Monday 27 February 2006

selesai..

akhirnya, interim report utk thesis dah pon di submit. lega btol.. aku kena hantar 3 chapter. sbb itu mmg requirement untuk hantar interim report. tp kebanyakan member2 aku hantar 2 chapter. dah nasib aku dpt supervisor yg jugak koordinator utk thesis ni.. cerewet gak la skupang..

pahtu, umah aku banjir masa batu 3 banjir sakan baru ni. aku tak balik pon taim tu. pagi2 lagi kakak aku call bgtau. kalo nak balik pon, nak lalu kot mana. koman2, kena beli pelampung mikey maus yg pasang kat lengan tuh.. bas pon tak bleh lalu. kata mak aku, air naik paras atas sket pada buku lali (kat betis la kot). sblm ni, kalo area bt 3 banjir, umah aku komfem tak kena walaupon umah kat barisan depan perumahan aku dah banjir sampai lutut. kalo umah aku sampai betis, umah diorang camna la agaknya eh?

dah.. nak rehat otak..

>> al-fatihah untuk Abah, Hj. Che Ani bin Ismail (1952-1998) yg telah genap 8 tahun kembali ke Rahmatullah pada hari ini..

Tuesday 21 February 2006

Bizi..

skrg dah payah nak memblogkan diri.. takdak masa. minggu ni nak kena submit 2 keja. (1) applied study - dah la tajuk susah, ahli group 5 org plak (org lain 6 org). (2) constech - jetty and harbour. 2-2 nak kena submit kamis ni. isnin depan nak kena submit interim report untuk thesis plak (2,3 chapter)...

cukup setakat ni.. sakit otak dah..

gambar team mase futsal haritu..


>> selasa ngan jumaat dah takdak kelas langsung.. cuma ada kelas mencantikkan mata jah.. ;)

Tuesday 14 February 2006

Soccastar PERUBAHAN 2006

Pengajur : PERUBAHAN - Persatuan Ukur Bahan, UiTM (tak sedap langsung.. baik tukar jd Changing Club. heh!)
Venue : Sports Planet, Sec 16, Shah Alam
Tarikh : 11 Februari 2006
Masa : 9 pg - 5 ptg
Pasukan : 15 lelaki, 9 pompuan
Pasukan aku : Bach of QS (05A) yg terdiri dr Dzu, Aku, An, Pid, Wawa, Noma, Kak Diana (Keeper), Along, Idayuti

Pertandingan Futsal Perubahan


seawal jam 845 pg lagi pasukan kami yg hebat ni (sbb training 3 kali) dah sampai kat tempat yg dinyatakan. berbekalkan semangat yg pura2 dipupuk, kami pon melangkah masuk. masuk2 je nampak sepasukan yg nampak macam hebat (sbb tgk costume dr pala sampai kaki sume brand adidas ngan nike). siap baju seragam lagi tuh (kami panggil - geng kolar itam). gambar kasut tumit tinggi pijak bola. pengaruh 'Gol dan Gincu' la tu.. tp, muka2 group tu, nampak cam tak penah tgk. so, kami ingat tu team luar yg nak sewa court utk main kat situ.. so, biarkan je la..

lupa nak ckp, haritu kami pakai baju itam.. all black. mula2 nak pakai bj merah tp tak suma ada bj merah. last2, kira bagus gak la tak pakai kaler merah tu, suma pasukan pompuan pakat pakai bj merah. seb baik.. bes pe itam.. Rok uuu..!

kata penganjur, game stat kul 9 sbb court book kul 9. last2, biasa la janji melayu ka apa ni, main kul 10.. nak bg nampak cam hebat, kami pura2 la warming up. cewass.. masing2 beriya la. hahaha.. hebak supo pokmak.. :D

kami memulakan game pertama pd hari itu dgn menentang bebudak junior (diploma part 04 - geng anak naib canselor uitm). seawal separuh masa pertama lagi, kaki aku dah kena sepak (sepak bola la weh.. bkn kaki org). so, aku cek la sapa yg pakai kasut yg nak bg kaki org patah tu. ada la 2,3 org yg pakai kasut adidas yg kaler putih ada hard cover dpn tuh. huhuhu.. patut la kaki aku lebam. kena sepak tak bermakna kami mesti kalah (maksudnya menang la tu). cewass.. ni senarai gol kami pada hari itu:

1st game
BQS 05 (2) vs DQS 04 (0)

2nd game
BQS 05 (3) vs BQS 06A (0)

