, katanya, antara syarat sah solat ialah mesti menghadap Kaabah. Bagaimanapun garis panduan memberi beberapa pilihan lain,iaitu unjuran Kaabah, bumi danmana-mana arah.

"Mengikut tertib, solat mesti menghadap Kaabah. Jika tiada pilihan lain, angkasawan boleh menghadap mana-mana arah. Paling penting ialah solat mesti dilakukan," katanya.

Anan berkata, semua pihak tahu bahawa kapal angkasa mengelilingi bumi atau mengorbit bumi pada setiap 90 minit sebanyak 16 kali sehari. Jika 16 peristiwa siang dan malam berlaku sehari, jumlah solat adalah sebanyak 80 waktu.

"Dalam satu pusingan, waktu siang adalah 45 minit dan malam juga 45 minit. Tempoh itu perlu dibahagikan kepada lima waktu solat. Jika tidak diikuti dengan betul, waktu subuh hanya seminit," katanya.

Bagi menyelesaikan persoalan ini, katanya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa solat di ISS dilakukan sama seperti di bumi, iaitu lima kali.

Alasan? Mengambil Kutub Utara sebagai contoh, katanya, jika mengikut keadaan di situ yang mengalami peristiwa siang selama enam bulan dan malam selama
enam bulan, umat Islam hanya bersolat lima kali setahun.

Cara Bersolat

Antara cara yang boleh dilakukan ialah mengikat tubuh pada bahagian tertentu kapal angkasa.

"Ini bukan luar biasa kerana angkasawan mempunyai tali pinggang yang diikat kepada kapal angkasa apabila tidak mahu terapung. Dalam keadaan statik itu,
angkasawan boleh bersolat," katanya.

Cara Berwuduk

Tanah atau debu mustahil dibawa ke dalam kapal angkasa untuk bertayamum.

“Sehubungan itu, angkasawan dibolehkan menepuk dinding, kerusi atau cermin dalam kapal angkasa. Walaupun tiada debu, Jawatankuasa Fatwa memutuskan cara
itu kerana tiada pilihan," katanya.

Cara Beristinjak

Istinjak untuk membersihkan hadas besar atau kecil dilakukan dengan menggunakan kertas tisu kering yang dibekalkan di ISS.

Berpuasa

Jakim menggalakkan angkasawan negara berpuasa di ISS kerana pengalaman ini sukar dirasai pada masa depan dan pada masa sama, mengetahui perbezaan berbanding berpuasa di bumi.

“Jika memberatkan dan menimbulkan masalah, angkasawan seperti musafir boleh meninggalkan puasa, tetapi perlu menggantikan semula.

Seperti solat, waktu berbuka, bersahur dan berhari raya adalah mengikut waktu tempat kapal angkasa berlepas di Baikonur, Kazakhstan..

>> 16 kali sehari mengelilingi bumi, 45 minit siang, 45 minit malam.. pehh.. tak terfikir aku..
>> good luck to both astronauts, Dr Sheikh Muszaphar & Dr. Faiz Khaleed..

Tuesday 9 October 2007

meeting no 9..

harini technical meeting kt site melaka.. aku bawak along sbb kebetulan dia mai umah aku.. tak dak keja plak.. bawak dia pi jalan2.. ada la member borak2..

smpai situ, along take over bwk laki aku jalan2.. siap tido tepi laut kt pengkalan balak nu.. cih.. lawan tokey. aku miting stat kul 1020 sampai 1130.. cam besa aku sorg pompuan.. rasa nak tido masa miting sbb ngantuk.. tp dah jadi setiausaha meeting plak.. takleh nak tidoq. lgpon dok sblh pengerusi. kang dia gertak aku, melatah plak aku dlm bilik miting tu..

so far, takdak makian dibuat kepada kami. cuma kepada org yg tepon encik client je.. dia maki sapa tah.. rosakkan mesin tah ape benda tah.. aku pon tak paham. cuma pahamapa dia makije.. hahaha.. dkt stgh jam gak la kami bermeeting sambil dgr dia borak tepon. lagi la aku mengantuk.. dah la takleh makan.. penat tul.. huhu.. pahtu, masing2 (para lelaki temasuk client dan konsultan) pon suma pura2 posa.. padahal diorang ni.... (biasa la kalo dah jadi naga tegar ni.. paham sendiri la..)

balik tu singgah teluk kemang.. saja la.. lama tak tgk laut. cuci mata jap. pahtu lalu pd > sepang > klia > shah alam.. jimat tol... tp jauh gak la.. hehehe..

sekian laporan perjalanan hari ini..

>> bos dah blk sok.. huhuhuhu..

Monday 8 October 2007

demam PB Season 3..

mabuk lagi... mata pedih... hehehehe.. siri ke 3 Prison Break yang bakal merabunkan mata aku akibat terlalu lama ngadap pc... (utk donlot dan menonton..)

para pelakon handalan..

ciyeee abe scofield sorang2 kt Sona nu..

bila nak kawen diorang ni..


baru tgk episod 1 & 2.. episod 4 nak kluar dah tp episod 3 tak abih donlot lg.. lembab sungguh.. huhuhu... btw, sara macam takdak plak dalam siri ni.. ke kluar saat2 akhir dan akhirnya berkahwin ngan scoffield? (ni yg rasa nak jadi penulis skrip ni..) hahahaha.. ohh.. rupanya sara ni pregnant. so, dia away sat kt season kali ni sampai dia bersalin.. eh, camna aku tetiba tau plak ni? aku g melawat dia ke? hahaha.. aku baca kt article la.. (baru terjumpa la..)

>> tahniah utk sorg kawan aku yang namanya dirahsiakan (even huruf depan nama beliau pon dirahsiakan juga.. haha) kerana akhirnya dapat juga menceburi dalam bidang percintaan ini.. bkn saje dapat henpon raya, malah dpt awek raya gak.. haha.. btw, be happy dude..

Sunday 7 October 2007

Bertukar!

yaaaaa... dapat bonus sempena raya.. apa aku buat ngan duit-duit tu? (bunyi macam banyak tp tak la byk sgt..)

ni la pelaburan yg paling banyak utk laki aku si BuJaL ni.. atas desakan encik mohd emak, terpaksa jua aku tukar seat cover ni.. (aku buat gak benda ni, Rayer oi.. walaupon ko dah nasihati aku supaya takyah buat.. hehehe..)

ni bukan 100% kulit.. semi-leather kata tokey kedai tu.. kulit pa aku xtau la.. hehe.. actually, kedai ni dipromote oleh jiran aku (bukan hindu tu..) sbb beliau dah penah buat sebelum ni.. selama 7 tahun dia guna seat cover ni, elok je lagi.. dari baru beli keta, sampai la dia jual kereta tu.. dia pon suh aku tes... setelah jiran aku tu nego, dari RM450, dapat la RM360..

sebelum...

selepas.. (bertukar!)

cun tak? pahni kalo anak menakan aku tumpahkan air sirap selasih sekalipon, takdak la aku jadi macam mak tiri lg dah.. cuma jadi cam warden penjara je.. hahahahaha..

>> balik kampong... oooo.. balik kampong..

Saturday 6 October 2007

Animasi Upin & Ipin @ TV9..

kezen aku si Jasmin (walaupon nama cam pompuan tp beliau adalah lelaki yer..) yg bagitau pasal crita animasi ni.. lawak plak cerita dia.. tp menarik.. cuba layan episod bawah ni.. komfem bes.. haha..


nak kumpul la suma episod.. bes la...

>> suara dan lenggok kanak2 2 orang (upin & ipin) tu bercakap sebijik cam anak menakan aku, Faiz A'aqil.. hahahaha..

Friday 5 October 2007

ini henpon tau..


ya.. ini adalah sebuah henpon ya, puan-puan.. bermodel Nokia 5700... menarik jugak.. kamera 2.0 MP.. 3G.. dan lain2 function ada.. harga? seperti yg tercatat di kedai2 tepon seluruh mesia.. berminat? beli la sendiri.. ehehehe..

ya... dan aku tanpa sedar diri tadi, sudah membookingnya.. tp skrg aku rasa separuh gila sbb keputusan yg aku buat td tetiba rasa cam tak rela plak.. lantas mengontek org kedai tu suh hold dulu.. sok baru nak kensel.. setelah memikirkan ketidakmampuan aku menggunakan wang gaji sendiri walaupon mendapat bonus.. sbb keutamaannya nak buat cusion cover utk kereta dulu...

waaaaaaaa.... ampunilah diriku.. (cara mintak ampun kt diri sendiri..)

>> camna la aku bleh lupa diri td..? gila kah aku? hoho..