3rd game
BQS 05 (menang tanpa bertanding) vs Geng Kolar Itam (kena disqualified sbb hanya 3 org saja dak QS, lain budak luar)

Status : Johan Kumpulan A

Semi Final
BQS 05 (3) vs BQS 06B (0)

Final
BQS 05 (1) vs DQS 06 (3)


Keputusan Permainan
Johan: DQS 06
Naib Johan: BQS 05
Ketiga: BQS 06B


Awal2 main, aku part of striker. walaupon tak jaringkan gol (kalo jaring pon, tak masuk kot!), tp aku syok pass kat member yg hebat menjaringkan gol. rasa puas ati.. tp, penat uu.. aku main tgh. nak kena naik tlg other striker, pahtu turun tlg defender plak.. mana tak tergolek (aiseh, crite hal sendiri plak..). last2, aku nak main jd defender je sbb rasa cam rilek sket disamping membantu mencilok dan merembat bola pihak lawan dgn kuat terus ke pintu gol mereka, lantas, cik striker kami menyekor dgn jayanya.. strategi yg bagus..

secara keseluruhan, budak2 pompuan mmg terer main. main sepak kaki. siap yg kena kepit kat jaring pon ada (3 vs 1 tuu), yg sambut bola dr keeper dgn tangan pon ada (ingat main bola jaring ke?), yg emo pon ada, yg mencarut pon ada (group budak luar yg kena disqualified tu aa), yg macho (puak tomboy) pon ada, yg balas dendam pon ada (sapa sepak kaki, kita balas smula la kan? baru la fair.. hehe..) macam2..

apa yg nak dinyatakan disini, keeper kami mmg bes aa.. taim final je yg bolos. kira ok la tu sbb kami br abih game semi-final, dah nak kena lawan final plak. tak acii.. takpa, bg la budak2 menang. kami yg senior ni mmg baik hati. dah la baik hati, rupawan plak tu.. hehehe...

apapon, congrats utk team aku yg kononnya BTB - Bukan Team Biasa (kata Ramin, Budak Tak Btol.. haha!). Sem dpn budak part 6 tu dah takdak. so, bleh la kita bolot piala pusingan, letak kat Restoran Hakim S7 (dah mcm restoran angkat bebudak kelas ha..).. hehe..

dapat la medal, buat kudap2..


Majulah Futsal utk Budak pompuan...!

>> aku dah mcm angkasawan turun dr bulan.. nak angkat kaki pon dah takbleh dahni.. huhu..

Friday 10 February 2006

Cuaca..

cuaca yg tidak menentu, sat-sat panas terik, sat-sat ujan, telah mengundang pelbagai pihak untuk menikmati pelbagai penyakit. termasuk la aku.. batuk yg berpanjangan telah mengundang kesusahan, bkn saje pd diri aku, tp jg org lain jugak. sbb ahli bilik aku kena dgr batuk aku taim waktu mlm.. kepada, kwn2 aku, korang anggap la aku tgh wat konsert amal eh..? ok la tu.. bkn kena JE.. hehe..

>> sabtu ni ada game futsal kat sports planet, sec 16, shah alam.. jam 9 pagi..

Thursday 2 February 2006

Buli Smula..



td tgk crita Buli Balik arahan Afdlin Shauki dan dilakonkan sendiri olehnya, hans issac, nasha aziz, ako mustapha, a.c. mizal, umie aida, patric teoh dan dibantu oleh pelakon2 lain cam aziz m osman, harun salim bachik, adibah noor, fasha sandha, dan ramai lagi la.. yg penting, ada Ramlah Ram dlm citer neh.. hahahaha...

maleh nak crita jln crita filem tu.. kang spoil lak bg sapa2 yg blom tgk.. pi terra tgk dulu. rugi la sapa tak tgk.. lawak sehh... lagi2 taim bos nordin tu dok wat video clip yg bertajuk You Sure or Not. nyanyi tepi pantai tuu. dgr lirik pon dah cukup utk digelak dgn jayanya..

"..i met u at a funeral.. my uncle passed away..." (cam ni jadik..)

sapa nak download video clip ngan mp3 tu, bleh masuk web bulibalik ni..

>> aku bagi 4.5 bintang out of 5..
>> aku baru blk dr kuantan neh.. blk dr mencari bhn utk wat esimen..
>> sapa nak gadai brg kemas, bleh la wat demikian sbb harga emas skrg adalah yg paling tinggi sejak 1981.. harap maklum.. (advantage blajar subjek economics)