Thursday 4 October 2007

Ramadhan : edisi Sahur..

anda bersahurkah? (cuba nak jadi pakar motivasi "renung2kan, dan selamat beramal..") kebanyakan org malas nak bangun sahur. kalau bangun pon, mkn roti dan air minuman berkhasiat seperti milo atau susu sbb tak lalu mkn nasik.. tapi tidak bagi kami sekeluarga.. kerana "kita mesti makan nasik"... hehehe..

kami mkn nasik kul 5 pagi.. agak aneh.. mungkin menyebabkan perut terkejut dan kekejangan otot perut dgn lauk pauk yg berjenis-jenis tu.. tp bulan2 posa, biasa la tu.. cam besa, aku mesti ada lauk paru itu. kalo tak tak lengkap plak rasanya. ibarat BuJaL tidak bertayar.. hehe.. ataupon menu lain seperti telur masin yg menjadi makanan yg paling pantang dilihat mak lijah.. (meratah telur kuning aje.. nak tambah kolestrol btol budak tu). huhu.. minuman utama plak disponsor oleh milo tp kena bayar kt pasaraya.. kuikuikui..

besides, menu akan menjadi lebih menarik kalo wujudnya makanan berkuah lg panas seperti tomyam kerana kuah itu akan menjadi pelincir kepada nasik2 yg dikunyah secara hidup segan mati tak mahu itu.. apa aku merapik ni..? huhu..

hm.. mood juga memainkan peranan.. kalo mood bes, aku tambah nasik lg.. tambah nasik masa sahur? dah mcm lunch plak.. over.. hahaha.. lepas sahur, berehat sebentar sementara azan subuh berkumandang.. biasanya kami akan pulun makan selagi tok bilal kt umah ni tak gerak2 khas ke masjid.. sambil berehat, sambil layan astro.. dah subuh, smyg...

dan kembali buat2 pejam mata..
pura2 pejam.. bkn pejam btol2 sgt..
sampai kul 8 pagi..
sbb kena siap2 pi kerja plak..
huhuhuhu...

>> nak masuk hari ke-23 dah..

Wednesday 3 October 2007

Ramadhan : edisi Terawikh

hm.. solat terawikh.. solat yg hanya dilakukan pada bulan Ramadhan je.. sejak awal Ramadhan, aku sering ke masjid utk menunaikan terawikh.. 1st day mcm solat jumaat. ramai giles.. pendek kata, kalo sampai 10 minit SBLM azan Isyak, mmg dah dok kat atas lantai besimenkan render la.. hehehe.. penah beberapa kali aku terlmbt, pahtu kena bawak mak aku plak, kena la dgr dia berleter plak.. sbb dia kena dok kt lantai tu.. adesss.. tu menunjukkan betapa ramainya manusia di masjid itu pada AWAL Ramadhan..

menjelang hari ke 5, manusia semakin pupus.. 8 rakaat menjadi kebiasaan bagi mereka2 yg ada hal lain.. rakaat ke-9 itu dah tinggal 2,3 saf dari belas2 tadi.. perkara ini berlanjutan hingga ke malam 10. malam ke 11 ke 15 plak, saf 2,3 tadi tinggal 1 je.. huhu.. dan malam ke 16-20 tinggal 3/4 saf saja.. tak sampai 1 saf pon.. sbb apa? sbb aku pon balik lepas 8 rakaat.. huhuhu.. aku letih bekerja la. balik dkt2 maghrib baru sampai.. kerja luar lagi.. <-- alasan kukuh ni..

skrg aku tak tau brapa yg tinggal sb aku tak pi dah sjid tu atas masalah yg tak dpt dielakkan.. rasanya tinggal setengah saf je.. itulah manusia.. huhu..

lagi 1, bila ada terawikh, maka ada la moreh.. biasanya, kalo aku smyg 23 rakaat tu, komfem makanan dah takdak langsung sbb org yg blk pah 8 rakaat dah rembat suma.. sampai hati mereka.. huhuhu.. nak teguk air pon ada la beberapa titik..

lantas aku blk la ke rumah dgn rasa kecewa..
bukak peti ais...
dan kembali lega... sbb..
macam-macam ada.. hehe..

>> 10 malam terakhir...

Tuesday 2 October 2007

Tentang Kita..

Oleh: Julian Cely [Ft Terry]



*lirik tak jumpa la..

>> penyanyi berbangsa Perancis yg nyanyi lagu Indon dgn fasih dimana lirik lagu ni ditulis oleh Anggun.